jiran baru

64 11 54
                                    

"assalamualaikum warahmatullah.."

"assalamualaikum warahmatullah.."

selesai sudah solat isyak mereka sekeluarga. seperti biasa, sangyeon yang menjadi imam dan changmin yang mengetuai bacaan yassin sesudah maghrib. setelah selesai bersalaman, jacob dibantu oleh younghoon dan chanhee untuk melipat sejadah. bilik solat agak kecil jadi mereka memutuskan untuk solat jemaah ditingkat satu je.

kini yang ditunggu adik beradik itu hanyalah perabot-perabot dan perkakas elektrik yang dijadualkan tiba selepas isyak. masing-masing duduk berkumpul ditingkat satu ruang utama. ada yang bersila, ada yang berpangku, ada juga yang telah sampai ke alam barzakh. maksud saya, tertidur.

"bang.. lapar" si bungsu merengek kerana terjaga daripada perut yang berkeroncong. "sabar dik, nanti barang sampai abang masakkan." jawab si angah, lesu. dia juga keletihan sebenarnya. eric membetulkan posisi kepalanya yang diatas riba jacob dan menyambung tidurnya semula.

sangyeon hanya duduk bersandar memerhatikan adik adiknya. kasihan tapi dia juga penat. tak lama setelah dia mengeluh, bunyi hon kenderaan kedengaran dari luar rumah agam itu. pasti barang-barang mereka!

dengan laju sunwoo berlari kearah pintu. semangat macam esok raya, puasa pun belum dik.

"adik.. bangun" jacob mengejut eric yang masih lena dipangkuanya. perlahan eric menggosok matanya, "dah pagi ke?" eric terkebil-kebil membuka mata. jacob menggeleng, "awal lah. dah jom tolong angkat barang, pergi kejut abang yusof dengan adam tu" setelah menyuruh, jacob berlalu keluar menolong yang lain mengangkat barang atau lebih tepat, perabot rumah mereka.

"abang sop, bangunnnn" eric menggoyangkan tangan kiri younghoon. lalu beralih ke kembarnya, hyunjoon. "bismillah, woi rumah terbakar!" jerit eric ditelinga hyunjoon. terbungkam seorang hyunjoon bangun nak menyelamatkan diri. "mana bakar mana???" dengan mamai hyunjoon mencari bakar. sepatutnya api tapi tidak mengapalah.

"dah tak payah nak bakar sangat, tolong angkat barang." younghoon yang sudah terjaga lantas bangun dan terus menuju ke perkarangan rumah agam.

"kau.." hyunjoon merenung eric tajam. "..comel" eric menyambung sebelum berlari menyelamatkan dirinya. adam kalau dah marah tak boleh bawak bincang! benak hati seketul eric.

setelah selesai menyusun perabot dibantu abang abang delivery dan hampir berlaku pembunuhan tanpa sengaja, kini adik beradik lee sedang melepak di dapur. sangyeon, kevin dan jacob sedang memasak. yang lain? memasak juga, masak mama also known as cooking mama. game famous tu.

dari tadi mulut hyunjae sahaja yang bising bercerita dengan younghoon. katanya jiran baru mereka boleh tahan mantap.

"ye bodoh, sumpah terkejut bila aku nampak otot dia masa dia angkat kain petang tadi" hyunjae semangat bercerita. "engkau serious lah?? boleh mintak tips ni" hyunjae dan younghoon mengangguk setuju. changmin yang dari tadi hanya memerhati, hanya memperhatikan abang-abangnya yang sudah seperti homoseksual. birah nampak lelaki sado. diberikan tatapan jijik sebelum mengalihkan pandangannya kepada eric, sunwoo dan hyunjoon yang sedang bermain game cooking mama. tadi hampir berbunuhan, sekarang?
kids. benaknya.

"min." changmin menoleh, "what?" keningnya terangkat. "kau okay ke?" chanhee bertanya. "okay je asal?"

"takdelah, biasa muka kau memang macam sial tapi hari ni macam luar biasa badmood tu. kenapa?" chanhee bertanya tulus ikhlas. changmin berdecit.

