48

1.4K 50 2
                                    

         "terima kasihlah banyak banyak makcik pakcik sebab sudi tumpangkan kami dekat sini malam ni". Ujarku kearah makcik dan pakcik yang sedang menghidangkan makan malam.

"sama sama iman! Kami berdua ni lagi suka kalau ada tetamu datang kerumah ni, selalunya kami berdua je.". Balas pakcik.

"yelah.. Biar iman tolong hidang ye".

"takpayah susah susahlah, kamu tu tetamu, biar makcik je yang buat". Halang makcik hasnah apabila aku ingin menyeduk nasi kedalam pinggan.

"betul tu iman.. Iman panggilan marteen, kita makan sama sama". Ujar Pakcik kamarul dan aku mengangguk.

Langkah kaki dihayunkan kearah bilik yang dihuni oleh kami. Pintu dikuak dari luar.

"marteen... Apa awak buat ni?". Aku ketawa terbahak bahak melihat keadaannya tatkala ini.

Dia memandangku pelik " kenapa kau ketawakan aku?".

Namum ketawaku masih lagi tidak mampu untuk berhenti.

"weh.. Kau kenapa sampai ketawa macam ni? Apa tak kena dengan aku?". Dia masih lagi keadaan bingung.

"taklah...siapa yang ajar awak pakai kain pelikat macam ni, hah? Kelakar tahu tak". Ujarku sambil melihat kain pelikat yng sudah siap tersarung pada tubuhnya..

Macam mana aku tak ketawa tengok cara dia pakai kain pelikat, tersimpul sana tersimpul sini dah nampak macam simpulan bunga pun ada.

"dah aku mana pandai pakai benda alah ni! Wei kau jangan pandai gelakkan aku je, tolonglah baiki kain aku ni!". Ujarnya dengan wajah yang cemberutnya.

Siapa suruh tak pernah pakai kain kebanggaan kita ni? Padan muka!

"okay.. Okay... Saya tolong!". Kainnya aku pegang dan selepas itu aku tersedar.

Macam mana aku nak tolong dia?  Takkanlah aku nak tanggalkan kain dia pulak?

Lama aku berfikir tentang itu.

"yang kau termenung pulak ni kenapa? Tolonglah aku! Kan nanti pakcik kamarul dan makcik hasnah pulak yang gelakkan aku!". Arahnya bernada serius.

"alah.. Awak baikilah sendiri... Saya".

"kau lawan cakap suami iman? Kau tak takut ke kalau jadi isteri derhaka?". Dia merenungku tajam.

Alamak!

"iman.. Marteen! Kenapa lama sangat kat dalam tu? Jom makan malam sama sama!". Ujar pakcik kamarul dari luar bilik.

"iman tolong aku...". Pintanya dengan nada merayu.

"pakcik kamarul boleh tolong awak rasanya". Tanpa menunggu balasannya aku terus membuka pintu.

"mana marteen?". Soalnya kearah aku.

"urm.. Sebenarnya pakcik, marteen ada nak minta tolong dengan pakcik". Ujarku.

"minta tolong apa?".

"masuklah pakcik.. Pakcik tanyalah sendiri dia". Aku sudah tersenyum lebar kearah marteen yang kelihatan tidak puas hati dengan aku.

Tanpa mempedulikan muka tidak puas hatinya itu, aku melangkah pergi dari situ dan menuju kearah makcik hasnah.

"siap kau kejap lagi". Bisiknya perlahan pada telingaku selepas duduk bersila ditepiku.

"maaflah kalau tak kena dengan selera... Makanan kampung je". Ujar makcik hasnah.

"takpe makcik.. Kitaorang memang suka makanan kampung... Kadang kadang tu iman masakkan je makanan kampung dekat saya, saya memang makan sampai habis".

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now