Aku berjalan di sekitar bandar Seoul yang masih sesak dengan rakyatnya walaupun sudah malam. Dengan tidak membawa payung, aku meredah hujan membiarkan air hujan membasahi pakaian aku. Aku terlalu stres sekarang ini.
Dipecat, duit makin lama makin habis, appa pula asyik mengambil duit aku untuk berjudi.
Eomma?
Dah lama dia tinggalkan aku setelah dia bercerai dengan appa. Dia hanya bawa abang aku seorang. Aku bencikan eomma aku kerana dia meninggalkan aku dan membiarkan aku didera oleh appa.
"Takda kerja kosong ke?"gumamku perlahan sebelum duduk di tangga hadapan sebuah bangunan yang tinggi itu. Wajah aku tekup dengan kedua-dua tangan. Keluhan panjang aku lepaskan.
Alangkah baiknya jika eomma ambil aku sekali untuk tinggal dengannya dulu. Kenapa dia tinggalkan aku seorang diri?
Aku taknak balik rumah. Lebam pada wajah, kaki dan tangan aku masih belum hilang. Aku tak mahu lebam lain pula wujud. Tepi bibir aku yang juga luka akibat ditampar appa semalam aku sentuh.
Masih pedih.
Aku menghela nafas lagi. Apa guna hidup dekat bandar yang kaya ni kalau tak bahagia? Yang dikejar hanya wang semata. Bahagia keluarga ditolak entah kemana. Lututku aku peluk erat memberi kekuatan kepada diriku sendiri.
Tidak mengapa, ini sementara.
Itulah kata-kata yang aku selalu bisikkan kepada diriku. Sedang aku termenung jauh memikirkan nasib diri aku yang malang, ada dua suara budak kecil menyapa pendengaran aku.
"Hae, cuba tengok kakak tu."
"Kenapa dengan dia, Woo?"
"Tak tahu. Hae nak tanya tak?"
"Takmau la. Papa kan dah kata dont talk to strangers."
Tawa halus terlepas dari bibirku apabila kanak-kanak perempuan itu meniru suara bapanya. Terdengar mereka melangkah ke arah aku dengan perlahan.
"Kakak,"
Aku menoleh ke arah mereka berdua yang tercegat berdiri berhampiran dengan aku. Budak lelaki itu menyeluk poket seluarnya sebelum menghulurkan sesuatu kepada aku. Mataku terarah pada gula-gula di atas tangannya.
"Kakak nampak sedih. Ambillah gula-gula ni. Papa kata gula-gula boleh buat orang happy."katanya lalu tersenyum lebar. Kanak-kanak perempuan yang setia berdiri di belakang abangnya itu aku pandang. Senyuman aku ukirkan untuk mereka berdua.
"Terima kasih."gumamku setelah mengambil sebiji gula-gula itu daripada tangannya. Baru sahaja aku mahu mengoyakkan plastik gula-gula itu, aku terdengar suara lelaki seperti sedang mencari seseorang.
"Seunghae, Seungwoo! What are you doing there?"suara lelaki itu memetir apabila sudah menjumpai anak-anaknya. Aku mengangkat kepalaku memandang ke arah lelaki itu. Dia menatap aku dengan kerutan di dahi.
"Papa! Tadi Woo bagi gula-gula kat kakak tu papa!"jerit kanak-kanak perempuan itu setelah berlari mendapatkan bapanya. Aku tak tahu kenapa, pandangan lelaki itu membuatkan aku rasa terancam. Budak lelaki tadi cuba mencapai aku namun aku terlebih dahulu melarikan diri.
Aku takut. Takut dengan lelaki yang aku tidak kenal. Kali terakhir aku berinteraksi dengan lelaki adalah dua minggu lepas, saat Encik Kim memecat aku. Sejak itu, ayahku kembali memukulku kerana tidak memberikannya wang.
"Kakak!"
Panggilan daripada kanak-kanak lelaki tersebut aku buat tidak dengar malah melajukan langkah aku pergi daripada situ. Aku berlari mengikut haluan sendiri. Aku tidak tahu kemana aku berlari tetapi kakiku berhenti di sebuah taman permainan.
