Danieal P.O.V
Haish... Muka macho dah. Tiba-tiba dalam hati ada taman pulak. Boleh hentam menangis. Tak pasal-pasal aku kena pujuk. Sebab tu aku tak pernah terfikir nak bercinta dengan mana-mana perempuan dalam dunia ni sebab aku percaya takdir akan hadir suatu hari nanti. Tapi dalam masa sama aku tak nak sakit macam mana sakitnya hati si Faeez ni.
Aku, Danieal Farid bin Marzuki. Berumur 26 tahun dan bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat perladangan kelapa sawit terbesar di Malaysia. Hidup sebatang kara setelah kematian mak ayah yang terlibat dalam kemalangan sewaktu aku berumur 20 tahun. Mula bekerja sebagai kerani di syarikat perladangan kelapa sawit sebaik aku tamat belajar diploma dulu. Alhamdulillah. Rezeki aku. Sekarang sedang sambung belajar dalam bidang perakaunan sebab pengurus yang suruh. Tiba-tiba nama aku naik pulak untuk dihantar sambung belajar. Orang kata rezeki jangan ditolak.
Sedang elok bercuti nak peperiksaan akhir. Tersangkut pulak dengan mamat ni yang entah siapa-siapa aku pun tak kenal. Sekarang kena pujuk dia menangis pulak. Haish. Apalah nasib aku.
"Dahlah... Benda dah lepas... Move on jelah... Kau pun bukannya ada cacat cela pun... Elok je...Hensem pun terletak elok je..." aku berkata sebelum dijeling tajam oleh Faeez. Aku mana reti pujuk-pujuk orang ni. Kan aku dah cakap, hidup aku sebatang kara selama aku 5 tahun ni. Jadi tak pernah terfikir nak belajar cara-cara memujuk ni.
"Kau cakap senanglah... Aku ni dahlah tak pernah buat jahat... Apa dia nak semua aku bagi..." kata Faeez. Aku mengeluh berat.
"Tak pernah buat jahat konon... Semalam teguk air tu... Tak jahatlah..? Pastu... Kau nak aku buat apa..? Belai kau... Jaga kau macam budak kecik..?" kata aku sedikit sinis. Kadang aku ni hati batu jugak.
"Aku tak suruh kau buat apa-apa pun... Cukuplah kau dah bagi aku tinggal sini sementara waktu dan ada dengan aku... Aku dah bersyukur dah..." sambung Faeez lagi. Dia memegang tangan aku yang berada dibahunya. Aku tersentak. Tangan bagai kena kejutan elektrik sebelum menarik laju tangan aku.
"Sorry... Aku tak berniat apa-apa..." kata Faeez memandang aku sebaik tersedar aku menarik tangan dari dia.
"Eah... Tak... Tadi macam kena renjatan elektrik... Hahaha... Tu yang aku tertarik tangan tu..." jawab aku.
"Ohh... Ye ke...? Test sekali lagi..." tangan Faeez laju menyentuh tangan aku. Namun segera aku menepis.
"Sudahlah kau... Tidur luar kau malam ni kang..." kata aku geram. Faeez mengangkat kedua belah tangan sebelum merapatkan kedua belah tangan tanda maaf.
"Sorry Boss... Lepasni tak buat dah..." kata Faeez sambil tersengih. Aku mengangguk.
"Dah tak sedih dah...? Baru nak suruh kau tengok cermin sekali masa kau nangis... Mana tau jadi mimpi ngeri pada kau ke malam ni...Hahahaha..." aku berseloroh sambil ketawa dihujung percakapan. Faeez mencebik sebelum menyilangkan tangan.
"Tadi kata hensem... Lepastu kata aku muka aku buruk pulak..." sambung Faeez sambil memuncungkan mulut dia. Ingat comel ke macam tu.
"Siapa kata muka kau buruk... Aku tak cakap... Kau yang cakap... Hahahahahah.... Dah... Aku nak tidurlah... Penat melayan kau..." kata aku sebelum menolak dia yang sedang duduk dikerusi. Kaki melangkah menuju ke katil. Selimut diselak sebelum aku duduk dikatil.
"Asyik tidur je... Kau tak bosan ke asyik tidur je...?" kata Faeez. Dia melangkah masuk ke dalam bilik sebelum menarik langsir sedikit memberikan ruang tertutup untuk aku merehatkan badan.
"Hahahaha... Apa punya soalan kau ni... Aku pilih tempat ini memang untuk merehatkan badan... Lagipun minggu depan aku ada peperiksaan akhir semester... Jadi... aku mintak cuti pada Boss aku untuk aku rehatkan badan... Tenangkan fikiran... Jadi... Tidur sahajalah jalan penyelesaiannya... Dah... Aku nak tidur ni... Jangan kacau aku... Kau buatlah apa yang kau suka asalkan jangan kacau aku... Paling pentingg... Kau jangan nak buat hal macam malam tadi... Siap kau kalau aku bangun nanti..." aku berkata sebelum menarik selimut menutupi paras badan aku. Faeez kebingungan.
"Kau student..? and Kau jugak bekerja..? Kau tak penat ke...?" sambung Faeez lagi. Aku menggulingkan mata sebelum mengeluh.
"Aku penatlah ni... Dah... Jangan kacau aku... Good night..." aku memejamkan mata.
"Belum night lagi..." Faeez berkata.
"Diammm...." keadaan menjadi sunyi sebelum aku diulit mimpi siang.
YOU ARE READING
My Broken King
RomanceCubaan membunuh diri oleh si dia, 'Broken King' membawa takdir baru kepada dia setelah menemui penyelamat dia. Namun rahsia dia sebagai seorang berketurunan raja perlu dijaga rapi agar orang keliling tidak mengetahui. Adakah si dia mampu mengubah 'B...
