(jichangmin pov)
hari pertama bagi kang hyewon untuk stop main game sebab nak dapatkan pointer 4.0.
actually, dia nak metamon. hmm aku oke je.
hari ni aku gerak dengan dia pergi ke universiti. awalnya, dia berkeras taknak ikut aku tapi aku paksa dia. jahat jugak ye ji changmin ni HAHAHAHAH!
"cik kang dah siap?" soalku. hyewon mengangguk sambil memandang wajah aku. okay, baru harini nampak muka dia bersemangat nak belajar.
"AYUH KITA PERGI DAPATKAN METAMON!" jerit hyewon secara tiba tiba.
tanjat odo.
aku hanya menggelengkan kepala melihat karenah kang hyewon. tak habis habis dengan metamon.
——
aku memberhentikan kereta agak jauh daripada universiti. itu semua permintaan daripada cik kang kita. dia kata dia tak nak kena attack dengan peminat aku.
eh? tibeh.
aku pun ikutkan jelah. walaupun ikutkan hati nak je aku hantar dia betul betul depan pintu dewan kuliah dia.
"nanti saya balik sendiri eh prof?" suara hyewon memecahkan sunyi. aku memandang ke arah dia.
"kenapa?" soal aku. hyewon seperti tak senang duduk. ni mesti ada something ni.
"awak nak pergi main game kan? tak boleh. awak tetap balik dengan saya." muka hyewon menunjukkan dia hampa dengan jawapan aku.
"tapi—"
"bangkang dan awak tak akan dapat metamon." aku terus memotong percakapn hyewon bersama ugutan. hyewon mengeluh berat.
"iyalah." selepas itu, dia terus keluar daripada kereta. nampak lah dia frust sebab tak dapat main game huehue.
——
"prof ji!" aku menoleh ke belakang tatkala ada satu suara memanggil aku. okey, orang tu omma hyewon.
"ye prof kang?" balasku. aku turut membalas senyuman yang dilemparkan olehnya.
"saya nak tanya, hyewon okay ke sepanjang dia dekat rumah prof?" soalnya. aku mengangguk tanda mengiyakan pernyataannya.
"dia okay. cuma tulah, nak bagi dia renggang dengan game tu susah sikit. tapi jangan risau, saya dah berjaya buat dia tak main game." jelasku. muka prof kang nampak lega.
"terima kasih tau prof ji. saya dah mati kutu macam mana nak buat dia tak obses dengan game." aku mengangguk dan memberikan senyuman kepadanya.
"kalau takde apa apa, saya mintak diri dulu." pintaku. prof kang mengangguk dan aku mula bergerak ke dewan kuliah. kelas kang hyewon.
(end pov)
——
hyewon mengelamun di dalam kelas ji changmin. ya, sekarang waktu prof ji changmin kesayangan semua. hyewon langsung tidak menunjukkan minat untuk mendengar apa yang diucap oleh changmin.
"kehadiran cahaya— kang hyewon." hyewon menggelabah saat namanya dipanggil. dia terus memandang ke arah changmin bersama sengihan.
"iya prof!" sahutnya. ji changmin memandangnya dengan senyuman. senyuman yang penuh makna.
"fokus atau awak tak akan dapat apa yang awak nak." usai sahaja changmin menghabiskan ayatnya, semua pelajar di dalam kelas itu terutama sekali pelajar perempuan memandang hyewon tajam dan berbisik antara satu sama lain.
hyewon terdiam. matanya memandang ke arah rakan rakan di kelasnya sebelum memandang ke arah changmin kembali.
"tak guna." bisik hyewon perlahan.
(to be continued)
sumpahla lepas exam ni bahasa kelaut semua 😂
YOU ARE READING
𝐌𝐄𝐓𝐀𝐌𝐎𝐍. ji changmin
Fanfiction═ completed! 🗝 "sekali lagi awak sebut metamon, saya tak teragak-agak nak kiss awak dekat depan students saya" ©️ SUNFILMS- Start: 10 Sept 2020 End: 09 March 2022