08

84 49 38
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

29/10/2019
♔ ARA ♔

"Tunggu! A—awak kenal BTS?! Maksudnya saya tak gila kan? DIORANG MEMANG WUJUD KAN?! "


Ara mengenggam bahu Jungwon dengan teruja.

Jungwon mengangguk tatkala mengukir senyuman manis. Ish comel!

"Ye, diorang pernah wujud. "

Ara mengerut dahi, hairan dengan perkataan 'pernah' itu.

"Apa maksud awak pernah ? "


Mata Jungwon melirik ke arah sekeliling sebelum kembali berbisik.

"Boleh tak kita bincang tempat lain? Yang lebih tertutup? " kata Jungwon, tersenyum malu-malu kucing.

"Kenapa tak disini jer? Ohh, awak lenguh ehh berdiri lama-lama? "

Jungwon terkebil-kebil mendengar kata-kata Ara. Bukan itu maksud dia.

"Ehh, b—bukan. Sebenarnya—"

"Takpe, jom masuk bilik saya. Saya buatkan air. "

Tanpa sempat Jungwon mahu menolak tawaran itu, Ara sudah menarik tangan dia dan melangkah masuk ke dalam bilik hotel.


"HOI! KAU BAWA SIAPA MASUK DALAM BILIK KITA NIH GILA?! "

Terkejut Eunbyeol apabila ternampak seorang remaja lelaki ditarik oleh Ara masuk ke dalam bilik mereka.

"Shhh! Diam. Dia tetamu istimewa aku. " Ara meletakkan jari di bibirnya lalu menyuruh Jungwon duduk sementara dia membuat air kopi.

Jungwon memandang Eunbyeol yang berada di atas katil dengan senyuman kekok.

"A—annyeong...Sorry ganggu awak. "

Jungwon menghadiahkan senyuman manis ke arah Eunbyeol.


"Shit. Comelnya kau. " Dengan pantas dia melompat turun dari katil dan duduk bersebelahan Jungwon. "Annyeong! I'm Eunbyeol. Kim Eunbyeol. " Dia mengenyit mata dengan penuh goda, cuba memikat Jungwon.


"Ugh, stop! Pergi main jauh-jauh! "

Ara menolak bahu Eunbyeol dengan kuat, menyebabkan Eunbyeol hampir saja mahu jatuh terlentang.

Eunbyeol mencebik sebelum menghentak kaki tanda protes menuju ke arah katil.


"Okay, sekarang awak boleh ceritakan pada saya. Macam mana kita berdua jer yang ingat BTS sedangkan dalam internet, takde langsung pasal diorang. Saya tanya orang sekeliling pun tak kenal siapa diorang, seolah-olah....Diorang tak pernah wujud! "

Bertubi-tubi soalan ditujukan pada Jungwon.

Riak wajah Jungwon kemudian bertukar suram.


"Awak pernah dengar The Dark Witch? "


Ara menggeleng laju.

"Nenek saya pernah bagitahu, Dark Witch nih seorang ahli sihir yang hidup dalam kalangan manusia. Jadi, sesiapa jer yang terserempak dengan dia atau cari pasal dengan dia —

—akan hilang dari dunia ni.."

Ara menumpukan sepenuh perhatian mendengar penerangan dari Jungwon. Mata kekal merenung dia dengan lama.


"Maksud awak...BTS sekarang dah jadi mangsa Dark Witch tuh? "

Jungwon mengangguk.

"Tapi, kenapa hanya kita berdua yang ingat diorang? " Sekali lagi Ara menjadi keliru.

Jungwon mengangkat bahu. "Saya pun tak pasti. Tapi—"

Tangan Jungwon kemudian menyeluk ke dalam poket hoodienya dan mengeluarkan sekeping gambar.

"Hanya gambar ini jer yang membuktikan diorang pernah wujud. "

"Tunggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tunggu.. "

Ara meneliti gambar itu dengan lama. Ada sesuatu yang aneh.

"Tarikh yang tertulis di sini memang dah ada ke? "

"Yaa. "

"29? Itu tarikh hari nih! Dan gambar nih macam gambar yang diorang ambil di konsert—Tunggu, hari nih takde konsert tapi macam mana pula gambar nih boleh ada?! "

Gambar itu dicampak oleh Ara dengan terkejut. Meremang bulu roma dibuatnya.

"Saya pun tak tahu. Mungkin ini sepatutnya gambar yang patut diorang ambil hari nih tapi... "


Jungwon tidak sanggup menghabiskan ayatnya apabila tersedar mata Ara mula berkaca.

Ara menutup muka, tidak mahu Jungwon melihat dia menangis.


"Macam mana kita nak kembalikan diorang... "


-----

Macam mana pulak gambar tuh ada ehh?

( ͡° ͜ʖ ͡°)

𝐇𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 - BTSWhere stories live. Discover now