2

2.2K 73 0
                                    

             Aku membetulkan tudung bawal yang aku pakai supaya menjadi lebih kemas dan menutupi dadaku. Setelah berpuas hati dengan penampilanku, stoking kulit dan handsock aku ambil dan aku sarungkan pada kaki dan tangan.

"hei ustazah, lama kau berdandan!". Sergah mia yang tiba tiba muncul dari belakang. Dia ni selalu je panggil aku ustazah, entah apa masalahlah dia ni?.

" baru je 5 minit aku bersiap, lama kebenda nya? Dah kau ni takde kerja ke yang kacau aku ni?". Soalku dan dia hanya tayang sengih kambingnnya.

"pelanggan takdelah, eah iman. Jomlah kita pergi shopping tudung dekat butik yang baru buka tu malam ni, aku dengar ada promosi kaw kaw sekarang ni! Jomlah, please!!!". Dia membuat mata terkedip kedip memandangku. Nak bodeklah tu.

"mia, aku bukannya taknak tapi kau pun tahu kan duit gaji aku tu aku nak simpan untuk ibu aku!".

"tapi iman kau dah lama sangat dah tak beli tudung kan?".

"iyeee,tapi tudung aku dah banyak dah dekat rumah, pakai yang mana ada jelah. Lagipun aku rasa membazir kalau beli yang baru, tudung lama pun still tudung kan?" dia mengangguk lemah.

"iyelah iman! Aku tahu yang aku takkan menang kalau bercakap dengan kau, jadi better aku stop". Dia mengangkat tangan tanda kalah. Cepat je give up dia ni.

"tapi kan iman aku tak sabar nak tengok ibu kau pergi mekah dengan hasil titik peluh kau simpan duit untuk dia, mesti ibu kau happy gila kan!". Wajahnya kelihatan teruja.

Aku tersenyum mendengarnya" Insyaallah! Aku pun nak sangat tengok dia happy sebab aku tahu yang dia nak pergi sangat dekat sana tapi tulah, duit tidak mengizinkan! Tulah pasal aku nak simpan duit aku, yelah kalau bukan aku siapalah lagi yang boleh bawakkan dia pergi sana kan? ". Itulah adalah salah satu impian terbesar aku untuk bawa ibu ke Mekah sebab aku nak sangat dia happy. Aku nak balas balik jasa ibu yang susah payah membesarkan aku seorang diri walaupun tanpa abah.

"aku doakan agar impian kau yang ini akan tercapai". Dia menadah tangan seperti berdoa dan aku hanya mengaminkannya.










"wassup gang!". Aku berjabat tangan dengan dua orang rakan karibku yang sedang duduk diatas sofa. Disamping mereka ditemani seorang wanita yang pemakaiannya sangat mencolok mata dan rambut mereka usah dicakap lagi, warna karat habis.

Seorang rakanku iaitu Syed Haikal sedang mengusap gusap paha gebu awek karatnya manakala seorang lagi iaitu Rayden sedang memeluk pinggang ramping aweknya yang berada diatas pahanya. Tengah layan nafsu diorang ni, desis ku.

"weh karl,awek mana pulak ni?". Tanyaku spontan sambil menuangkan air arak kedalam gelas.

"awek ni nama belinda! Awek tengah hot dipasaran bossku!". Dia mencium rakus leher wanita bernama Belinda itu dan wanita itu hanya merelakannya.

"get room lah kawan!". Sampuk rayden bersama hilaian ketawa.

"alah macam tak biasa!". Balas Haikal dan juga turut ketawa.

Tanpa mempedulikan mereka, aku meneguk rakus air arak itu kedalam mulut. Terasa hilang semua penat seharian bekerja apabila dapat minum air syaitan itu. Bunyi lagu yang membingitkan bersama lampu yang berkilau kilau itu membuatkan aku semakin lalai.

Inilah tempat aku! Tempat aku untuk melepaskan lelah penat berkerja dan tempat yang wajib aku akan lepak dengan mamat 2 ekor ni.

"hye king! I nak join u boleh?". Sapa seorang wanita cantik dan dia sudah duduk disebelahku.

"hye Bella! U nampak cantik harini". Pujiku melihatkan dia megenakan sepasang dress merah yang sangat singkat dan agak terbelah didada. Kakinya yang tersilang menampakkan pahanya yang putih gebu.

Dia tersenyum malu dan tanganku naik mengusap paha gebunya. " lama i tak nampak u, u pergi mana? Rindulah dekat u!". Aku mula bermanis mulut kepadanya. Btw aku   kan  king!

