BTS

24 3 2
                                    

Macam biasa setiap pagi Seokjin akan siapkan sarapan untuk adik-adik monyetnya eh! Adik kesayanganya.

"Great! Semua dah siap... eh! Kejap mana budak-budak ni? dah pukul 7:30 pagi dah ni tak bangun lagi ka?" mula la datang bebel si mak mak seokjin tu bila tak nampak batang hidung adik-adik dia.

"YAH! KIM NAMJOON, MIN YOONGI, JUNG HOSEOK, PARK JIMIN, KIM TAEHYUNG, JEON JUNGKOOK, KIM SEOKJIN! BTS! eh! nama aku pun tersenarai? malu pula huhuhu" Seokjin memekup mulut tanda malu.

"YAH! BANGUN!" jeritan Seokjin boleh gegar gunung yang ada di seoul.

Apa lagi kelam kabut la mereka bangun. Ada yang jatuh katil, ada yang tersepak kain lap kaki kepala terhantuk pintu, ada yang berguling dalam kain selimut, ada yang jalan macam zombi, ada yang gosok gigi guna pencuci muka dan ada yang cuci muka guna ubat gigi.

"Argghh! Mata aku... Jungkook help me help me!" Jimin terlompat-lompat tahan sakit bila ubat gigi termasuk dalam mata.

Jungkook tersembur bila rasa ubat giginya perisa lain. "Haish jinjja! Rasa apa ni?! Pahit gila!"

"Jimin... Sini... Aku... Tolong... " walaupun dalam keadaan mamun Taehyung tetap berusaha tolong Jimin.

Seokjin tersenyum ceria bila terlihat satu persatu adiknya datang menghadap beta. Merapu apakah ini.

"Pagi hyung... " sapa Namjoon.

"Pagi Joon... " balas Seokjin dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

"Pagi Hyung!" sapa Kembar tak seiras iaitu Taehyung dan Jungkook.

"Morning! world and my lovely hyung" cakap mat salleh pulak si Hoseok ni.

"Morning to my sunshine... Duduk duduk.. Satu, dua, tiga, empat... Hmmm... Mana dua lagi?" Seokjin perasaan yang adik dia tak cukup dua.

"Jimin... Ada dalam bilik, dia nangis-nangis sebab mata dia." jawap Taehyung dengan mulut penuh dengan roti.

"Ha'ah Hyung... Mata dia merah" sambung Jungkook dengan mata bulat.

"Mata dia kena apa?" soal Seokjin.

"Adakah patut... Dia guna ubat gigi untuk cuci muka," sampuk Hoseok.

"Lepas tu kan... Jungkookie pula opsss" Taehyung rasa kelakar bila teringat apa yang Jungkook buat tadi.

"Dah kenapa dengan Jungkook? Kau namjoon dah kenapa dengan kepala tu?" Tanya Seokjin lagi.

Namjoon mengunyah makanan sebelum jawap. "Terhantuk pintu Hyung... " jawap dia sambil menayang gigi.

"Jungkook pula?"

"Gosok gigi guna sabun cuci muka! Hahahaha.... adoi!" disebabkan Taehyung ketawakan Jungkook.

Jungkook mengetuk kepala Taehyung guna senduk pink Seokjin. Taehyung memandang Jungkook yang buat muka tak bersalah.

"Haish! Macam macam la kau orang ni... Jaga la diri tu nanti luka kan susah... Ni kalau Ami tau mesti mereka sedih... Lain kali hati-hati laa," ceramah pagi dari ustaz Kim.

"Benda ni tak akan jadi kalau Hyung tak buat bising pagi-pagi," entah dari mana Yoongi datang menyampuk.

"Eh! Aku pula... Kau orang yang bangun lambat... Aku hanya kejutkan ja... Nanti kau orang lambat... Aku juga yang kena... Mana si Jimin ni? YAH! PARK JIMIN!" Bebel seokjin sambil sapu jem kaya.

"Morning hyung... Maaf... Lambat... " ayat yang tidak bermaya dari seorang park Jimin.

"Kau okay tak?" soal Seokjin sambil belek-belek mata Jimin yang dah merah-merah.

"Pedih sikit... " balas Jimin.

"Tu la... Lain kali mata tu buka bukan tutup... Lagi satu tidur la awal ni tak asyik main game ja... Kan dah susah nak bangun." giliran Hoseok pula bagi ceramah pagi.

"Dah dah... Makan... joon, Jimin nanti kita pergi klinik ye" kata Seokjin.

"Baik hyung!" balas mereka serentak.

Selesai saja breakfast. Mereka bergerak ke tempat kerja dan Seokjin pula bawa Namjoon dan Jimin ke klinik.

𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐.....

ฅ^•ﻌ•^ฅ

𝚝𝚎𝚛𝚒𝚖𝚊 𝚔𝚊𝚜𝚒𝚑 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚞𝚍𝚒 𝚖𝚎𝚕𝚞𝚊𝚗𝚐𝚔𝚊𝚗 𝚖𝚊𝚜𝚊 𝚋𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚊 𝚔𝚊𝚖𝚒 𝚜𝚊𝚖𝚙𝚊𝚒 𝚎𝚙𝚒𝚜𝚘𝚍 𝚗𝚒. 𝙷𝚊𝚛𝚊𝚙 𝚔𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚞𝚔𝚊.𝚓𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚕𝚞𝚙𝚊 𝚟𝚘𝚝𝚎 𝚍𝚊𝚗 𝚔𝚘𝚖𝚎𝚗 𝚢𝚎.

KECOH! KELUARGA KAMIWhere stories live. Discover now