BAB 39

2.5K 372 58
                                    

Setiba Lucas menjejak kaki ke rumah 'mereka' terlihat riak wajah serigala itu tampak berubah. Lebih tepatnya seakan sedang bersiap siaga akan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu.

"Awak okey ke ni?" Soal Miyako yang menyedari riak wajah Lucas yang berubah.

"Ada bau 'asing' dekat rumah ni tapi cukup dekat dengan Kirito," Jawab Lucas yang terlihat sedang mencari arah bau yang dia maksudkan sebentar tadi.

Miyako mengerut hairan.

"Bau asing? Awak maksudkan Ichiro ke atau Lezabel? Dorang baru lagi dekat sini," Balas Miyako seraya menjemput keluarga baru mereka untuk berehat di dalam rumah.

"Budak baru?" Bisik Lucas sambil menghela nafas yang cukup berat. Dia tak rasa bau yang di hidunya adalah bau kedua makhluk itu.

"Ichiro? Dia hidup lagi?" Celah Asmodeous. Wajah tampak terkejut setelah mendengar nama itu meniti di bibir Miyako.

"Awak kenal ke dia? Kirito ada cakap yang dia General Edona," Tebak Miyako yang memimpin mereka ke ruang utama.

Membulat mata Asmodeous setelah mendengar penjelasan Miyako. Tampaknya tekaannya tepat. Sahabat masih hidup!

"Apa ni Kamachi! Kau main tipu kan?" Marah seseorang memotong perbualan Asmodeous.

"Kau dah kalah tu terima jelah. Dah tak reti main kad nak juga main," Bebel Zenith yang sedari tadi memerhati permainan kad antara dua orang penghuni rumah Kirito. Yang satunya tenang kerana bakatnya, yang satunya pula bebal tak punya bakat.

"Ishh, kau diam budak! Aku dah nak menang tadi tau!" Cebik Ichiro yang masih tak menerima kekalahannya.

"Tadi je. Main benda lainlah kalau asyik kalah," Sokong Kamachi.

"Hey, hormat sikit dengan orang yang lagi tua dari korang!" Marah Ichiro.

"Hai'k Ichiro-sama," Ucap keduanya serentak. Malas memperbesarkan lagi masalah yang sedia besar.

"Bukanya kau memang bebal main kad ke?" Celah seseorang dalam keriuhan suasana itu. Senyumnya cukup sinis dengan riak wajah yang merendahkan Ichiro.

"Hoii! Kau–" Ichiro menoleh pantas. Namun, kata-katanya terhenti apabila kepalanya menoleh ke arah Asmodeous. Lelaki comel namun cukup tua dari wajahnya.

"Kau–" Ichiro ketap bibir rapat sambil berdiri sama tinggi dengan Asmodeous. Lama matanya menatap wajah itu. Baginya seakan itulah ilusi yang cukup dia inginkan selama ini. Rakannya, sahabatnya dan keluarganya. Asmodeous!

Asmodeous tersenyum nipis. Dia tahu sahabatnya itu masih sukar mempercayai apa yang di lihatnya. Tetapi itulah hakikatnya. Dia kini berdiri sama tinggi dengan orang yang dicarinya selama ini.

"Kau selamat," Ujar Ichiro.

"Ya, terima kasih dekat Aless dia sempat selamat aku," Jawab Asmodeus.

"Tapi kau masih pendek." Sambung Ichiro pula.

Asmodeus tersenyum.

"Kau masih poyo macam selalu," Ujar Asmodeus selamba sebelum berpaling ke arah Zenith yang memerhati keakrabannya bersama Ichiro.

"Kenapa dia ada aura Aless?" Soal Asmoudeus hairan.

"Dia anak Alessandro."

Riak wajah Asmoudeus bertukar terkejut setelah mendengar kenyataan yang keluar dari mulut sahabatnya itu. Sehinggakan berkali kali ditatapnya wajah Zenith dan Ichiro saling berganti.

"Aku tahu kau pun terkejut. Tapi sahabat... percayalah dia anak lelaki tu," Ujar Ichiro yang mengerti makna tatapan Asmodeus. Dia dah agak akan reaksi lelaki itu. Sama sepertinya yang turut tidak kurangnya terkejut ketika pertemuan mereka kali yang pertama.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now