●~Selamat Hari Raya~●

69 3 0
                                    

"Ni nak pergi rumah mak ngah ke nak ngorat anak dara dekat sana?" Tanya Isya geram.

"Kenapa? Ok je lah." Kata  Fizman sambil membelek belek bajunya.

'Ok lah sangat, baju polo seluar track suit siap pakai perfume lagi. Nak pergi cari bini nombor dua ke?' Isya menjeling lalu dia terus berjalan.

"Aeh sayang tunggulah abang." Kata Fizman seraya memakai selipar dikaki.

Fizman berlari kearah Isya lalu memegang tangannya.

"Apa pegang pegang ni." Isya cuba menempis namun Fizman memegang tangannya dengan erat.

"Biarlah, pegang tangan bini, bukan tangan orang lain." Kata Fizman dengan senyuman.

"Fine."

"Sayang marah abang lagi ke?"

............

"Sayanggggggg"

...........

"Baby.... mama tak nak cakap dengan papalah, kesian papa kena pulau." Kata Fizman sambil mengusap usap perut Isya sambil berjalan.

"Sayang~"

Isya mengemam bibir. Dah mula dah.

"Sorrylah...."

Cup! Pipi kanan Isya dikucup. Isya menoleh melihat Fizman.

"Sorry aeh?"

"Hmm"

"Ni sayanggggggg sangat dekat sayang." Fizman memeluk lengan Isya. Yang pujuk yang manja. Apa dah jadi ni?

😘😘😘😘😘😘😘

"Assalamualaikum, mak ngah!!" Jerit Isya diluar rumah mak ngahnya.

"Waalaikumussalam, haaaa dah sampai pun, ingat tak mau mai dah." Kata Mak ngah sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Mestilah mai, tak tenang hati Isya ni kalau tak jumpa mak ngah." Kata Isya membodek. Bukan selalu.

"Amboii hang, pandailah bodek aku, dah jom pi belakang rumah, depa semua kat belakang."

Isya mengangguk lalu mengikuti mak ngahnya kebelakang.

"Woii Isya!!" Isya menoleh.

"Woi Takim!! Hang ada rupanya." Kata Isya gembira berjumpa dengan kawan kampungnya.

"Adalahhhhh tahun ni raya sini pulak, takkan nak raya dekat new york tu lama lama." Kata Takim dengan senyuman.

"Ehem ehem." Isya menoleh. Laaa dia lupa, ada orang tengah panas hati.

"Abang.. ok ke ni?"  Tanya Isya sengaja.

"Ok ."

"Betul? Kalau macam tu sayang nak pergi dekat Takim kejap." Kata Isya. Baru sahaja Isya nak melangkah, tangannya sudah ditarik.

"Tak payah mengada." Fizman menariknya kearah tok Timah berada.

'Jeleslah tu.' Isya mencebik.

"Abang tak jeles pun." Kata Fizman. Aik boleh baca fikiran orang dah sekarang?

"Duduk sini anyam ketupat tu, duduk diam diam jangan pergi mana mana, abang nak pergi join tok buat lemang." Kata Fizman sebelum pergi meninggalkan Isya.

Isya buat apa yang disuruh, sambil sambil itu dia bersembang dengan jiran jiran disana. Sekali sekala dia tergelak melihat Fizman yang tergopoh gopoh meletakkan Lemang diatas unggun api.

'Tak reti nak buat gatai nak pi tolong jugak.' Isya menggeleng kepalanya.

Tiba tiba ada seseorang yang menegurnya dari belakang.

"Aeh takim, duduklahh." Kata Isya sambil mengesot sedikit untuk  memberi ruang pada Takim.

"Wahh makin memboyot aek perut ni, makin comel." Puji Takim.

"Of course, tengoklahh siapa ibunya."  Angkat bakul sendiri nampak.

"Elehh yang mak buyung ni pun apa kurangnya, makin comel jugak." Puji Takim lagi.

"Hohohoho yang hang ni tak dak kerja ka nak buat dah yang mai bertenggek kat sini." Kata  Isya lalu dia meyambung menganyam daun palas itu.

"Ada tapi singgah sini sat, saja nak tengok mak buyung ni."  Kata Takim lagi. Isya hanya senyum.

"Aeh dah lah aku nak pi ambik belanga  besaq  sat belakang rumah nuh." Kata Takim lalu dia berlalu pergi.

Sebaik sahaja Takim pergi tiba tiba Isya seperti terasa ada Aura yang jahat sedang memerhatikan dirinya. Isya memusingkan kepalanya lalu ternampak Fizman yang sedang merenungnya dari jauh yang mimik muka tidak puas hati.

😝😝😝😝😝😝

"Abang cakap apa tadi?" Tanya Fizman sengaja.

"Duduk sini diam diam, anyam ketupat  and jangan pergi mana mana." Kata Isya sambil menyambung ayam ketupat. Asal banyak sangat daun palas kena anyam ni, siapa yang nak makan banyak banyak ketupat hah?

"Dah tu kenapa sayang cakap dengan kawan sayang?" Tanya Fizman lagi.

"Abang tak cakap pun..."

"Aba..." belum sempat Fizman habiskan percakapannya, Isya mencelah.

"Abang~ sayang sakit pinggang." Adu Isya.

"Sakit kat mana? Pinggang? Nak abang urut?" Fizmab cuba menyentuh pinggang Isya namun Isya menampar lengannya.

"Nak urut pun jangan kat sini, malu orang tengok." Kata Isya sambil melihat sekeliling.

"Kalau macam tu jom balik." Isya mengangguk.

Setelah meminta izin untuk pulang, Fizman terus membawa Isya Pulang ke rumah.




CINTA SEHARI [C]Where stories live. Discover now