Keluhan aku lepaskan. Nafasku yang tercungap-cungap aku betulkan seketika. Beberapa orang sedang bersenam di taman ini. Aku memandang sekeliling. Taman permainan kanak-kanak, tasik yang luas serta taman perumahan. Mataku tidak familiar dengan kawasan perumahan ini.
Aku kat mana ni?
"Cik, apa nama taman perumahan ni?"
Soalku kepada seorang perempuan yang sedang berehat di sebuah bangku. Nampak seperti dia baru habis berjoging. Perempuan itu menoleh ke arah aku dengan senyuman kecil.
"Nama taman perumahan Nam-il. Awak daripada mana?"
"Sa–saya..."
Tuturku menjadi tidak lancar. Gadis di depan aku nampak kabur. Aku cuba mencapai bangku itu namun kaki aku yang lemah membuatkan aku terjelopok di atas tanah. Sakit di kepala aku yang mencengkam membuatkan aku lemas.
"Awak? Awak!"
Pandanganku gelap.
+++++
"Dia pengsan sebab terlalu stress. Jangan risau, nanti dia dah sedar I periksa balik."
Aku terjaga apabila mendengar suara-suara itu. Terpisat-pisat mataku apabila cuba mengecam tempat ini. Seperti sebuah bilik tapi bukan wad.
"Awak dah sedar?"pertanyaan seseorang itu membuatkan aku menoleh. Ini... Perempuan tadi. Aku menganggukkan kepalaku sebelum mengalihkan selimut yang membalut tubuhku.
"Saya kat mana?"
"Awak dekat rumah saya. Awak okay? Awak dah semalaman pengsan. Risau saya."
"Maaf susahkan cik. Terima kasih sebab bagi saya tumpang, cik...?"aku menyengetkan kepalaku berfikir. Apa nama dia ya? Semalam aku tak sempat pula tanya. Tahu tahu pengsan.
"Aerin. Awak?"aku terpandang seorang lelaki yang sedang bersandar di bingkai pintu itu. Mataku yang masih sakit membuatkan aku tak boleh mengecam wajahnya.
"Yoon Hyejung."ucapku dengan senyuman kecil. Buat masa sekarang, bibir aku masih sakit jadi aku tak boleh senyum lebar sangat.
"Yoon Hyejung?"suara lelaki tadi bergema di dalam bilik itu. Aku mengangkat kepalaku memandangnya. Wajahnya yang aku rasa sedang berkerut itu membuatkan aku tertanya-tanya apa yang tidak kena pada nama aku itu.
"Are you m-my sister? Yoon Hyejung?"lelaki tadi melangkah menghampiri kami berdua. Aerin berganjak ke tepi apabila lelaki itu makin dekat.
"I-I dont have any siblings. Aerin, saya nak balik."ujarku terketar-ketar. Aku mula rasa tidak selesa. Tiba-tiba saja panggil aku adik dia. Lelaki tersebut memegang tangan aku.
"Hyejung tak kenal abang? Abang, Yoon Jeonghan. We are siblings."
"T-tak! Aku takda abang!"aku sudah mula berpeluh. Aku takut. Aku rasa terancam. Otakku tak dapat memproses maklumat secara lancar. Nafasku menjadi kencang. Jeonghan menolak hood yang menutupi kepala aku dan mengusap tepi kepala aku.
"Abang kenal adik abang. Hyejung ada parut kat tepi kening sebab dulu pernah main pisau dengan abang kat dapur."
T-tak. Apa benda semua ni? Aku dapat berjumpa dengan abangku semula?
"A-abang..."
Lelaki yang bernama Jeonghan itu tersenyum lebar sebelum menganggukkan kepala apabila aku memanggilnya abang. Dia menarik aku ke dalam dakapannya. Aku membalas pelukannya erat.
"Abang..."
"Hyejung-ah, I miss you."
###
VOCÊ ESTÁ LENDO
Babysitter || Choi Seungcheol
FanficSetelah kematian isterinya, Seungcheol mengambil langkah untuk mencari seseorang yang dapat menjaga anaknya dengan baik. Semua penjaga sebelum ini tidak memenuhi kriteria dan kehendaknya sebagai seorang penjaga anaknya. Yoon Hyejung, gadis yang baru...