TEASER 5

726 36 5
                                    

Unedited.

Kenapa saya tak boleh reply komen nii? Ughhhh...

Buku mungkin siap cetak jumaat dan sabtu ni. Isnin, selasa dan rabu mula pengeposan berperingkat 😍

-

.....

"Macam mana saya boleh tak risau dan terganggu, Encik Aafan. Saya sedang berhadapan dengan orang luar sekarang ni."

"Orang luar ni tak lama lagi akan jadi suami awak, Jasmin."

Lidah Jasmin hilang fungsi. Juga hilang diksi mahu membalas kerana dia tahu setiap patah bicaranya akan dicantas mudah oleh Aafan. Walau baru kenal, sedikit demi sedikit karakter Aafan mula dapat ditangkap. Tegas dan sentiasa mahu mendominasi.

"Entah bagaimana dengan hala tuju perkahwinan tu..." Apa yang difikirkan di dalam benak kepala terzahir dalam suaranya yang berkeluh kesah tanpa sedar. Jasmin termenung ke luar jendela kembali. Dia penat mahu bertahan dalam keluarga sendiri tapi waktu yang sama, dia gusar memikirkan hidupnya bersama Aafan selepas ini.

Aafan tersentak. Turut kejur memandang ke luar. Saat yang sama, dua akal sedang memproses satu hal yang sama. Bagaimana mahu melayari bahtera tanpa cinta ini?

"Maybe... Maybe it will be so much better when you expect nothing." Senafas balasan Aafan.

Keadaan berjeda.

Jasmin pejam kelopak mata. Tangannya terkepal. Aafan mengulangi hal yang sama ketika mereka duduk berbincang minggu lepas. Jangan mengharap apa-apa selain daripada sebuah perlindungan. Dan kali ini, ujaran itu masih menyakitkan.

 Dan kali ini, ujaran itu masih menyakitkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SAYANGKU JASMIN (novel terbit)Where stories live. Discover now