TEASER 7

921 27 5
                                    


....

“Jom kita oder dulu. Laparlah,” ajak Viviana. Jasmin serba salah.

“Errr… Awak oderlah. Saya dah makan tadi.” Sekali lagi Jasmin memilih untuk menipu. Perutnya berkeroncong h ebat tetapi memikirkan gaji pertamanya sebagai tutor akan dikreditkan ke dalam bank esok, Jasmin terpaksa mengikat perut hari ini. Kehadiran dia ke sini pun hanya kerana rindukan Viviana. Ajakan Hajah Maimunah untuk makan tengahari di rumahnya tadi ditolak baik dengan alasan mahu berjumpa dengan Viviana. Sebenarnya, dia tidak mahu bertembung dengan Aafan.

Viviana memandang Jasmin lama sebelum bangun dan menjuju ke kaunter. Jasmin hempas nafas lega. Tidak perlu dia berdalih sana sini. Tak lama, Viviana datang kembali bersama sedulang makanan. Disusun satu set burger prosperity di hadapannya dan satu set ayam goreng di hadapan Jasmin. Jasmin terkebil-kebil memandang Viviana.

“Good friend always knows when you need a pair of chicken wing and drumstick.” Kening Viviana naik terjungkit-jungkit.

Jasmin mengeluh kecil. “Vi…”

“Dah. Jom makan. Aku dah lapar.” Viviana pangkah ujaran Jasmin lekas. Dia mula makan burger yang dipesan. Jasmin yang redup memandang Viviana akhirnya tersenyum nipis. Sesaat, secubit ayam goreng dimasukkan ke dalam mulut sambil mata ditebarkan ke sekitar mall. Baru saja dia mahu menyedut air Lipton, lensa mata disapa dua figura yang dikenali. Bibir terkemam.

Aafan dan Qistina?

Jasmin pantas mengalihkan kepala ke depan kembali. Tidak mahu dikesan dua manusia itu. Jantung berdetak dengan muzik asing. Melamar? Jasmin simpan senyum hambar. Nampak sangat bicara Aafan itu pusing-pusing dan tidak serius.

“Jasmin? Hellooo…” Jasmin tersentak bila Viviana menggawang-gawangkan tangannya di depan muka Jasmin.

“Haa… Kenapa?”

“There must be something wrong with you. Dari tadi, muka kau muram je.” Mata Viviana terpincil kecil.

“Come on, tell me.”

Suara Jasmin tersekat bagai ada pasir yang menghuni. Dia menunduk seketika sebelum nafas dihela.

“Vi, apa yang awak akan buat kalau ada orang melamar awak tiba-tiba?” Akhirnya persoalan yang membelenggu kepala dikongsi dengan Viviana. Viviana terlopong.

“Wait. Have you been proposed?” Mata Viviana yang terbuntang bertukar kepada ‘puppy eyes’.

Lambat-lambat, Jasmin mengangguk.

“Siapa? Aku kenal tak?”

“Awak tak kenal. Saya tak tahu macam mana nak explain. It’s complicated. Saya perlukan pendapat dan pandangan awak.” Suara Jasmin bergetar.

“I can’t figure out what wholly happened, but you need to make sure that guy deserves you. Sejak bila kau bercinta ni? Sampai hati tak cerita dekat aku.” Viviana sedikit berkecil hati. Mereka itu ibarat adik beradik. Tiada satu rahsia pun yang Viviana sembunyikan daripada Jasmin. Kepercayaan antara mereka terlalu kuat.

“Saya tak pernah bercinta dengan dia, Vi. And it is me who don’t deserve him. He deserves everyone but not me.”

Viviana tersedar. Tidak patut dia buat perangai di hadapan Jasmin yang kelihatan begitu gundah dan keliru.

“Mind to share everything with me?” Pujuk Viviana. Jasmin gertap bibir. Libang libu dan berbelah bagi sama ada mahu terus diam atau meluahkan segalanya. Akhirnya, Jasmin membuka cerita segala-galanya. Mengenai kesempitan hidup dan lamaran Aafan. Bukan mahu meraih simpati, tetapi dia seorang diri tidak mampu menampung segala rasa. Senak dan sebak yang menyelubungi ruang jiwa perlu dilepaskan.

Nafas Viviana bagaikan tidak teratur bila Jasmin menyebut soal Hamdan. Bukan Viviana tidak tahu kesusahan keluarga Jasmin namun dia tidak pernah jangka kelakuan Hamdan seteruk itu.

“Ah, I shouldn’t bring this thing out. I am sorry.” Jasmin menekur ayam di atas meja yang sudah tidak terusik. Hilang rasa lapar tadi.

“No, don’t be sorry for bringing out this issue. Aku akan lebih marah bila kau sembunyikan hal ni. Tinggalkan rumah tu. Kau pindah masuk je rumah aku.  Jangan risau, mama dan papa aku...”

“Vi…” Jasmin lekas mencantas.

“Itu bukan penyelesaian t erbaik. Awak fikir abang saya akan lepaskan saya macam tu saja? Saya masih ‘terikat’ dengan keluarga tu. Lagipun, saya segan dan tak nak menyusahkan awak dan famili awak.”

“Habis tu, sampai bila kau sanggup hidup macam tu?” Suara Viviana naik seoktaf. Soalan yang sama dilontar oleh Didi sebelum ini. Dan kali ini, Jasmin gagal lagi untuk menjawab. Viviana mengeluh kecil.

“Baik, aku tak paksa kau kali ni. Tapi, kalau abang kau buat gila, tolonglah bagitau aku. You are a brilliant girl. Aku percaya kau lebih tahu yang kau ada hak atas hidup kau sendiri. Kau bukan punching bag, kau bukan kuli untuk buat kerja itu dan ini hanya untuk tanggung mayat hidup.” Sardonik kata-kata Viviana meresap masuk ke dalam benak dan jiwa Jasmin.

“Fasal lamaran tu, aku pun tak pasti. Tiba-tiba sangat tapi…” Viviana jeda.

“Apa kata minta tolong dengan Tuhan? Ask Him to show the right way for you. Kalau kau minta pendapat aku, aku cadangkan kau fikir sebaik mungkin dulu. Kalau perlu, berdepan dengan dia, tanya niat dia yang sebetulnya,” sambung Viviana.

Kata-kata Viviana menyedarkan Jasmin. Dia beristighfar kecil. Kepala yang kusut cuba dileraikan dengan ayat-ayat penenang. Betul kata Viviana, dia sepatutnya meminta bantuan ALLAH. Hanya Dia yang berkuasa menunjukkan jalan dan penyelesaian yang sebaik-baik untuk setiap permasalahan. Dia pemegang hati, yang mampu membuat hati hamba-NYA tenang dan tenteram. Bila tenang, penyelesaian yang hadir juga tidak sulit.

‘Jasmin, berbaliklah pada Dia…’ Suara hati berbisik.

‘Jasmin, berbaliklah pada Dia…’ Suara hati berbisik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SAYANGKU JASMIN (novel terbit)Where stories live. Discover now