Bab1 <AERA ARYANA>

7.5K 380 9
                                    

- without you, i die forever -



'Ya Allah, penatnya.. ' Aera mengeluh dlm hati. Tangga didaki satu persatu. Tangan mengesat peluh didahi.

"Kenapalah Cikgu Diana tu selalu suka mengarah last minute?? Aku pulak yang jadi mangsa duk terkejar sana, terkejar sini.. Penat... " Aera mengeluh.

Tudungnya dibetulkan. Ya Allah, awning aku! Habis rosak! Malaslah aku nak belajar macam ni.. Huhu..

"Tulah engkau Aera. Baik sangat. Aku tengok kau ni macam lembu dicucuk hidung tau. Ikut je apa yg orang suruh" Amira, kawan Aera membebel. Aera hanya pekakkan telinga.

"Habistu? Kau nak aku jadi jahat ke macam mana? Lagipun tu cikgu kita lah.. " Aera menyilang tangan sambil memandang tajam kearah Amira.

"Taklah.. Maksud aku, bukan dengan cikgu je. Orang lain pun ambik kesempatan dengan kebaikan engkau kau tahu? Btw, Cikgu Diana tu boleh je suruh orang lain handle pasal projek lawatan tu. Ni,suruh engkau yang takde kena mengena dengan projek tu. Ketua pelajar yang handle projek ni hilang ke apa?" Amira dah mula berleter.

'Dah start dah dia.. ' bisik Aera dlm hati.

"Adoii.. Senyap kejap weyh.. Aku penat ni.. " Aera cuba untk melarikan topik.

"Tengku Aera Aryana!! Tulah alasan kau! Penat.. Penat.. Cakap dengan kau ni masuk telinga kanan keluar telinga kiri! Kau buatlah apa yang kau nak" Amira dah hilang kata. Dia terus meninggalkan tempat duduknya.

"Alhamdulillah.. Hilang seksa telinga aku.. " Aera terus menyembamkan muka pada meja.

Kelas Matematik harini Miss Liam takde sebab ada kerja kursus. Syukur..bolehlah aku tidur sekejap.

...

Bunyi loceng menandakan waktu sekolah sudah tamat.

"Kau balik terus ke?" Soal Amira. Aera terus mengangguk laju.

"Yelah.. Buat apa aku stay sekolah lama2? Katil aku dah memanggil dah tu.. " Aera keluar kelas bersama sama Amira.

"Weyh2,Aera!!" Amira menggoncangkan lengan Aera.

"Kenapa kau ni?? " Aera dah memandang sinis Amira. Amira memuncungkan mulut. Aera terus menoleh kearah sesuatu yang ditunjuk Amira.

Seorang lelaki yang berpakaian kemas berjalan dari beranda kelas. Kulit putih mulus, hidung mancung persis Taehyung BTS. Bibir merah merekah. Rambut yang menawan. Ya Allah! Mata aku!!
Lelaki itu boleh dikatakan perfect 100%! Diminati ramai pelajar perempuan termasuk guru2 perempuan yg single😂

"Ahmad Ismail.." nama itu meniti dibibir Amira. Ya, Ketua pengawas sekolah, Ahmad Ismail bin Ahmad Iskandar. Seorang yang berdisiplin,peramah,baik dengan semua orang.Senyumannya bikin buat hati semua pelajar perempuan jatuh. Tapi bukan Aera. Aku hanya melihat jejaka itu pun sebelah mata je.

"Dah puas memandang yg Haram? Kau tak nak balik ke? " Aera menolak bahu Amira. Amira dah menjeling.

'Ish.. Kacau mood aku je' gumam Amira.

"Eh, Ayah aku dah sampai tu. Kau okey tak duduk sorang2 dekat bus stop ni? " Amira memandang Aera dengan penuh risau. Aera hanya senyum.

"Eh, okey jelah. Macam tak biasa. Papa aku cakap dia lambat sikit. Nanti dia datang lah tu.. Tak payah risau sangatlah.. " Aera tersengih seperti kerang busuk.

"Aku boleh je minta tolong ayah aku hantarkan kau balik. Lagipun, ada berapa orang je pelajar yang tinggal. Risau aku tengok kau duduk sorang2 dkat bus stop ni" Amira masih ragu-ragu.

"Tak payah susahkan ayah kau lah.. Nanti papa aku datanglah. Kau ni pun. Risau memanjang. Kesian aku tengok ayah kau duk tunggu lama dalam kereta tu. Pergilah.. Aku okey je" Aera menolak lembut tawaran Amira.

Amira mengeluh kemudian mengangguk. Tidak mahu memaksa kawan baiknya itu. Dia terus masuk ke dalam kereta. Amira melambai-lambai dari dalam kereta. Aera membalas sebelum kereta itu berlalu pergi.

Aera mengeluh. 'Papa sibuk dengan kerja, mama sibuk dengan butik. Pak Samad pulak cuti harini. Hmm.. Takde sapa yang free nak ambik aku harini'

Aera hanya duduk di bangku yang tersedia di bus stop itu. Bagi menghilangkan rasa bosan, Aera mengeluarkan kerja sekolah Sains yang diberi guru pagi tadi. Tanpa sedar, ada beberapa pasang mata yang tidak berkelip melihatnya dengan senyuman sinis.

"New target guys"

Macam mana dengan first chapter? Okey tak? Maaf kalau ada kesalahan bahasa dalam chapter ni. Haera masih baru dalam dunia penulisan. Doakan Haera tau! 💗

C | MRS DANISH RAYKALDonde viven las historias. Descúbrelo ahora