Pulang sahaja daripada Pekan, Aleesya terus menghantar Aryan ke rumah Makcik Ina.Kereta diberhentikan. Aleesya memandang Aryan disebelah.
" Terima kasih sebab bawa saya jalan-jalan. Rasa macam pelik pula."
" Kenapa?" tanya Aleesya.
" Biasanya lelaki yang bawa perempuan jalan-jalan. Tapi kita lain pula. Siap awak drive pergi balik lagi. "
" Ish.. Ada je la orang dekat luar sana macam tu. Lagipun awakkan tak biasa dengan jalan dekat sini. "
Aryan tersenyum kecil.
" Hm... Again, thanks. "
" Sama-sama. "
Aryan keluar daripada perut kereta. Aleesya melihat lelaki itu berjalan sehingga dia sampai di pintu rumah.
Setelah itu, Aryan berpusing kembali ke arahnya dan melambai. Aleesya membalas dengan senyuman.
Dia mengundurkan kereta dan memandu pulang ke rumah.
ΦΦΦ
" Ehem, assalamualaikum! "
" Assalamualaikum.. Makcik Ina! "
Suara seseorang berkali-kali memberi salam berserta ketukan dipintu menarik perhatian Aryan yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Aryan memanjangkan tengkuk melihat Makcik Ina di dapur. Tetapi wanita itu tiada di sana.
Dia mengambil keputusan untuk melihat sendiri siapa gerangan yang datang ke rumah itu.
Aryan membuka pintu dan kelibat seorang gadis yang berbaju kurung serta bertudung menjamu mata.
" Waalaikumussalam. " balas Aryan.
Gadis itu tersenyum lebar apabila melihat Aryan di muka pintu.
" Hai Abang Aryan... " lembut sahaja suara gadis itu.
" Hai. Nak jumpa Makcik Ina ke?"
" Aha. Makcik Ina ada tak? Nak bagi dekat dia kuih sikit ni. " kata gadis itu sambil menujuk mangkuk tingkat.
" Ada. Tadi dia tengah masak dekat dapur. Masuklah. " jemput Aryan.
" Terima kasih. "
VOCÊ ESTÁ LENDO
THE TENGKU'S 2
Romance[| 2020 / 2021 |] Aleesya's life after The Tengku's 1 + Happy reading everyone +