BAB 16 < FINAL>

7K 290 67
                                    

- WITHOUT YOU I DIE FOREVER-

King menghampiri mereka bertiga. Aera mendapatkan Tuan Danish. Dipeluknya lengan sasa suaminya. King menarik nafas perlahan sebelum memulakan percakapan.

"Kau dah salah faham Danish. Aku ada sebab kenapa aku culik Aera"

"Apa maksud kau? Aku? Salah faham?"

Aera mengusap dada suaminya meminta bersabar.

"Sabar, awak. Tolong dengar dulu apa yang Granpa nak cakap"

Tuan Danish terus berpaling memandang wajah isterinya. Air mukanya jelas menunjukkan dia terkejut.

"WHAT?? Granpa?"

"Yes, dia cucu aku"

...

Harry membersihkan tekak sebelum membuka bicara.

"Kenapa kau ada kat sini? Bukan ke kalau ikut plan kau kena duduk dengan Chris ke?"

Soal Harry. Danisya tersengih seperti kerang busuk.

"Alah.. bagilah aku duduk sini sekejap. Lagipun kalau aku duduk dengan Chris tu pun, aku asyik bertekak mulut je dengan dia. Baik aku duduk sini. Boleh kawan dengan sepupu Aera ni, kan Wani??"

Wani berpaling memandang Danisya ketika namanya dipanggil. Dia hanya mengangguk. Tidak tahu ingin memberi respon. Dia masih boleh merasakan anak mata Harry tajam merenung ke arahnya.

"Okeylah, Princess pergi dulu. Chris dah bagi isyarat tu. Nanti kita jumpa lagi eh, Wani. Nanti kita pergi shopping banyak-banyak"

Wani hanya mengukirkan senyuman. Danisya keluar dari perut kereta menuju ke arah kereta Chris. Keadaan kembali sunyi sepi.

Tanpa segan silu, Harry meletakkan tangan kirinya di pintu bersebelahan bahu Wani. Anak mata biru itu merenung tajam anak mata gadis itu seperti helang ingin membaham mangsanya.

"A..awak nak sa..sambung benda t..tadi ke?"

Soal Wani tergagap-gagap. Harry tersenyum sinis.

"Kenapa? Kau nak ke?"

"Hah?!"

'Bukan tak nak.. Nak je.. cuma awak belum halal buat saya'

Bisik hati Wani. Bibirnya menahan senyuman dari terukir. Gatal tak bertempat!

"Kau lupakan je pasal tadi. Aku minta maaf. Benda tu luar kawalan aku"

Harry menarik balik tangannya dari mengurung Wani. Wani mengangguk. Dia mengiyakan sahaja. Dalam hati dah berbunga-bunga.

...

"Aku minta maaf sebab guna cara ni untuk jumpa Aera. Aku tak ada pilihan lain. Selepas je aku jumpa dia, aku akan bawa balik dia pada engkau. Tapi aku tak sangka kau akan datang sini"

Ujar King. Jelas wajah tua itu mengalah. Aera milik Danish.

Tuan Danish mengeluh berat. Banyak perkara yang masih dia tidak tahu tentang Aera dan tak pula dia sangka, gadis yang dia selamatkan dari kelab itu adalah cucu King. Musuh ketatnya.

"Lepas ni aku akan benarkan kau jumpa Aera bila-bila masa je kau nak. Dia cucu kau. Aku tak boleh halang. Aku benarkan"

King memandang Tuan Danish tidak percaya. Bibir mengukir senyuman bahagia.

"Terima kasih, Danish. Terima kasih"

Ucap King.

Aera berasa loya di tekaknya. Ingin mengeluarkan sesuatu. Aera berlari menuju ke arah sinki dapur. Dimuntahkan segalanya. Tuan Danish berlari mendapatkan Aera. Aera lemah dalam dakapan Tuan Danish.

C | MRS DANISH RAYKALWhere stories live. Discover now