Suga (banghaehaji)

17 3 5
                                    

Ahhh akhirnya hari ini last kerja.  Hye katil i miss you so much. Kejap aku nak mandi dulu lepas tu aku nak terbang atas kau.

Sejam kemudian, Suga keluar dari bilik air. Setelah itu dia bersiap memakai baju tidur dan skin care, setelah siap. Dia membuka lengannya seperti kepak ia mahu terbang. Dia pun terbang dan selamat darat di katil kesayangannya.

"Ahh... Katil aku rindu kau... Kau masih lembut dan nyaman seperti dulu... Tak sia-sia aku beli jenama Coway. Siapa pun tak boleh ganggu aku, selama dua hari ini," kata Suga dengan yakin sambil mata terpejam.

Keesokan paginya Suga bercadang tidak mahu bangun dari tidurnya selama seharian dan esok pagi baru dia akan bangun untuk pergi berkerja. Tetapi tidak seperti yang di rancangnya.

"SUGA HYUNG! BANGUN BREAKFAST..." suara itu menganggu tidur Suga, dia menutup telinga dengan bantal.

"Hyung... Bangun la nanti Jin hyung marah.. Hyungnim! Bangun!" V cuba bangunkan Suga tapi Suga masih tidak bergerak.

V mengalah dia keluar dari bilik, mereka bergilir-gilir untuk memanggil Suga tapi tetap tidak bangun. Yang terakhirnya adalah Jimin.

"Hyung~~~ ireona~~" suara Jimin yang lembut membuat hati Suga geli dengan mata tertutup, dia bangun dan menarik Jimin keluar dari bilik menujuk ke dapur untuk breakfast.

Setelah breakfast dan bersihkan diri. Sekali lagi Suga mahu rehatkan badan dia. Baru saja dia mendarat pintu bilik di buka.

"Hyung... Jom kita pergi pasar... Jom la hyung... Jimin ikut sekali" dengar saja nama Jimin. Suga bangun tanpa bercakap banyak dan mengikuti belakang Jhope.

Suga tidak dapat menikmati rehat yang secukupnya kerana setiap kali dia mahu terlelap mesti di panggil dan jika tidak mahu mereka selalu gunakan nama Jimin untuk pujuk dia. Dia terpaksa dalam keseronokan dapat habiskan bersama Jimin tetapi dia sangat letih.

"Hyung!"

"APA LAGI KALI NI?! AKU NAK REHAT LA BABOYA!"

Jerkahan Suga membuat Jungkook tergamam. Dia yang dari tadi selalu memanggil Suga dan gunakan nama Jimin untuk pujuk Suga. Suga bangun dari katil dan menolak Jungkook dengan perlahan keluar dari biliknya. Dia mengunci pintu dengan erat.

"JENJANG!"

Setelah berkata bergitu terus dia sembam muka di katil dan dia hanyut di buang mimpi indah. Dia tidak bangun selama dua hari itu adalah denda untuk kawan-kawan kerana berani gangguan singa sedang tidur.

KECOH! KELUARGA KAMIWhere stories live. Discover now