➜ 𝒅𝒖𝒂 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒔

144 34 6
                                    

hyewon memandang changmin yang berada di tempat pemandu. dia menggigit bibir sekejap sebelum mencucuk lengan changmin.

"ya?" soal changmin.

"kita nak pergi mana sebenarnya?" soal hyewon. changmin tersenyum. tangan kanannya dibawa naik ke atas kepala hyewon dan diusap lembut.

"nanti awak tahu. saya jamin awak mesti suka." ujar changmin. hyewon menundukkan kepala apabila pipinya menunjukkan warna merah. malu nyah abe changmin usap kepala gitu.

changmin tersengih melihat gelagat hyewon. comel.

hyewon mengambil keputusan untuk memandang ke luar sahaja. dia sebenarnya nak tanya sesuatu dekat changmin, tapi dia kuburkan soalan itu di dalam hati. ni semua sebab changmin usap kepala dia, auto lupa.

————

changmin memberhentikan kereta di hadapan sebuah studio yang bernama 'cobbie's room'.

"jom." hyewon mengerutkan dahi sebelum keluar daripada kereta. dia memandang ke arah studio itu dengan penuh soalan di kepala.

"prof, ni studio jacob bae kan? gamer yang famous tu?" soal hyewon tanpa memandang ke arah changmin. si jejaka mengangguk tanda mengiyakan.

mata hyewon membulat besar. dia menoleh ke arah changmin dan memegang tangan jejaka itu sambil melompat gembira.

"prof! prof tahu tak dia ni saya punya favourite gamer?! banyan pokemon yang dia dah dapat! even ditto pun dia dah dapat! prof kenal dia?" anggukan daripada changmin menambahkan lagi kegembiraan dalam diri hyewon.

changmin tersenyum melihat senyuman gadis itu. baginya, senyuman itu adalah satu penyembuh baginya.

"jom masuk."

sebaik sahaja masuk ke dalam studio itu, changmin dan hyewon disambut oleh jacob sendiri. senyuman bak angel yang diberikan oleh jacob membuat hyewon cair.

changmin yang perasan menahan geram. entah kenapa tapi dia rasa cemburu melihat senyuman hyewon saat jacob mempersilakan mereka masuk.

"duduklah. changmin tak cakap pun nak ajak kawan." ujar jacob. changmin hanya melayangkan senyuman tidak ikhlas.

"saya hyewon. anak murid prof ji." hyewon memperkenalkan dirinya kepada jacob. changmin melirik ke arah hyewon sekejap sebelum melihat ke skrin telefonnya.

"so, kenapa kau bawak hyewon datang sini?" soal jacob kepada changmin. lelaki itu memandang jacob dengan pandangan kosong.

"budak ni nak metamon." ujar changmin. hyewon membulatkan matanya. biar betul ji changmin ni?!

"prof, kejap. saya tak fah-"

"apa yang awak tak faham hyewon? kan saya dah janji." potong changmin. kalini dengan pakej ternganga hyewon bagi.

"tapi kan prof janji kalau keputusan saya okay." ujar hyewon. changmin memandang hyewon.

"bersyukurlah saya dah bagi peluang ni. go, tangkap ditto metamon apa benda semua tu." changmin melemparkan senyuman kepada hyewon sebelum memandang telefon kembali.

mata hyewon bersinar sinar. dia tanp sedar terus memeluk batang leher changmin seerat eratnya.

"terima kasih prof! terima kasih!" ucap hyewon. changmin tersentak. jantungnya berdegup kencang. dia melirik ke arah hyewon sebelum tersenyum.

"sama sama. dah, go." hyewon melepaskan pelukan dan mengangguk laju.

changmin menggosok belakang lehernya perlahan. diam diam, dia menguntum satu senyuman.

"comel."

————

(kang hyewon pov)

aku mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan ditto. dasar ditto! payah sangat nak tangkap apahal?

"boleh?" soal jacob. eh mamat ni! menganggu konsentrasi betul! melihat aku diam tanpa membalas soalan dia, lelaki itu duduk di sebelah aku.

"kalau nak tangkap ditto, awak kena lembut lembut. tak boleh sergah terus." ujar jacob. aku memandang dia. seriuslah?

"selama ni saya tangkap terburu buru eh?" soal hyewon. jacob melepskan tawanya. dah kenapa?

"adoi lah awak ni. hyewon, awak yang main tau bukan saya. macam mana saya nak tahu?" soal jacob sambil ketawa. betul jugak en?

"hehe, sorry."

aku dengan lemah lembut cuba menangkap seketul ditto tu. and guess what? I GOT IT!

"YEAY!" aku terus melompat gembira setelah berhasil mendapatkan ditto. fuh pro jugak aku ni!

changmin yang sedang bermain telefon terus terkejut.

"hyewon awak kenapa?" okay, this is awkward.

changmin dan jacob tanya soalan yang sama pada waktu yang sama?

dua jejaka itu memandang antara satu sama lain. okay, ni lagi awkward sebab pandangan diorang nampak macam..

tidak puas hati antara satu sama lain. damn.

(to be continued)

𝐌𝐄𝐓𝐀𝐌𝐎𝐍. ji changminWhere stories live. Discover now