CM4

18 2 0
                                    

"Siapa tadi ?" Tanya seseorang selepas sahaja aku melangkah masuk ke dalam .

Jap . Macam mana dia boleh ada kat sini ?

"Why ? Terkejut sebab saya ada kat sini kan ? Hm , actually tadi saya datang , Fiya dengan Eika takde . So saya masuk je la dah alang alang pintu tak berkunci . " Terang lelaki itu . Sumpah aku terkejut and terkaku sebab sekarang ni just kitaorang BERDUA JE !

"Tak tau malu ke main masuk rumah orang? Nak lagi rumah yang kau masuk tu , rumah perempuan" ujar ku . Sumpah aku nak call Fiya dan Eika tapi yela phone aku dah mampuih da

"Bersyukur la awak balik rumah nampak saya . Kalau awak jejak kaki kat situ tapi awak nampak perompak ? Perogol ? Pembunuh ?" Ujarnya .

"Eh , kau tu lagi teruk la dari diorang . And now , aku nak kau keluar dari rumah aku . Keluar . "Ujarku . Tak sekeras mana . Sebab aku tahu dia jenis dengar cakap aku .

"Tak nak la " jawabnya . Oh god , dia dah degil beb

"Fahim , keluar " nada suara ku mula naik seoktaf .

"Hish , biarlah saya nak duduk sini . Saya dengan awak bukan orang jauh pun . Cousin awak je . "Bantahnya . Aku mula memejam mata . Cousin ? Cousin apa sampai boleh cuba nak bunuh family aku ?

"No , kau bukan cousin aku . Better kau balik sebelum aku jadi lain . Keluar Fahim , keluar " ujar ku . Dada ku turun naik menahan marah .

"Yes kita cousin . Lagi pun , mak long bagi je saya duduk sini " dan lagi sekali dia cuba membantah .

"KELUAR ! AKU CAKAP KELUAR ! "jerit ku . Biarlah satu taman dengan pun , yang penting jantan gila depan aku keluar dari sini .

"Eh , Hamira , kenapa- wait kau buat apa kat sini ?" Ujar Fiya yang baru balik bersama Eika . Kedua duanya terkejut akan kehadiran si Fahim .

"Lah , weh Fiya , aku nak duduk sini " ujar Fahim , cuba berinteraksi pula dengan Fiya .

Aku menggenggam erat penumbuk itu . Sumpah kalau sempat , memang pecah rahang jantan ni .

"No , tak boleh . Gi balik . Sini semua perempuan . Dah dah pergi !" Balas Eika . Oleh kerana umur Eika yang tua 2 tahun dari Fahim itu , membuatkannya rasa gerun jika Eika mengamuk .

"Awak , nanti kita date tau ! Jangan tak balas chat saya " pesan Fahim sebelum keluar .

Ya Allah , meremang bulu roma mak leha dengar . Eh tibe .

"Oh gila . Sejak bila dia datang ?" Tanya Fiya seraya menutup pintu rumah . Aku hanya mengangkat bahu .

"Dia ada buat apa apa ke kat kau ? Kau jerit tadi" tanya Eika .

"Dia cakap nak tinggal sini la , cakap mak aku bagi la eh hanurt" ujarku . Kelihatan anggukan daripada kedua-duanya .

"Aku tak boleh lupa apa yang dia pernah buat kat abang Naim dulu . Sumpah gila weh . Kalau aku jadi kau , aku mati rasanya weh " ujar Fiya . Dia memegang dadanya sambil menggelengkan kepalanya .

"Tula , tak tau la sekarang dia macam mana . Still dengan sakit dia atau pun tak " sambung Eika .

Hahahah korang mesti nak tahu en apa jadi ? Ha meh gue flashback

Flashback

3 tahun lepas

"Tak tak , abang Naim , Fahim nak kahwin dengan Mira . Bagilah Fahim nak jumpa dia !" Bentak Fahim di luar rumah . Ketika itu ibu bapa mereka tiada dan hanya ada abang , Hamira dan adik mereka sahaja .

"No , kau ingat aku tak tau apa kau nak buat dengan Hamira ? Kau bawak dia pergi club kan ?" Marah Naim . Sungguh dia banyak kali tertipu dengan lakonan Fahim yang suka merayu rayu itu . Nasibnya juga dapat mengetahui kisah sebenar dari kawan dia .

Cinta Malayrean • Kim SeungminWhere stories live. Discover now