13🌹

185 14 1
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾
𝓑𝓵𝓸𝓸𝓭𝔂 𝓡𝓸𝓼𝓮

Badannya terlentang di atas katil menghadap siling yang bercat biru laut. Dia berasa berada di atas langit awangan dan air laut jernih yang tenang dalam masa yang sama. Sudah 52 minit dia tiba di rumah barunya. Rumah agam baru yang sederhana tetapi cukup selesa buatnya yang bertapak di New York, bandaraya yang mempunyai paling ramai penduduk di Amerika Syarikat dan salah sebuah kawasan metropolitan yang sangat sibuk.

Laura bangun sambil meluruskan kakinya ke bawah. Hampir sesak bilik tidurnya dipenuhi dengan barang-barang miliknya. Teringatkan dia perlu menyusun semuanya nanti membuat Laura mendecit kemalasan. Ini baru di dalam bilik, tidak kira lagi barang yang berada di ruang tamu.

Laura bangkit dengan penuh kemalasan untuk ke tandas tapi langkahnya terhenti melihat pintu bilik Lixea yang berhadapan dengan biliknya tidak ditutup rapat. Perlahan-lahan dia dekati pintu bilik Lixea sambil mata cuba mengintai daripada celahan pintu. Hanya terdapat sekujur tubuh yang baring melentang menghadap siling tetapi matanya tertutup.

Lixea membuka mata apabila terasa sisi tilamnya tenggelam sedikit seperti ada tekanan. Wajah polos adiknya memenuhi kornea mata. Mereka hanya mendiamkan diri lama sebelum Laura memulakan perbualan.

"Mind to share with me?" Laura letakkan dagu di atas tilam sambil merenung ke dalam anak mata kakaknya.

Pandangan mereka yang daripada tadi bersambung terputus kala Lixea mendongak memanda siling kosong di atasnya.

"Lelaki yang tarik kakak tadi nama dia Thomas. Lelaki yang rapat dengan kakak masa kakak masih belajar tentang medical. Dia pun belajar medical juga. Tapi lepas kejadian mama, kakak tukar ambil bidang business and terus jauhkan diri daripada semua benda yang melibatkan medical. Tanpa kakak sedari, Thomas ada menaruh harapan pada kakak. Dan kakak juga.....sama. Tapi sekarang ni bukan masanya untuk kakak bercinta. So.....the end" Lixea hembus nafas kasar.

Sejak kecil sudah tertanam di dalam diri Lixea dia mahu menjadi seorang doktor. Dia mahu menjadi seorang manusia yang berjaya menyelamatkan nyawa ramai pesakit yang memerlukan bantuan. Dia teringin memakai kot putih di tubuhnya. Dia teringin stetoskop tersangkut dileher bak doktor di drama televisyen. Dia mahu orang di sekelilingnya memanggilnya dengan panggilan doktor. Tetapi semua harapan dan kerja kerasnya punah selepas mamanya kemalangan. Peristiwa hitam itu bagaikan satu malapetaka pada keluarga mereka.

Kemajuan syarikat Luth goyah. Luth bagaikan jasad yang sudah mati apabila isterinya koma dengan keadaan syarikat yang tiba-tiba mahu gulung tikar. Melihatkan wajah anak-anak gadisnya, Luth cuba bertahan. Lixea yang ketika itu sedang mempelajari bidang perubatan membuat keputusan untuk meninggalkan dunia perubatan dan menukar kepada bidang perniagaan. Puas Luth menegah tapi Lixea tetap berdegil mahu membantu si ayah. Akhirnya, angan-angannya yang mahu menjadi seorang doktor pakar berubah menjadi Chief Technology Officer memandangkan dia juga arif di dalam bidang teknologi.

"Macam itu aje?"

"Kenapa akak tak bercinta je dengan dia?"

"Entahlah. I guess I'm still not ready for this things. Hehe" Lixea ketawa kecil yang kedengaran hamba.

"Dah tu kenapa akak nampak macam broken sangat ni? Kata tak ready" ujar Laura seakan memerlinya.

Lixea menjeling Laura. Dah mula dah tu nak masuk mode menyibuk. Kecil besar kecil besar je Lixea tengok si Laura ini.

"Ha apahal pulak budak lagi sorang tu tarik kau? Boyfriend eh!" tuduh Lixea sambil menghala jari telunjuk ke arah Laura.

"Eh mana adalah! Dia kawan sekelas adik. Nama dia Theodore Xander. Budak baru pindah kot" Laura tepis jari telunjuk Lixea ayang hampir mengena batang hidungnya.

Bloody RoseWhere stories live. Discover now