24 ☾

200 10 5
                                    


"Amin ya rabbal alamin..." Taehyung menekup muka seusai membaca doa selepas solat. Setakat ini dia akan membaca al-fatihah dan doa menggunakan bahasa melayu dahulu untuk doa selepas solat. Doa qunut dia masih tergagap-gagap lagi tetapi Ustaz Fahmi selalu berkata ianya tidak mengapa.

Dia tahu, dia masih merangkak dalam bab solat dan mengaji tetapi dia sentiasa belajar. Tidak pernah walau sehari pun dia tidak belajar tajwid dan jawi bersama Ustaz Fahmi. Kadangkala Erina yang akan mengajarnya mengenal huruf jawi.

Taehyung memusingkan badan ke belakang lalu tersenyum lembut. Tangannya dicium oleh Erina lalu dahi isterinya pula dia cium. Tangan Erina tidak dilepaskan. Matanya merenung wajah bersih milik Erina. Erina yang mula tidak selesa dengan renungan itu mengerutkan dahi.

"Kenapa tenung saya macam tu? taulah muka baru bangun tidur." Erina menutup separuh mukanya dengan tangan kiri. Taehyung melepaskan tawa kecil.

"Sayang... awak tak teringin ke nak jadi ibu?" Ibu jari Taehyung mengusap lembut tangan isterinya. Erina terkedu. Dia menurunkan tangan yang menutup wajahnya. Mata Taehyung direnung. Ibu...

"Macam mana awak boleh dapat restu daripada keluarga saya masa kita nikah dulu? awak ada jumpa ibu dan ayah saya?" Erina bertanya perlahan. Selama dia kemurungan tentang identiti Faizal sebagai ayah kandungnya itu adalah benar atau tidak, Taehyung ada jawapannya. Taehyung tahu!

Taehyung tersentak. Wajahnya cuba beriak biasa dengan pertanyaan Erina. Dia sudah lama bersedia dengan soalan itu keluar daripada mulut Erina. Akhirnya, hari ini dia perlu mengaku.

"Duduk sini dulu." Taehyung bergerak ke sebelah katil selepas melipat sejadahnya. Erina membuka telekungnya lalu duduk di lantai bersebelahan dengan Taehyung. Mereka bersandar di sisi katil. Taehyung duduk bersila manakala Erina melunjurkan kaki ke hadapan.

"Memang betul Faizal ialah ayah kandung Erin. Saya nak jumpa dia tak boleh sebab yelah dah hilang kan? jadi Chaerim noona sarankan saya untuk pergi jumpa dengan ibu ayah angkat Erin. Tapi sebelum saya cerita pasal ni, awak tau tak kenapa saya selalu dingin je dengan awak dulu?" soal Taehyung memandang mata bulat Erina. Isterinya menggeleng perlahan dengan mata yang terkebil-kebil. Taehyung tersenyum kotak lalu mencium ubun-ubun Erina. Harum.

"Masa saya bagitahu Chaerim noona yang saya teringin nak jadikan awak sebagai isteri saya, dia terkejut. Sangat terkejut. Tapi dia bagitahu saya, Erina ada agama dan agama dia tak benarkan orang perempuan berkahwin dengan lelaki yang beragama selain daripada Islam. Masa tu saya cuma angguk dengan tenang. Saya dah tahu semua itu." Taehyung memandang wajah Erina dengan pandangan redup. Dia tersenyum kecil sebelum menyambung percakapan.

"Bila Chaerim noona bawak saya pergi jumpa Ustaz Fahmi, banyak sangat yang saya terfikir. Otak saya selalu ingatkan bahawa hidup saya akan berubah 360 darjah jika saya memeluk agama Islam. Jadi saya minta Ustaz Fahmi ajar saya dahulu tentang Islam sebelum kahwin dengan awak. Kalau awak nak tahu, jarakkan diri daripada perempuan yang kita nak jadikan isteri adalah salah satu syarat yang diberi oleh Ustaz. Sebab itulah saya selalu tak layan awak." Taehyung menekan lembut pipi Erina dengan jari telunjuknya. Muka serius Erina itu menunjukkan yang isterinya itu sedang mendengar dengan sangat tekun. Comel!

"But it's not that easy. Jujur saya cakap saya lemah tengok muka sedih awak bila saya tak layan awak, Erin. Saya rasa macam nakkk je bagitahu hal sebenar tapi Chaerim noona tak bagi. Dia kata belum masanya lagi." tangan Erina digenggam oleh Taehyung.

"Bila tempoh syarat itu nak berakhir, saya ada lamar awak untuk jadi isteri saya. Ingat tak? masa birthday party Hoseok hyung? tapi saya suruh awak fikir dulu dan bagi awak masa—"

"—sehari je." Erina menyampuk. Taehyung terus terdiam. Bukan apa, betul lah apa yang Erina kata, hari itu dia lamar, esok jugak nak jawapannya.

"Sorry. Sambung." Erina tayang sengih.

Takdir | KTH Where stories live. Discover now