"cipan punya kembar. this is why i prefer isyraf more than you" chanhee memutarkan bebola matanya. susah kalau hidup dengan munafik ni.

"korang janganlah gaduh sebab aku" juyeon yang seperti tidak wujud dari awal cerita kini muncul.

"kau ambik tali." changmin memberi arahan kepada chanhee dengan suara datar. "parang aku letak dekat kabinet bawah" chanhee pula memberi maklumat lokasi parang kepada changmin.

juyeon terkekeh. "relax lah, aku bergurau je" juyeon melemparkan senyuman kacak kepada kembarnya itu. terus sejuk hati changmin dan chanhee.

"dinner's ready" jacob meletakkan mangkuk kaca berisi nasi diatas meja. semua pantas berkumpul di meja makan meninggalkan perkara tak berfaedah yang barusan mereka lakukan.

"adik baca doa" lembut sahaja suara sangyeon menyuruh si bungsu. dengan senyuman dapat makanan eric menadah tangan dan membaca doa makan. "bismillahirrahmanirrahim, Allahumma baarik lanaa fiimaa rozaqtanaa wa qinaa 'adzaa bannaar. amiin" usai doa diaminkan mereka pun menjamu selera.

kisah apa mereka sekarang sudah jam 11 malam. makan tetap makan. mana boleh missed.

"dam, paskan aku ayam kicap tu" haknyeon meminta adiknya. hyunjoon yang berhampiran dengan ayam kicap itu pun lantas menghulurkannya kepada haknyeon. "thanks" haknyeon dibalas dengan anggukan hyunjoon.

"abang long nak cakap sikit ni." perhatian lantas tertumpu kepada sangyeon. "abang nak ingatkan, kita duduk sini lebih kurang 31 hari je ya. bukan nak pindah terus. kita just bercuti. even so, i want all of you to be in your best behavior. don't be rude to the locals and the neighbors. of course we came here to enjoy ourselves but don't forget your manners and the most important thing, your responsibility towards God. abang long tak nak ada yang ponteng solat atau puasa tanpa sebab yang munasabah ya." panjang lebar sangyeon mengulang semula tazkirah sama yang diberikannya semasa di seoul airport semalam. masing-masing mengangguk faham.

mereka memang tidak sebaik mana tapi mana mungkin mereka sanggup memalukan sangyeon. parents? mungkin. sangyeon? never. kenapa? tunggu backstory dekat chapter seterusnya. back to the story..

"tadi abang long dengar adik period?" sunyi sebentar. sepuluh saat berlalu barulah yang lain tertawa terbahak-bahak. "benda tak lawak tau tapi kenapa aku gelakkk help" hyunjae mengelap air matanya. sikit lagi hampir mati tersedak tadi.

eric flip rambut panjangnya yang tidak wujud, "biasalah."

"kau pakai jenama apa dik? saiz apa? nak aku tolong belikan tak?" juyeon menambah lagi modal untuk membahan. makin sakan la gelak si hyunjae dan sunwoo tu.

"worry sometimes sometimes" kata kevin sebelum menyuap nasi ke mulut. gelak, gelak juga. makan tu habiskan dulu.

jacob teringat akan sesuatu, pantas dia memandang sangyeon yang sedang berbual dengan haknyeon. "wan" panggil jacob. "ya?" sangyeon memandang jacob. "so about our new neighbour..."

sangyeon menunggu jacob menghabiskan ayatnya. namun jacob hanya berdiam diri. "apa ni, jangan buat suspens. tak habis chapter ni kang" sunwoo bercakap dengan mulut yang penuh ayam kicap, kemudian diketuk oleh younghoon. "geli bodoh, kau makan ayam kicap bukan ayam sup. tak selera aku tengok gigi kuning tu" lahh, tergores hati seketul sunwoo. tapi sekejap je sebab younghoon letak peha ayam dekat pinggan dia.

"apa tadi nak cakap?" jacob bertanya bagi pihak dirinya sendiri. bila dah tua macam ni lah guys. lupa itu perkara biasa.

"pasal jiran" haknyeon menjawab.

"ouh ha, so about our new neighbour.."

30 Days Ramadan With The BoyzWhere stories live. Discover now