02

130 69 41
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

28/10/2019
♔ BTS ♔

"Jungkook, aku nak keluar kejap. Ambil angin. "

"Ehh, Tae hyung bagitahu pengurus ke belum? " Jungkook memandang Taehyung dengan kening terangkat ke atas.

"Aku dah message dia tadi. " balas Taehyung, mengambil mask hitam lalu keluar dari bilik hotel itu.

Jungkook hanya mengangguk sebelum kembali memandang telefon pintarnya, membaca post-post Army di Twitter.


"Fuhh, malam nih rasa sunyi jer ehh. Takde pun orang. " 

Taehyung berjalan-jalan disekitar cafe. Sungguh hairan! Suasana di situ sungguh sunyi seolah-olah tiada orang yang menginap di hotel itu.

Ketika dia sedang memerhatikan keadaan sekeliling, dia ternampak kelibat seseorang yang amat dia kenali.

Ketika dia sedang memerhatikan keadaan sekeliling, dia ternampak kelibat seseorang yang amat dia kenali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hoseok hyung ! "


Terjongket bahu Hoseok akibat terkejut dengan jerkahan Taehyung.

"Shh!! Janganlah jerit nama aku! " 

Taehyung mendekati Hoseok sambil mata melirik memandang sekeliling.

"Alahh, takpe. Takde orang di sini. " kata Taehyung, menurunkan mask ke dagu lalu menampakkan senyuman kotaknya.

"Yahh! Takde orang kau cakap?! Aku baru jer kena kejar tadi. " ujar Hoseok dengan serius.

"Ehh, seriuslah? Tapi, takde orang pun di cafe nih. "


Hoseok hanya menjongek bahu tanda tidak tahu lalu menarik tangan Taehyung.

"Ehh, hyung nak bawa aku ke mana nih? Aku nak jalan-jalan kejap. " Taehyung sudah memuncungkan bibir seperti mulut itik.

"Jomlah rehat. Esok kita ada konsert tahu tak? Kalau Army nampak muka kau penat jer macam mana? "

"Yah, kejap jer. Lagipun, kau keluar takpe pula. "

Hoseok membisu. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal sebelum mengangguk perlahan.


"S—suka hati kau lah. "

Tanpa sempat Taehyung mahu membalas kata-kata Hoseok itu, dia sudah menghilangkan diri.

"Huh? Kenapa dengan perangai Hoseok hyung tuh? Pelik semacam jer. "

Taehyung bermonolog seorang diri. Mungkin dia terkejut kena kejar tadi. Dia memang takut sikit dengan benda-benda macam nih.


"Ehh, dah pukul 12! Kalau pengurus tahu nih habislah aku! Baik aku balik cepat. "

"M—maaf...B—boleh tunggu sekejap? "


Langkah Taehyung terhenti tatkala terdengar suara seorang nenek tua dibelakangnya.

"Ye? "

Memandangkan dia sekarang tidak bersama dengan pengurus, dia menghampiri nenek tua itu tanpa ragu-ragu.

"K—kamu nih salah seorang ahli kumpulan yang menari-menari atas pentas tuh kan? Urmm—B...B..B apa ehh? "

"—BTS. "


Taehyung menghadiahkan senyuman manis ke arah nenek tua itu. Comel nenek nih.

"Haa! Maaflah nenek nih pelupa orangnya. "

"Ehh, takpe. Jangan risau. " ujar Taehyung sambil memegang lembut tangan nenek tua tersebut.

Nenek tua itu kemudian memegang kedua-dua belah pipi Taehyung sambil merenung mata dia dengan lama.


"Kamu nampak penat. "

"H—huh? "


"Kamu pernah terfikir mahu berhenti dari semua nih? "

Pertanyaan nenek tua itu membuatkan Taehyung berkerut dahi. Tibeh.

"Apa maksud nenek? Saya tak faham. "

Nenek tua itu tersenyum sebelum memegang bahu Taehyung dengan erat.


"Kalau kamu diberi peluang, kamu nak berhenti? "


-----

Jeng! Jeng! I'm back!

Haa, konflik baru jer nak mula ni~

Chapter 3 coming soon!

𝐇𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 - BTSWhere stories live. Discover now