08

83 20 3
                                    

Beomgyu tersengih sendirian melihat buku yang berada dalam pelukannya itu. Mungkin ni langkah pertama dia dan Sunyoung menuju ke pelamin. HSHSHSHHS.

Soobin di sebelahnya itu hanya memandang Beomgyu yang berada dalam dunianya sendiri dengan penuh keliru. Kenapa dengan Beomgyu ni? Suka benor dapat buku. Siap peluk cium lagi. Orang lain dapat buku, pandang sebelah mata je.

Tapi dia malas nak fikir pasal Beomgyu. Baik dia fikir pasal diri dia yang tak siap lagi assignment yang kena hantar lusa.

"Weh, Soobin. Ada sticky note tak?" Soal Beomgyu kepadanya dengan tiba-tiba.

Tanpa membalas Soobin hanya meletakkan sticky note miliknya di hadapan Beomgyu dan menyambung kerjanya. Beomgyu pula tersenyum suka dan membisikkan terima kasih kepada Soobin kerana dia tidak mahu mengganggu rakannya itu.

Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya sejak pagi tadi, Beomgyu mula menuliskan segala perasaan dan kejadian yang terjadi pada hari tersebut dengan cantik pada beberapa helai sticky note Soobin.

Untunglah tangan dia ni memang berseni. Dia membuka buku milik Sunyoung dan mencari muka surat kosong. Semua coretannya pada sticky note milik Soobin dihias dengan penuh hati-hati. Kena pastikan semuanya sempurna untuk Sunyoung!

᪥᪥᪥

Sudah masuk lima hari buku Sunyoung pada dia. Setiap hari dia meluahkan segala yang dia lakukan dalam buku tersebut. Macam tu diari dia je.

Setelah dia berpuas hati dengan coretan pada hari ini, dia menutup buku tersebut dan meregangkan badannya dengan senyuman lebar. Apa agaknya reaksi Sunyoung kalau baca ni ek?

Ding dong!

Bunyi loceng rumahnya kedengaran. Dengan pantas dia bangun dari sofanya dan melihat gerangan yang menekan loceng rumahnya.

Senyumannya terus melebar dan pantas dia membuka pintu untuk menjemput tetamunya itu.

"SYAITON! BILA MASA KAU BALIK TAK BAGITAU AKU PUN!" Jerit Beomgyu tepat pada wajah Haeyeon.

Eh eh aku baru balik dia jerit kat muka aku.

"Aku nak surprise kan kau lah. Halah. Rindu aku tak?" Soal Haeyeon pada Beomgyu.

"Gila ke kau. Rindu la sikit. Tak banyak pun. Masuklah dulu. Omma aku ada kat atas. Aku panggil jap." Kata Beomgyu lalu beredar untuk memanggil ibunya.

Haeyeon pula hanya masuk dan terus duduk di atas sofa. Dah lama tak jejak kaki kat rumah Beomgyu ni. Rindu dia macam rumah tu rumah dia je.

Sebaik sahaja dia duduk, dia ternampak satu buku yang menarik perhatiannya. Takkan lah ni buku Beomgyu. Macam buku perempuan je.

Baru sahaja dia mahu menyentuh buku tersebut, suara Beomgyu memecahkan gegendang telinganya.

"YEON OMMA KATA BAIK KAU MAKAN KAT SINI KALAU TAK DIA HALAU KAU!" Jerit Beomgyu sambil dia turun tangga.

"Tak payahlah jerit. Aku kat sini je pun halamak." Haeyeon memandang Beomgyu dengan menyampah.

"Ish gyu nih. Perangai sama je. Dah duduk situ borak dengan Yeon. Dah lama tak jumpa kan? Mesti rindu ni. Omma hidangkan makanan kejap."

"Terima kasih ahjumma." Kata Haeyeon sambil matanya mengekori emak Beomgyu ke dapur.

"Eh gyu. Buku siapa ni?" Soal Haeyeon kepadanya.

"Buku tu? B-buku tu adik aku punya."

"Kau ingat kelakar ke setan. Kau mana ada adik. Kalau ye pun takkan la Toto reti menulis pulak sekarang. Make it make sense."

"KAU NAK MARAH AKU NI KENAPA?"

"MANA ADA AKU MARAH! AKU TANYA JE."

"TAK PAYAHLAH BUNYI MACAM MARAH!"

"Gyu.. ni buku siapa?" Tanya Haeyeon sesopan santun ayu lemah lembut yang termampu.

"Hehe. Nilah yang aku nak cerita kat kau haritu. Buku ni buku budak perempuan kat uni aku. Aku suka kat dia. Lep-"

"Jap. K-kau suka budak perempuan kat uni kau?"

"Haah. Tak percaya kan? Aku rasa dia jodoh aku weh."

Hati Haeyeon pecah seribu mendengar kata-kata Beomgyu. Beomgyu suka orang lain. Terpaksalah dia telan perasaan dia. Tulah siapa suruh lambat confess.

Beomgyu mula bercerita tentang Sunyoung dan kisah buku mereka itu. Namun, semuanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri bagi Haeyeon. Dia terimbas semua memori mereka bersama.

Siapa je tak jatuh hati dekat lelaki yang selalu ada di sisi kita susah senang. Ambil berat dan prihatin tentang kita.

Dan semasa dia mengimbas kenangan mereka, dia tersedar yang Beomgyu hanya menganggap dia sebagai seorang adik.

--

Saje update tengah-tengah pagi 😚
Thanks for reading ❣️

[✓] smoke · choi beomgyuWhere stories live. Discover now