Konflik

3.2K 27 2
                                    

Ika pulang dari kampung dengan wajah sugul. Aku tanyakan keadaan dia. Dia kata, ibunya sibuk nak satukan dia dengan orang kampungnya. Katanya dia sayangkan aku. Dia sayangkan Zie.

Nasihatku, jika benar-benar lelaki itu nampak bagus dan direstui teruskan saja niat ibunya itu.

Ika mencebik, marah dia padaku dengan nasihat yang diberi. Tapi, aku sendiri taktahu sampai mana hubungan ini boleh terus kekal.

Iya, aku sayangkan Ika. Tapi aku lebih suka dia menjalani kehidupan normal. Bukan seperti keadaan kami.

Dia terus menyendiri, tak lagi ceria seperti dulu, sering pulang lewat. Kadang-kadang nampak keadaannya dalam keadaan mabuk. Bila disoal pasti melenting, katanya aku takperlu ambil tahu, dia bukan siapa-siapa pada diriku.

Zie pula sering kali menagih kasih dariku. Sejak akhir pembawakannya, dia lebih horny berbanding sebelumnya. Selalu minta dipuaskan nafsunya. Aku lemah, aku suka melihat Zie, suka melihatnya dengan perut boyot itu lemas dalam sentuhanku.

---

Satu hari aku nekad, mahu mengikut gerak Ika pulang dari tempat kerjanya. Aku minta tolong dari Yumi untuk pinjamkan keretanya. Kalau guna keretaku takut dia perasaan aku mengekorinya.

Ika keluar lewat dari pejabatnya. Keretanya dipandu menyusur ke jalan di kawasan situ dan berhenti di tempat letak kereta. Rupa-rupanya betul telahan aku, dia ke kelab malam tak jauh dari tempat kerjanya. Kerja gila, hari kerja ke kelab malam. Aku biarkan dia masuk dahulu, setengah jam kemudian aku masuk. Cuba mencari kelibat Ika.

Disuatu sudut, nampak Ika sedang berfoya-foya dengan beberapa orang lelaki. Aku menghela nafas berat. Menyesal atas nasihat yang aku beri. Aku lepak di suatu sudut lain yang tidak jelas dari pandangan Ika, tapi aku boleh memerhatinya. Sesekali ada yang menyapa. Aku cuma tersenyum kaku, malas melayan.

Ika masih lagi di situ, bergelak tawa kadang kala diraba dipeluk oleh lelaki-lelaki itu. Ika masih ketawa.

Lama mereka di situ, kemudian mereka bingkas bangun beramai-ramai. Dua orang memimpin Ika, yang lain mengekori dari belakang. Ika nampak mabuk teruk malam ini. Aku juga bingkas bangun menyelesaikan bayaran, mengekori mereka.

Ika diusung masuk ke dalam kereta yang tidak dikenali. Aku bergerak cepat ke kereta Yumi. Mengecam warna dan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki Ika.

Aku terus mengekori kereta tersebut. Dia berhenti di kawasan rumah kedai. Ika dipimpin naik. Ika masih mabuk, masih ketawa.

Aku parking kereta. Aku send location pada Zie, nombor pendaftaran kereta juga. Sambil menghantar pesanan ringkas.

'Call polis, kalau aku dan Ika tak balik esok. But tonight, take care yourself, ask Am to come to house. We still under control here'

Aku keluar dari kereta, mengejar sebelum mereka apa-apakan Ika. Tapi agak terlambat, pintu tangga rumah kedai itu sudah ditutup dan dikunci.

Aku menekan loceng. Seorang wanita baya aku turun. Aku bagitau aku nampak adik aku naik ikut sini. Dia nampak mesra. Dia mengakui ada perempuan yang dibawa naik ke rumahnya. Aku minta cara baik untuk ajak Ika balik. Dia jemput aku masuk. Katanya, lelaki-lelaki itu semua kenalan adiknya.

Aku ikut dia naik, pintu tangga dibiarkan tidak berkunci. Aku rasa selamat. Dia mengetuk pintu di tingkat 1. Pintu dikuak. Seorang lelaki menjenguk keluar. Dia kenalkan aku, minta mereka benarkan Ika pulang. Lelaki itu berkata Ika sedang tidur, aku boleh masuk kejutkannya untuk bawa balik. Aku masuk mencari Ika, nampak Ika sedang tidur di sofa. Aku merapati Ika.

'Ika, Mia here, jom balik, esok keje kan' aku mengejutkan Ika. Ika membuka mata, masih khayal dan mabuk.

'Oh Mia, i love you' Ika memeluk leherku, menarik aku rapat ke mulutnya. Aku menolak, meletakkan tangannya dibahuku, ingin memimpinnya pulang.

Teman Rumah, Teman Bilik, Teman KatilWhere stories live. Discover now