2

19.8K 153 1
                                    

Tepat pukul 12 tengah hari baru aku bangun. Sorilah aku memang jenis tidur awal bangun lambat.

Eh? Hadiah aku!

Tanpa sempat mandi atau gosok gigi, aku dah berlari turun tangga. YAY! Hadiah besar!

"Mama! oh Mama!"

Asal senyap sunyi rumah ni? Meliar mata aku mencari kalau-kalau ada kelibat mama atau papa.

"Papa?" Aku jerit kuat. Alamak.. aku kena tinggal ke ape ni? Takkan la keluar tak bagitau..

Em dorang keluar beli hadiah aku ke? Argh!

Aku naik semula ke tingkat atas masuk ke bilik. Telefon yang masih bercas aku cabut. Laju tangan aku mendail nombor papa.

Trutt..

Telefon papa mati ke apa?

Bertambah pelik kepala otak aku sekarang ni? Mana semua orang ni?

"Ain sara!" Dari tingkat bawah, kuat suara mama menjerit panggil nama aku.

Spontan aku senyum. Mama dah balik!

Tak cukup tanah aku berlari turun. Mama tengah berdiri depan pintu sambil pegang sebuah bagasi beroda. Papa pulak tengah bawak masuk beg-beg sandang.

Langkah kaki aku terhenti di anak tangga terakhir. Muka aku tidak beriak. Ape ni? Kita nak pindah ke?

"Ha ain! Sini" tangan aku ditarik papa yang dari tadi kehulur kehilir.

Aku menurut tidak membantah. Asalkan hadiah tu besar, aku okey je kalau nak tarik-tarik ni.

"Kan papa dah janji nak bagi hadiah besar harini. So ain dah sedia?" Ada nada teruja pada suara lelaki 30an itu.

Aku cuma mengangguk. Mata aku beralih pandang mama yang sedari tadi tersenyum. Ni kenapa ni?

"Masuk Aqil" mama bersuara.

Ha? Aku mula berkerut seribu. Aqil? Sape pulak tu?

Seorang lelaki tinggi berjalan dari luar masuk ke dalam rumah. Dia berhenti di tepi mama.

Bulat mata aku tengok dia. Hensem siot! Sape ni do? Takkan bakal suami aku? Wei aku budak kecik lagi lah!

"Kenalkan, Aqil Islander. Abang kamu" Mama senyum pandang aku sambil tangannya memeluk tubuh lelaki yang tinggi beberapa meter daripadanya.

WHAT?! Ternganga luas mulut aku mendengar ayat terakhir mama. Ab..abang? Masa bila? Masa bila dia lahir?

"Hai Ain.. nice to meet you adik abang" Aqil tersenyum tipis menampakkan sedikit lesung pipit yang tidak terlalu dalam di pipi kanannya.

Maigod! This is nonsense. Aku menggeleng laju. No! No!

" em.. papa, Ain tak pasti ni hadiah yang ain nak papa.." Mata aku tidak lepas dari memandang muka 'abang' baru aku.

"Apa ain ni? Dah salam abang cepat" Mama menjeling sambil menunjuk ke arah abang.

Aqil menghulurkan tangan kanannya. Jari tirus dengan kuku pendek, tersembut urat-urat lelaki di tangan abangnya.

Ya Allah tangan dia pun lawa.. aku rasa macam nak pitam sekarang ni.

"Ain" Encik Hariz menegur.

Alamak..papa dah tegur. Nak tak nak terpaksa aku sambut. Hee.. senyuman tak ikhlas aku hadiahkan.

"Mulai hari ni, bilik abang dekat depan bilik ain tau. Nanti lepas ni, ain dah tak bosan main sorang-sorang dah" Papa senyum pandang aku dan Aqil.

No papa! Siapa kata Ain bosan? Kalaulah ain tahu ain akan dapat abang harini, konfem ain tak mintak hadiah semalam.

"Ain tolong tunjuk bilik abang, nah bawak beg ni sekali" Puan Roshidah menepuk bahu anak perempuannya lalu menghulurkan bagasi beroda. Bersyukur wanita itu kerana urusan pemindahan anaknya dipermudahkan. Tidak lah dia menanggung rindu lagi lepas ni.

"Ha.. err.. okay. Jom aqi- eh abang" tersasul sasul aku nak sebut nama mamat ni. Adui, berat jugak beg dia ni. Aih..

Sampai di tingkat atas, aku tunjuk pintu bilik depan bilik aku. Beg bagasi aku tolak depan kaki dia. Malas nak cakap banyak, tak faham jugak tak tahu la aku.

"Terima kasih ain" Aqil senyum menayangkan gigi yang tersusun rapi.

Aku tak boleh la mamat ni. Yang paling tak boleh aku nak tahan ialah mata dia. Mata dia memang jenis kuyu.. macam..macam orang stim.. Argh! i is kenot la macam ni.. dah la aku memang minat orang mata macam ni. Eh! tu abang aku tu, astaga Ain.

"Ain?"

Aku tersentak. Ha ape apedia?
Kening aku angkat tinggi.

Aqil ketawa. Kelakar pula dia tengok adiknya ni, dengan muka baru bangun tidurnya. macam-macam.

"Abang ade hadiah untuk ain. Ain nak tengok tak?"

Hadiah? Muka aku dah mula tunjuk riak tak percaya. Takkan lah, ni mesti sengaja nak pancing aku supaya terima dia la ni.

"Hadiah ape?" Aku memeluk tubuh. Kalau betul ade, memang aku nak pun. Yelah, dapat abang pun bukan untuk diri aku sendiri kan?

"Sekejap" Aqil menundukkan sedikit badan. Zip beg bagasi dibuka luas, satu kotak sederhana besar ditarik keluar.

"Nah" kotak dihulur depan muka aku.

Eh.. jap.. aku rasa aku tahu ni apa..

Huluran kotak itu aku sambut laju. Tanpa berlengah terus aku buka. Dah agak! Kasut sneaker yang aku nak tu.. wah pandai eh sogok orang. Aku menjeling.

"Abang tahu adik nak sangat kan"

Aku dongak pandang muka Aqil. Mata kuyu itu masih setia menatap wajah aku. haish malulah..

"Em terima kasih aqil eh abang" astaga Ain! Aku senyum dan terus pusing masuk dalam bilik.

Pap! Pintu aku tutup rapat.

Ya Allah.. aku lupa aku tak gosok gigi tadi wei.. Hahaha aku harap mamat tu tak pengsan la nanti.

ADIKWhere stories live. Discover now