t w e n t y e i g h t

275 62 16
                                    

hai anda! Munculkan diri anda cepat!ini adalah kawasan larangan silent readers AHSHSHSHSH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

hai anda! Munculkan diri anda cepat!
ini adalah kawasan larangan silent readers
AHSHSHSHSH

now on air : living la vida

|| chapter 28

"OMMO. Handsome-handsome ni nak dating dengan aku lah ni?"

"Apa apa? Handsome? Aww, thank you. Aku tahu aku handsome, tapi bila kau yang puji aku rasa lagi handsome." Byulha mengeluh dan memgurut pelipis yang mulai berdenyut. Asalkan kau bahagia sudahlah, Taetan kesayangan.

Taehyung nampak lain sikit harini. Iyalah, keluar date katanya. Kenalah nampak kacak, kan? Kemeja biru dipadankan dengan slack hitam, juga rambutnya yang digayakan untuk nampak dahi-

Sudahlah.

"Tapi Tae.."

"Hm?"

"Elok ke baju aku harini? I mean, aku- okeylah, fine! Aku mengaku aku bangun lambat tadi. Aku tak sempat cari baju yang elok sikit dari ni. Takpe ke?"

Kereta mereka berhenti tika lampu isyarat menjadi warna merah. Teman lelakinya mengerling. "Taklah. Elok je aku tengok. Kejap- mana cincin aku belikan tu?"

"Ah tu.. aku tertinggal dalam laci. Tak teringat pun nak ambil." Kepala gadis itu diusap-usap. "Takpelah. You look pretty. Jangan risau, okey?" Lampu isyarat bertukar warna, pedal minyak ditekan.

+ l. l. v. +

Yoongi menjeling Juyoon yang senyap sahaja dari tadi. Sekadar meleret-leret jari pada skrin telefon pintarnya. "Ju."

"Hm. Makanan dah sampai ke?" Matanya teralih sesaat. Terlihat meja mereka masih kosong, bibirnya terjuih sedikit dan dia kembali menatap skrin telefon.

"Cuba cerita dekat aku, apa jadi antara kau dengan Jimin. Kenapa dah seminggu lebih tak jumpa dia?"

"Bukan kau tak suka ke aku rapat dengan anak itik tu, Yoongeh? Sekarang dia pun dah busy dengan life dia, aku pun dah nak exam. Obvious, right?" Juyoon menutup telefonnya, menyimpan gajet itu ke dalam beg galas.

Yoongi mengeluh berat. Dia tahu Juyoon memendam sesuatu. Mungkin dia tak selalu ada untuk Juyoon tapi dia tahu kalau Jimin ada, Juyoon takkan bertingkah begini.

Hakikat yang luahan Jimin ditolak pun dia tahu walaupun kedua-duanya mendiamkan diri. Entah kebetulan atau disengajakan, Jimin bakal berlepas ke US esok hari atas urusan kerja.

✓ living la vida | kth.Where stories live. Discover now