1

141 9 18
                                    

Jadi...saya telah di'tag' oleh beberapa orang seperti NabilaChan_12 dan Im_Jeoah. Hmm..ok! Berikut ialah beberapa fakta menarik teantang diri saya!

1. Sebenarnya saya ada nama lagi depan nama Khairunnisa tu. Tapi saya takut kena ejek kalau guna nama tu.

2. Tinggi 160 cm, berat pula 73 kg. Berat gila siot...TAT

3. Kalau kat sekolah bukan main pendiam tapi kalau kat rumah garang bukan main! =w=

4. Selalu diejek kerana fizikal dan nama sendiri.

5. Selalu dibuli semasa darjah
2 hingga darjah 4 dahulu. Tapi sekarang saya dah okey.

6. Adik-beradik gelarkan saya 'singa' atau 'raksasa' sebab saya selalu marah diorang.

7. Shipper HaliSol yang setia! >w<

8. Hobi diwaktu senggang ialah baca buku, menulis cerita di wattpad, menulis idea cerita di buku nota, mengemas rumah, melukis, memasak, main telefon dan mendengar lagu.

9. Pernah ter'crush' kat 2 orang dalam satu masa../////w/////

10. Suka beli komik banyak-banyak! >w<

11. Peminat setia Boboiboy!

12. Biasanya saya akan menggunakan bahasa diri 'saya awak'. Tapi bila marah, sedih atau badmood saya akan gunakan bahasa diri 'aku kau'.

13. Pernah ada trauma. Iaitu trauma untuk berkawan. Tapi sekarang Alhamdulillah trauma tu dah semakin tiada. ^-^

14. Ingin sangat menjadi seoramg yang berbakat.

15. Suka baca cerita berkenaan Boboiboy dan Ejen Ali di wattpad.

16. Mood saya boleh berubah bila-bila masa je.

17. Tak suka cerita yang klise.

18. Selalu digelar 'putih melepak' oleh kawan-kawan sebab saya memang putih. =w=

19. Memiliki darah kacukan Cina dan Melayu.

20. Boleh berbahasa Melayu, Indonesia, Cina dan Jepun. Tapi masih belajar Bahasa Jepun di sekolah.

21. Kalau tengok benda bersepah atau kotor, rsa nak mengamuk dan rasa nak kemas semua!

22. Bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh.

23. Berbakat dalam bidang akademik berbanding kokurikulum.

24. Pendiam dan kurang bercakap dalam kelas.

25. Sangat mementingkan kesempurnaan dan kebersihan.

26. Suka mengajar kawan-kawan dan adik-beradik.

27. Suka mata pelajaran Matematik, Sains, Pendidikan Kesihatan, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris.

28. Suka bersaing secara sihat dengan kawan baik saya.

29. Salah satu pelajar terbaik di sekolah.

30. Pandai memasak manisan seperti cornflakes madu, kek butter, kek batik, puding roti dan kek keju.

Itu sahaja fakta tentang diri saya! Nanti ada sambungan tau! ^w^

Tag? Hm...

canvascomel
frostfireRiley
AinaHalilintar07_nz
anifa_03
Rina_SoNa

Maaflah, saya tak tau sangat macam mana nak tag ni. Jadi buat masa ni, saya tag 5 orang je dulu. Bye dan Assalamualaikum! ^w^

Shio-chan's RandomnessWhere stories live. Discover now