"berdosa tau buat suami macam tu. "kata wan.
Dara diam. Dari dia sampai pukul 2 tadi, sampailah nak dekat pukul 5 wan tak habis-habis membebel.
"wan, dia bunuh abang. Abang tu. "kata Dara
"kalau ye pun, dengar la dulu penjelasan dia. "
Dara mengecilkan mata.
"wan macam tak terkejut je. Apa nih??? "soal Dara
Wan mengeluh.
"ibu ayah kamu tak berani nak cerita, meh wan cerita. Kamu tahu kenapa wan suruh kamu kahwin dengan Hilman. Masa tu wan sakit, memang wan nak sangat tengok cucu wan kahwin. Tapi, ada sebab lain. "
"sebab apa?? "
"ikhlasnya Hilman untuk memperisterikan kamu. 8 tahun yang lepas, abang kamu meninggal. Lepas 5 tahun abang kamu meninggal, dia sendiri datang jumpa kami semua. Dia minta maaf atas apa yang terjadi. "
"lepas dia bunuh abang, dia boleh pulak minta maaf macam membunuh tu bukan kesalahan besar?! Apa ni!!? "
"dengar dulu Afeeya Adara. "kata wan
Dara akur.
"dia kata, dia nak memperisterikan Dara. Sebab, dia dah jatuh hati dekat Dara. Bukan sebab rasa bersalah atau apa. Cuma cinta. Dia dah perhatikan Dara lama. Sebab arwah abang yang amanahkan dia untuk tengokkan Dara. Nampak tak betapa istimewanya Dara dekat mata abang Afiq dan Hilman. "kata wan
Dara mengeluh.
"pasal bunuh membunuh tu, lebih baik Dara bertanya pada orang yang betul. Dara rasa, si Jessica dengan Amir tu boleh dipercayai ke?? Tengok la macam mana hubungan Hilman dengan mereka berdua. Baik ke? Wan rasa, cucu wan ni dah cukup besar dan matang untuk fikir benda macam tu. "kata wan.
Dara senyap.
"fikirkan Dara. Wan nak ke dapur sekejap. Entah apa mak su kamu buat kat dapur tu. "kata wan.
Dara mengangguk.
❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️❣️
Hari kedua di kampung, segalanya tenang. Tapi, tak sangka pula tengahari tu 2 biji kereta mewah masuk ke halaman rumah wan.
Dara mengeluh bila melihat manusia yang keluar dari kereta itu.
"kenapa datang?? "soal Dara
Terus tangan wan mendarat di pipi Dara.
"apa sambut tetamu macam tu?? Eee budak ni. "kata wan.
Dara menjeling.
"masuk Hilman, Luqman, semua jemput masuk. "kata wan.
Hilman melangkah masuk ke dalam rumah.
"mak su mana wan?? "soal Hilman
"mak su kamu keluar kejap. Pergi ke kedai depan tu. "kata wan.
Dara terus menuju ke bilik.
"Adara. "seru wan
Langkah Dara terhenti.
"pergi buat air. Yang nak masuk bilik dah kenapa?? "soal wa
Dara mencebik. Dia nak nangis. Dia tak ada mood nak buat air. Kang air nya elok-elok manis silap-silap bertukar masin.
Dara terus menuju ke dapur.
Melihat itu, Hilman terus meminta diri untuk ke dapur.
Hilman hanya melihat Dara yang sibuk membuat air.

YOU ARE READING
AFEEYA ADARA ✔️
Romance3rd Story ❤ Afeeya Adara Hilman Ukasyah Sebelum cinta itu berputik, akan tertanamnya rasa benci. AFEEYA ADARA, gadis cantik manis sedap mata dipandang. Tapi, jangan pandang dia sebelah mata. Dia la top3 pemanah paling power di universiti. HILMAN...