CHAPTER II

854 140 36
                                    

l@ S W E E T I E C U P C A K E E 2021

ORANG ramai mula berkumpul di hadapan meja. Mata aku masih mencari dia, Zafrel. Entah ke mana manusia bertuah itu menghilang? Baru sangat dia datang dengan mama dan papa tadi. Sekarang, batang hidung pun tidak nampak.

Ya, benar. Hubungan kawan baik ini tercipta sebab ibu bapa. Aku menghela nafas. Terpaksalah sambut di sini tanpa dia.

"Happy birthday to you."

"Happy birthday to you."

"Happy birthday to Arabella."

"Happy to you."

Nyanyian dari rakan-rakan dan ahli keluarga disambut dengan senyuman. Acara kek dipotong dilakukan. Aku bersyukur kerana ramai yang sanggup datang meraihkan ulang tahun aku ke-17. Mereka turut mengucapkan kata-kata ucapan dan memberi hadiah.

Paling seronok, aku sempat suap kek untuk daddy, mummy, mama dan papa. Kedua mereka sudah menganggap sebagai keluarga. Tidak lupa juga Bikma yang cantik manis selalu jadi mangsa gurauan aku. Sungguh aku gembira dengan kehadiran mereka ke dalam hidup aku.

Acara potong kek berakhir dan sekarang ini tetamu lain sedang menikmati makanan dan minuman. Keluarga aku pula berbual dengan kawan-kawan mereka yang hadir. Kawasan ini ramai kerana penuh dengan mereka yang datang tetapi kenapa aku masih rasa kosong?

Jiwang pula kalau aku cakap aku cari mamat kerek itu. Kata-kata dia minggu lepas main bermain dalam kotak memori aku.

"Kenapa? Kau nak mengurat aku ke?"

Kalau kau bukan kawan baik aku, dah lama aku ngurat kau, gila.

"Kenapa dengan muka awak? Ada yang tak kena ke?" Cara percakapan ini cukup aku kenal. Kepala aku toleh ke kanan.

Danial, sepupu Zafreal yang sudah tinggal di Itali sedang menyoal. Bibir aku ukir segaris. Umur dia hanya berbeza satu tahun dari aku dan Zaff. Baik dan sangat ambil peduli akan diri aku. Kadang-kadang sampai dah rasa macam ada abang.

Akan tetapi Zaff tidak suka aku rapat dengan Danial. Di mana tempat aku melepak dengan Danial pasti ada dia datang menganggu.

Haish, aku ini dari tadi lagi asyik fikirkan dia. Nama Zafrel Iskandar juga yang keluar dari kotak memori. Mana tidaknya bila dia tiba-tiba menghilang! Potong kek tadi pun tak ada. Aku tengah kecewa.

"Bell?"

"Nothing, Danial. Saya cuma terfikir sesuatu. Nak buka hadiah malam nanti atau esok." Aku ketawa hambar, habis tak ada alasan. Dahi Danial mengerut halus, pelik dengan perangai aku.

"Kalau ada apa-apa masalah, jangan lupa nak kongsi dengan saya." Dia turut senyum dengan bibir nipisnya.

Aku angguk perlahan. Sebenarnya... dahulu aku dan Danial lebih rapat tapi sekarang semakin hari, semakin jadi makin kekok. Semua ini sebab pada genapnya umur aku 15 tahun, Danial pernah beritahu aku tentang perasaan dia.

Dia sukakan aku... dan itu bukan kali pertama kaum lelaki menyatakan perasaan terhadap aku. Entah apa yang ada dengan diri aku pun tak tahu. Mungkin sebab aku sejenis terlebih semangat dan ceria? Haha aku pun tak pasti.

Hmm... entahlah, sewaktu itu umur aku baru 15 tahun. Sekarang pun hanya 17 tahun. Aku masih takut menerima, tambahan pula hati aku dah diisi dengan kawan baik sendiri.

Aduhai, masalah.

Sudah lama berlalu, mungkin juga perasaan Danial dah menghilang tapi sikap prihatin dia masih sentiasa ada. Aku pun terus menolak jika ada mana-mana manusia yang memberitahu perasaan mereka.

Memori Sekeping HatiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang