Bab 13:Teman Bermain Sang Puteri

765 91 4
                                    

Pada petang itu...

Eric hanya duduk di atas katilnya sambil membaca buku. Bukannya dia tak pandai membaca tetapi cuba untuk mempelajari bahasa yang digunakan di tempatnya itu. Sebenarnya, Puak Reivel ada bahasa tersendiri iaitu Bahasa Volminer yang dimana hanya Eric yang mampu memahaminya.

Walaupun begitu, Puak Reivel juga pandai bercakap menggunakan bahasa manusia jadi mereka seringkali menggunakan bahasa manusia terutamanya di saat Aiden bertemu dengan mereka.

"Hmm, bahasa manusia takde lah susah sangat ya,"kata Eric yang sedang bercakap dalam Bahasa Volminer.

"Kau cakap bahasa apa tu, Eric?"tanya Theodore sambil memandang Eric dengan penuh rasa ingin tahu.

"T..takde apa-apa, Eric cuma cakap bahasa mengarut je tadi,"kata Eric sambil menutup bukunya.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi nada dering datang dari telefon pintar Eric. Sang remaja itu terus saja mengangkat panggilan telefon itu. Sebenarnya telefon pintarnya itu ialah pemberian dari Aiden agar dapat memudahkan serba sedikit aktiviti harian Eric di akademi itu.

"Helo? Siapa ni?"tanya Eric.

"Maaf menganggu, ni Raja Nolan bercakap,"kata Raja Nolan.

"Eh? M..macam mana, tuanku boleh dapat nombor ni?"tanya Eric separuh berbisik.

Theodore hanya memandang Eric yang sedang bercakap melalui telefon itu laku berjalan pergi dari situ.

"Saya dapatkan nombor ni dari pengetua kamu lah. Sebenarnya saya hubungi kamu ni sebab ada nak minta sesuatu permintaan. Harap kamu boleh datang hari ni,"kata Raja Nolan.

Eric terdiam seketika & memandang jam dinding yang ada didalam biliknya. Jam pada ketika itu telah menunjukkan pukul 4.25 petang.

"Baiklah, saya akan datang sendiri nanti. Tak perlu jemput saya ya,"kata Eric.

"Kamu pasti?"tanya Raja Nolan.

"Ya, itu pilihan yang lebih baik,"kata Eric sambil tersenyum.

"Baiklah, saya minta diri dulu,"kata Raja Nolan lalu menamatkan panggilan itu.

Eric hanya memandang telefon pintarnya itu laku terus saja bangun & bersiap untuk pergi ke istana sang raja itu. Dia terus saja menyarung sebuah baju berwarna putih, seluar Jean berwarna biru gelap & sebuah jaket berwarna kelabu.

Dia terus saja mengambil beg tangan sisinya yang berwarna kuning itu & berjalan ke arah pintu keluar/masuk bilik dorm nya itu.

"Eric? Kau nak pergi mana petang ni?"tanya Kayden yang sedang membuat sandwic di dapur.

"Nak keluar kejap. Nanti saya balik ya,"kata Eric lalu menyarung sepasang kasut sukan berwarna putih & berjalan keluar dari situ.

Di istana...

Eric akhirnya telah tiba dihadapan istana selepas menggunakan kuasa telepotasi miliknya. Dia terus saja berjalan sehingga tiba dihadapan pintu istana. Tiba-tiba, pintu istana itu terbuka & Eric telah terpandang seseorang dihadapannya itu.

"Kamu mesti Ericsson Forest kan?"tanya orang itu.

"Ya, saya sebenarnya datang ke sini sebab Raja Nolan nak jumpa saya,"kata Eric.

"Mari ikut saya ke pejabat saya dulu. Raja Nolan sedang sibuk dengan kerjanya sekarang,"kata orang itu.

Di pejabat...

Orang itu hanya duduk di mejanya sementara Eric hanya duduk di sebuah kerusi yang terdapat dihadapan meja orang itu.

"Encik ni siapa?"tanya Eric.

Ericsson: Si Penyihir ImmortalWhere stories live. Discover now