MMMBB 26

261 11 0
                                    

Mulut yang ternganga itu ditutup oleh Adrian, sungguh aku kagum dengan reka bentuk rumah anak yatim ini. Terlalu gempak sehinggakan lidah terkelu, tidak tahu cara untuk menggambarkan perasaan aku pada ketika itu. Jarang sekali untuk aku jumpa mana-mana rumah anak yatin yang direka sekreatif ini. Pasti selesa budak-budak di sini.

"Kau nak tahu siapa pemilik rumah anak yatim ni?" Adrian menyoal, terus aku mengangguk. "Abi aku."Jawabnya, bangga diri.

Siapa saja tidak kenal dengan Tuan Andi dan Puan Rashida, pasangan dermawan? Aku sendiri pun mengidolakan mereka. Sudahlah baik hati, pemurah, memang tiada cacat cela antara pasangan itu. Cuma itulah, anak-anak mereka saja yang suka buat hal. Masalah apa? Itu aku tidak tahu, tapi aku rasa kebanyakan masalah datang dari anak sulung mereka. Bukan berniat nak bela Adrian, tapi itulah yang aku dengar dan baca di artikel.

"Serius ah?" Soal aku, kagum.

Adrian hanya tersenyum melihat gelagat aku yang seperti rusa masuk bandar. "Memang nak berdiri dekat luar saja ke?" Soalnya dengan keningnya yang diangkat sebelah.

"Kalau datang jauh-jauh takkan nak tercegat dekat luar saja? Mestilah nak masuk..." Aku berkata dengan muka toya sebelum melangkah masuk ke rumah anak yatim itu, meninggalkan Adrian di belakang.

Adrian meleretkan senyuman sebelum mengejar langkah aku yang maju di hadapan.

-

Eryana mengerling jam tangannya, "Alamak! Aku ada kelas ni, kita bual lainlah..." Ujarnya sebaik berhenti di hadapan loker miliknya.

Aqeel mengangguk, "Aku pun nak kena gerak, nanti lambat pula nak pergi kerja. Hadiah tu jangan lupa pula bagi Ayra." Pesannya, Eryana hanya mengangguk sebagai jawapan.

Dengan itu, Aqeel melangkah pergi daripada situ. Beg hadiah yang Aqeel berikan itu diletakkan di dalam loker, bukunya dikeluarkan sebelum menutup semula pintu loker itu. Tali begnya yang tersangkut di bahu dibetulkan, bersiap sedia untuk ke kelas. Namun langkahnya terhalang apabila ada tangan yang menghalang pergerakannya. Eryana mengangkat muka melihat akan gerangan yang cuba membuatnya lambat ke kelas.

Eryana melepaskan keluhan jengkel, mata digulingkan tanda menyampah, tangan disilang pada dada, "Boleh tolong alihkan tangan jijik ni tak? Aku ada kelas yang kena hadir, tolong jangan halang jalan." Ujarnya dengan nada yang menyampah.

"Sejak bila pula kau rapat dengan Aqeel?" Soal Ziyad, mengabaikan kata-kata Eryana. Tangannya yang ditahan pada loker itu diturunkan, kini menyandarkan badan sebelah kirinya itu pada loker, menunggu jawapan daripada Eryana.

"Tak ada kena-mengena pun dengan hidup kau." Ujar Eryana, ingin melangkah pergi daripada situ, namun sekali lagi dihalang Ziyad. Eryana melepaskan keluhan jengkel, memberikan jelingan tajam kepada lelaki itu, menanti lelaki itu untuk bersuara semula.

Ziyad melepaskan tawa sinis, "Kecewa, hati tersakiti, hancur terkhianati, rapuh diri, konon..." Ujarnya dengan nada yang mengejek, hanya membuatkan Eryana ingin tertawa.

"Aku rasa kau patutnya ambil sastra, pandai karang ayat." Eryana membalas, sakarstik. "Oh, lagi satu... Buat apa nak sedih untuk sampah, kan?" Soalnya sinis sebelum melangkah pergi meninggalkan Ziyad yang terpinga di situ.

Kalau bukan kerana dia sudah lambat ke kelas, banyak lagi ayat-ayat pedas yang ingin dilontarkan, biar terbakar telinga Ziyad mendengar. Itulah, tak ada rezeki pula nak tunaikan niat itu.

Tak apa, Yana... Ada lori ada bas, ada hari aku balas. Pesan Eryana kepada diri sendiri.

-

"Ingatkan ini tunang kamu, Ad..." Tersedak air liur aku dibuatnya apabila salah seorang pekerja di rumah itu bersuara, Adrian mengusap belakang aku sambil tertawa.

✓ My Mate, Mr. Bad Boy Where stories live. Discover now