06

85 19 3
                                    

Mata Beomgyu terpaku saat terlihat seorang gadis yang sedang berjalan sambil menyumbat earphone dalam telinganya.

Pada mata orang lain, itu hanyalah gadis biasa yang sedang berjalan. Namun, dalam mata Beomgyu gadis itu bersinar-sinar. Hatinya berdegup kencang dan matanya tidak lepas daripada memandang gadis itu.

Sepanjang 5 bulan di universiti itu, itulah kali pertama dia melihat gadis itu. Beomgyu menyenggol lengan rakan di sebelahnya itu.

"Weh weh, Soobin kau kenal tak perempuan tu?" Soal Beomgyu sambil memuncungkan bibirnya ke arah gadis itu.

Soobin yang sedang tekun membaca buku itu terus mengangkat kepalanya dan memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Beomgyu.

"Yang pakai baju pink dengan seluar putih tu ke?" Balas Soobin. Mata Beomgyu bersinar-sinar saat Soobin berkata begitu. Nampaknya Soobin macam kenal. Dia ada harapan la ni.

"Kenal. Dia satu sekolah dengan aku dulu."

Beomgyu mula tersengih sendirian dan mencucuk lengan Soobin menggunakan jarinya.

"Ehehe. Soobin nampak hensem la harini omaigawd. Apa nama dia?" Soal Beomgyu dengan mata yang bersinar dengan harapan.

"Nama dia- nak tau tanyalah dia sendiri. Ngeh bye aku nak buat assignment." Balas Soobin dengan nada mengejek lalu terus bangun meninggalkan Beomgyu.

᪥᪥᪥

"Best sangat ke Perancis tu? Tak rindu aku ke?"

"Bestlah! Aku dapat belajar dengan banyak designer femes tau. Aku happy gila sebab design aku tadi dapat pujian weh! Diorang cakap design aku tu memang original dan tak pernah diorang nampak pu-"

"Tengok tu. Tak jawab pun soalan kedua aku." Beomgyu mencebik apabila Haeyeon hanya mengabaikan soalannya. Dah tiga bulan tak jumpa Haeyeon. Dia bukan main rindu dekat Haeyeon tapi Haeyeon abaikan je soalan dia. Puih.

"Ish kau ni. Mestilah aku rindu. Tak ada sesiapa nak belanja aku tteokbokki kat sini."

"Ceh belanja aje dalam kepala otak kau tu. Ingat aku ni cop duit?"

"Ish apa-apa jelah. Ha, kau ada pape cerita tak sepanjang aku kat sini. Setiap kali call kau suruh aku je bercerita. Ha, kau pulak."

Beomgyu memuncungkan sedikit bibirnya sambil berfikir. Cerita apa ek yang dia ada?

"Oh aku tau dah. Aku nak bagitau kau ni. Sebenarnya aku suk- eh tak nak lah bagitau macam ni. Nanti kau dah balik dari Perancis baru kau bagitau. Biar kau saspen muahahhahahah."

"Biadap betul ini budak. DAH START CERITA TU HABISKAN JELAH HALAH." Marah Haeyeon menerusi telefon itu.

"Tak nak. Hekhek. Bye nak blah dulu."

"Yah! Ch-"

Butang merah itu ditekan oleh Beomgyu. Suka betul bila dapat uji kesabaran Haeyeon.

Laptopnya terus dibuka alang-alang dah cakap nak buat assignment. Tapi minda Beomgyu melayang entah ke mana memikirkan gadis di universitinya tadi.

Macam mana nak tau nama dia ek? Soobin ni pun satu. Kedekut.

Okay, esok dia akan pergi kat perempuan tu dan tanya nama dia. Apa susah?

᪥᪥᪥

Beomgyu menelan air liurnya buat kesekian kalinya. Perempuan tu depan dia je.

Tepuk la bahu dia Beomgyu. Nampak kasar pulak. Kalau cucuk sikit bahu dia okay ke ek?  Takut dia tak perasan pulak. Em em.

Nak panggil tapi takut dia tak dengar sebab dia tengah pakai earphone.  Kalau duduk kat sini lama-lama macam creepy pulak nanti dia fikir apa.

Macam dah lama sangat je duduk dekat sini. Nampak macam aku tenung dia ke ek? Nak kena bangun ke sekarang? Nanti makin lama duduk sini kang takut dia rasa aku creepy.

Huhu bangun jelah. Melepas peluang. Nak tanya nama je pun. Heh.

Sebaik sahaja Beomgyu yakin dia sudah jauh dari perempuan itu. Dia terus terduduk. Pelajar yang lalu lalang di situ memandangnya penuh hairan tapi tak hairan sangatlah. Maklumlah dunia sekarang makin pelik jadi tak peliklah bila nampak manusia pelik.

"SUSAHNYA NAK TANYA NAMA DIAAAAAAA!!"

--

Thanks for reading ❣️

[✓] smoke · choi beomgyuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