"Saya sebenarnya sukakan awak."Ayat yang terlafaz dari mulut Aryan itu membuatkan Aleesya terkedu di tempatnya.
" Saya tahu mungkin bagi awak ia macam tiba-tiba sebab kita tak rapat macam orang lain yang tengah dalam fasa nak bercinta. Tapi saya memang betul sukakan awak. " luah Aryan.
Melihat Aleesya yang hanya diam membuatkan Aryan bertambah gemuruh.
" Saya dah lama simpan perasaan ni. Tapi ada satu sebab yang buat saya cuba untuk hilangkan rasa ni pada mulanya. But still benda tu tak menjadi. Dan sampai sekarang saya masih sukakan awak."
Sekarang kedua-dua mereka diam.
Aryan memandang ke hadapan dan mengeluh perlahan. Terasa seperti dia sudah melakukan sesuatu yang sangat bodoh.
" Awak... Serius dengan apa yang awak cakap?"
Tersentak Aryan apabila Aleesya akhirnya bersuara.
" Awak ikhlas dah jujur dengan apa yang awak cakap?" tanya Aleesya lagi.
Aryan mengangguk yakin.
" Ya. Saya jujur dan ikhlas dengan setiap yang saya cakap. "
Mata Aleesya berkaca.
Berkerut Aryan apabila melihat Aleesya seperti mahu menangis.
" Err.. Saya ada salah cakap ke?" tanya Aryan.
Aleesya menggeleng.
" S-saya tak tahu. Tapi saya rasa macam benda ni pernah jadi sebelum ni. " kata Aleesya lalu air matanya mengalir perlahan.
Aryan diam.
Teringat semula yang dahulu arwah Gibran juga pernah meluahkan perasaan kepada Aleesya. Namun hubungan mereka tidak kesampaian. Mungkin sebab itu dia mahu menangis.
" Aleesya. "
Aleesya tidak melihatnya.
" Aleesya. Look at me. Please... "
Akhirnya, Aleesya memandang Aryan dan anak mata mereka bertembung.
" Saya janji... Saya akan bahagiakan awak. Tak kira apa cara sekali pun. "
" Dan saya juga janji akan lindungi awak dan bimbing awak untuk jadi salah seorang wanita yang masuk ke syurga Allah."
" Jadi... Sekarang saya tak nak lamar awak untuk jadi teman wanita saya. Tapi saya nak lamar awak untuk jadi isteri saya yang satu dan kekal selamanya. "
YOU ARE READING
THE TENGKU'S 2
Romance[| 2020 / 2021 |] Aleesya's life after The Tengku's 1 + Happy reading everyone +