Adakah berdosa jika menyukai seseorang?

21 1 0
                                    

H-Hmm...Assalamualaikum semua. :3

Seperti yang korang baca tajuk kat atas tu, tajuk ni ada kaitan dengan seseorang yang kita minat atau lebih ringkasnya kita panggil sebagai 'Crush'.

Korang pernah tak tersuka kat seseorang?

Aip!! Tapi bukan suka kat watak kartun, anime, artis atau apa-apa tu!! Siapa jawab macam tu saya ketuk dia nanti! *ready nak ayun periuk*

Okey-okey..saya gurau je. Kembali kepada topik asal. =w=

Kalau saya tanya korang, mestilah kebanyakan yang baca ni pernah suka kat seseorang kan? Semestinya sebab (hampir) semua orang macam tu. Siapa yang seumur hidup dia tak pernah suka someone tu, memang saya tabiklah kat dia. QwQ

Tapi ramai dalam kalangan orang, terumatanya para gadis sering terfikir, apa hukumnya suka seseorang secara senyap?

Mungkin ada yang mengatakan ianya haram kerana ianya akan menimbulkan nafsu dan mendekati zina. Tapi ada juga yang kata hukumnya HARUS sebab rasa kasih dan cinta tu lumrah manusia.

Jadi...apa hukum suka seseorang nih?

Jawapannya...suka seseorang dan ada crush ni tak salah. Hukumnya harus sebab kita sebagai manusia memang dilahirkan dengan rasa kasih dan cinta.

Asalkan kita suka seseorang tu berpada-pada. Maksudnya, janganlah tergedik atau terkinja-kinja bila tengok dia. Ataupun mengaku-ngaku yang dia tu boyfriend korang, tak bolehlah gitu...

Kalau setakat nak jadi kawan, kawan rapat ataupun nak mengenali tu diperbolehkan saja. Tak ada masalah. Tapi jangan sampai kacau privasi dia sudahlah. Macam stalk dia dimana-mana ataupun korek maklumat peribadi dia, tak bolehlah.. (Tapi kalau stalk kat media sosial takpe. Asalkan jangan hack akaun dia sudah. Nyehehehhe...:3)

Dan juga jangan melampaui batas pergaulan macam bersentuh secara sengaja, dedahkan aurat dan sebagainya.  Itu dah termasuk dalam mendekati zina. Itu belum cerita lagi fasal couple.

Untuk korang yang couple ni, korang tahu tak yang couple tu haram? Kalau korang dah tahu kenapa korang buat juga?

Korang tak rasa ke korang jadi barang murah yang dibeli oleh ramai lelaki? Kalau korang rasa bangga bila ramai lelaki 'beli' korang, serius saya cakap. Itu bukan menunjukkan yang korang berstatus macam ratu atau puteri yang dikatakan dikerumuni para lelaki, korang sebenarnya silap.

Kalau korang betul-betul disanjung para lelaki, lelaki takkan dekati korang. Perempuan mahal takkan biarkan diri dia di expose macam tu je depan lelaki. Seorang ratu dan puteri yang dihormati takkan biarkan diri mereka disentuh oleh mana-mana lelaki yang tidak hormat diri mereka. Even lelaki pun hormat ratu dan puteri yang mahal harganta berbanding yang murah.

Ratu yang puteri yang mahal, hanya akan ada seorang saja lelaki untuk memiliki mereka. Dan lelaki tu jugalah yang menghormati perempuan. Ingat ya, perempuan yang baik dan menjaga maruahnya, In Sha Allah akan dapat lelaki yang baik sebagai suaminya kelak.

Kepada yang masih couple tu, cubalah Istiqomah. Ubah diri korang perlahan-lahan. Korang cuba bayangkan, korang nak ke mak ayah korang dan korang sendiri diseksa dalam neraka? Hanya sebab korang couple?

Mestilah korang taknak, kan? Jadi ubahlah diri korang. Istiqomah perlahan-lahan dan bertaubatlah kepada Allah. In Sha Allah, Allah itu Maha Pengampun. Selagi pintu tau at masih terbuka, korang bertaubatlah bersungguh-sungguh. Cari Hidayah Allah dan kembali ke jalan yang benar. Okey? :D 💓 

Kepada mereka yang rasa rendah diri sebab takde boyfriend, saya nak cakap, jangan rendah diri. Tapi banggalah sebab korang tak ada boyfriend. Sebab korang terjauh daripada zina dan maksiat yang boleh gagalkan hidup korang. :)

Saya bukanlah nak ceramah ataupun perli korang, tapi saya nak kita sama-sama berubah. Kepada yang lebih baik. Saya pun pendosa juga. Banyak buat dosa sepanjang hidup saya. Tapi tak ada seorang oun manusia yang sempurna kat dunia ni. Tak kira siapa orangnya. Kita boleh sama-sama berubah. Untuk menuju ke destinasi syurga kita. Okey? :)

Sekian saja penjelasan saya untuk hari ni. Bye! :D

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Shio-chan's RandomnessWhere stories live. Discover now