DAY 2

11 1 0
                                    

Setibanya dia di kafe, dia terus mengemas kafenya. Dia berasa sangat gembira dan teruja, pada masa yang sama dia terlihat hairan melihat kafenya kerana terdapat banyak perhiasan wanita di pejabatnya dan di kaunter. "Apahal yang banyak sangat cincin dengan rantai ni? dah kaya sangat kot customer aku  ni," perlinya seorang diri. Tepat pukul 8 pagi dia pun memulakan operasi membuka kafenya semula. Pada hari pertama pembukaan, kafenya disambut ramai oleh orang awam. Banyak juga orang bertanyakan khabarnya dan ada juga yang risaukan dirinya. Sung-ho seorang yang sangat baik dan ramah dengan pelanggannya dan disebabkan itulah banyak orang yang mengaguminya.

Setelah seharian melakukan pekerjaannya dengan tekun dan sabar, tibalah masa dia untuk menutupi kafenya. Pada pukul 10 Malam sewaktu dia tekun mengemas kafenya, dia ternampak seorang wanita yang berpakaian berwarna merah dan berambut ikal mayang menuju ke arahnya. "Ye Cik, Cik ada tinggal barang apa-apa ke?,"soal Sung-ho kehairanan. Wanita itu tidak berbicara dan memberikannya secebis kertas kepadanya dan tiba-tiba menghilang dengan sendirinya. Sung-ho ketakutan dan cepat-cepat pergi dari kafenya itu. 

Di Dalam kereta,

Dengan perasaan yang takut, Sung-ho membawa keretanya pergi dari situ dan dia ternampak wanita tadi lalu di depannya dengan wajah yang menggerunkan dan menerpa keretanya."Arghhhhh!!!!!", jerit Sung-ho lalu dia dikejutkan oleh Beom Seok. "Kau ni dah kenapa? kau okey tak ni?," risau Beom Seok lalu mengambil air dan memberikannya kepada Sung-ho. "Aku kat mana ni? kat kafe lagi? tapi aku dah ba....,"soal Sung-ho tapi soalannya dicelah oleh Beom Seok. "Ha'ah, kau kat kafe lagi la! tadi aku datang sini kau tengah mengemas tiba-tiba kau pengsan," jelas Beom Seok. Sung-ho kehairanan dan ketakutan pada masa yang sama. Dia dapat merasakan bahawa dia telah pergi dari situ. Dua tiga hari ini, mimpinya semakin menjadi-jadi. Dia tidak berani untuk pulang ke rumah dan mengajak Beom Seok untuk menemaninya di kafe sehingga esok pagi. Tepat pada jam12 malam dia terjaga semula dan terkejut apabila dirinya berada dikelilingi kubur. Sung-ho ketakutan dan cuba melarikan diri tetapi kakinya terseliuh. Dia berusaha untuk lari dari situ dan seseorang datang menghampirinya. "Sung-ho ah! ini semua wujud!," sergah makhluk itu sambil mencakar badan Sung-ho. "Sung-ho!Sung-ho! bangun!," gerak Puan Do dan Sung-ho pun membuka matanya dengan perlahan dan dia kehairanan kerana dia terjaga dirumahnya. "Eomma!Eomma!," nangis Sung-ho dan memeluk eommanya. "Kamu okey tak Sung-ho?eomma risau tahu tak dengar kamu accident lagi!nasib baik tak teruk.,"risau Puan Do.Jadi selama ini wanita yang datang ke kafenya dan memberi secebis kertas kepadanya adalah realiti dan Beom-Seok datang ke kafenya hanyalah sebuah mimpi. Perkara tersebut membuatkan Sung-ho hampir gila dan tak keruan. "Eomma diorag jumpa Sung-ho dekat mana?," soal Sung-ho ketakutan dan eommanya menjawab bahawa mereka menjumpainya di sebuah kuburan yang jauh dari bandar. Sung-ho terkejut dan takut, kali ini, dia mendapat 3 cebis kertas dan dia merasai bahawa kertas tersebut mempunyai maksud terhadap dirinya. 



A CRUMPLED PIECE OF WHITE PAPERWhere stories live. Discover now