market

68 7 106
                                    

rumah agam keluarga lee sedang riuh sekarang. mana taknya, mahu ke pasar je tapi semua nak ikut macam rombongan meminang. "ya Allah, kau berikanlah hamba kesabaran.." jacob mengurut dadanya lembut. jangan sampai dia mencarut. terberak kang semua.

"takde takde. kenapa aku kene duduk rumah tapi kau boleh ikut pulak??" eric menggeleng tidak puas hati. hyunjoon menjeling malas. "kau ni drama la. benda pergi pasar bukan pergi mall." eric mencebik mendengar hyunjoon. ada dia kisah? dia nak ikut jugak!

"aku pun jem. aku macam. otak aku jatuh. aku nak kutip. hilang."

sunwoo mencelah.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA BODOOO HAHAHAHAHAHAHAHAAHA" kevin memegang perutnya, menahan sakit.

younghoon pun ikut tergelak, mestilah dia dah tengok tiktok tu. yang lain kabur. duduk bawah batu biasalah.

changmin yang kebingungan menggeleng. "dah la maleh aque" lalu beredar meninggalkan keluarganya. tak apa changmin. aku faham.

"dah. tak payah semua ikut, karang jadi lain. pian dengan adam boleh ikut. adik tak boleh. yusof, isyraf dengan juju pergi ikut abang am, tolong dia angkat barang. yang lain duduk rumah. tolong along kemas-kemas" pak imam dah keluarkan kuasa vetonya. tiada yang dapat membantah.

jacob menghembuskan nafas lega, boleh mati sakit jantung kalau dia bawak kembar tiga ikut sekali. eric yang merajuk terus berlari ke tingkat atas dengan background music kabhi kushi kabhi gham. ratu drama siapa lagi kalau bukan adik bungsu. Ini baru drama tak dapat ikut pergi pasar, belum lagi drama tak dapat ikut pergi bazaar ramadan. menangis, melalak, guling-guling depan pintu aku rasa. sangyeon yang malas nak layan kembali mengemas.

"dah, jom" jacob menyeru adik-adiknya. sunwoo dan hyunjoon lantas berlari keluar rumah hanya untuk kembali semula ke muka pintu, "abang am jalan dululah.. hehehe.. kitorang tak tau jalan" kembar tersengih sumbing. jacob tersenyum pahit. kenapa dia ajak budak berdua tu?

younghoon menarik haknyeon ke biliknya, terlupa dompet dan cermin mata hitam. pergi pasar pun harus ada gaya, pesan kevin. "bang, kau tunggu jap. aku nak ambik dompet" jacob mengangguk kemudian memanggil juyeon. "isy, sini jap." juyeon terpinga-pinga. "ha kenapa?" jawabnya setelah berdiri disebelah jacob.

"nah, kau pegang ni" sehelai kertas putih dihulurkan kepada juyeon. juyeon yang kebingungan langsung bertanya, "apa ni miska?" dengan muka yang seperti menghadap soalan matematik tingkatan 5. "jemputan kahwin aku." jawab jacob pendek. juyeon yang terkejut lantas menepuk mulutnya dengan penuh dramatik. "sampai hati kau miska?!" kertas tadi entah hilang ke mana. jacob membuat muka bosan.

"baca la pandai, baca. jangan buat aku emosi dekat sini. tak masak nanti kang, kebulur kau kang." jacob mengugut. dengan tangisan sebak dan air mata palsu, juyeon mengutip semula kertas tadi dan membaca isi kandungannya, "hiks.. hiks.. b-bawang merah.. hiks.. a-ayam seekor.. k-kicap ada- ha????" juyeon membuat muka lagi. "dah, bagi senarai barang tu dekat ucop. kau ni bukan boleh percaya. nanti kau ke mana, senarai tu ke mana" jacob pergi begitu sahaja meninggalkan juyeon yang masih lagi terkejut akibat dikhianati bukan sekali tapi dua kali.

bahu juyeon ditepuk dari belakang. "oi, kau asal?" younghoon bertanya. juyeon mencebik. "nah ambik ni main jauh-jauh" lalu dia pergi meninggalkan younghoon yang terpinga-pinga. "datang bulan macam adik jugak ke apa?" younghoon menggeleng kepala. jantan zaman sekarang.

"bawang merah.. ayam seekor.. kicap adabi- ouh senarai barang." younghoon mengangguk lalu keluar bersama haknyeon.

"okay semua dah siap?" jacob bertanya di depan pagar rumah. sekali imbas macam lawatan ke AFamosa melaka. padahal nak ke pasar aje. "dahhhh" jacob mengangguk lagi lalu membuka pintu gate. "eh, jalan kaki ke bang?" younghoon bertanya. "jalan tangan." jacob jalan mendahului.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

30 Days Ramadan With The BoyzWhere stories live. Discover now