"seriously u rindu i king?". Soalnya tidak percaya. Aku mengangguk seraya mengenyitkan mata kearahnya. Dia seperti terkedu.

"jom teman i malam ni! I boringlah!" laju dia mengangguk dengan permintaanku. Aku mengangkat tubuhnya dan didudukkan diatas pahaku. Sebelah tangan aku memeluk pinggang rampingnya dan sebelah lagi aku suakan segelas air arak kemulut.

"weh king, karl.. Jom danceee!kan masing masing dah ada awek". Ajak ray dengan excitednya.

"jommm!" Haikal mula memeluk aweknya"weh jomlah! ". Dia mengajakku pula

" takpe, korang pergilah! Bella ada teman aku! ". Bella tersenyum mendengarkan itu.

" bella tuangkan i  air lagi "pintaku sambil mengajukan gelas kosongku kepadanya.

" tapi u dah minum banyak dah nanti u mabuklah king". Dia menahan gelasku. Aku ketawa perlahan.

"i kalau boleh hari hari nak mabuk, nak teguk air tu.. Baru feeling dia lain macam".

"okay kalau macam tu i dah tak boleh nak halang u!!" dia menuangkan air kedalam gelasku sehingga penuh. Terasa khayal di kepala tapi aku masih lagi meneguk air syaitan itu lagi dan lagi. Terasa nikmatnya hidup ini apabila dapat apa yang aku mahukan. Tangan bella yang mula menjalar pada dada bidangku membuatkan aku lagi tenggelam dalam khayalanku.

Semakin tangannya galak bermain di dadaku, semakin nafasku menjadi tidak keruan. Aku terus meragut mulutnya dan menikmatinya dengan rakus dan tangannya memeluk erat leherku.

Aku tenggelam_tenggelam dengan nafsu syaitan.

Setelah puas menikmatinya, aku bangun dan membaiki kedudukanku. "sayanggg" panggilnya manja dan dia melentokkan kepalanya pada bahuku. Automatik aku mengherotkan senyuman sinis pada bibir, mudahnye perempuan ni masuk dalam sangkar aku.

"sayang jom kita sambung dekat atas" ajaknya, aku faham sangat masuk atasnya iaitu dalam bilik yang telah disediakan di tingkat atas.

"takpelah bella, i nak balik dah!". Aku bingkas bangun sambil membetulkan rambutku.

"lah, kenapa nak balik dah?". Soalnya dalam nada manja. Nak tarik perhatian akulah tu.

"esok i kerja!". Jawabku dengan nada mendatar.

walletku dibuka "tq for your lip yang tak seberapa manis tu , tapi takpe i still enjoy your breath!". Dia mengerutkan muka memandangku.

"and this for your lip!". Aku menarik tangannya dan beberapa keping not 100 aku letakkan diatasnya.

"apa ni king? U ingat i nak ke duit ni?". Bentakknya dengan tiba tiba.

"but my money can buy your's lips bella". Ujarku seraya ketawa sinis. Kelihatan merah padam mukanya menahan amarah.

"karl, ray, aku cau duluu!". Laungku kepada mereka yang masih tenggelam melayan perasaan dalam muzik yang membingitkan itu.

Dengan langkah yang sedikit terhuyung hayang, aku melangkah kearah kereta Mitsubishi mewahku.





"Astagfirullahalazim! Kamu mabuk lagi!! Apa nak jadi dengan kamu ni dani, dah pukul 3 pagi baru reti nak balik rumah!!!". Bebel papa melihat keadaanku yang terhuyung hayang.

"kecohlah papa ni, dani balik ni dah kira okaylah daripada tak balik langsung!". Balasku. Balik je mesti kena bebel. Sebal betul telinga aku ni mendengarnya.

"daripada kamu mabuk macamni, baik tak payah balik! Kamu tahu tak yang disebabkan perangai kamu yang semakin menjadi jadi sekarang nilah membuatkan mama kamu tu sakit tahu tak?menyusahkan betullah!". Nada suara papa keras.

"yelah pa, semua salah dani". Aku menghayunkan langkah terhuyung hayang menaiki tangga menuju ke bilikku tanpa mempedulikan papa.

"dani!! Papa tak habis cakap lagi dengan kamu ni!! Dani!!!!". Panggilan keras papa itu aku hiraukan. Baik aku masuk bilik dan tidur lagi bagus.

ISTERI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now