7 ☾

216 19 3
                                    

malay/korean

Sudah tiga minggu Erina bekerja di tempat itu. Tugas dia sebagai pembantu stylist? Masih tidak dilaksanakan. Aktiviti BTS hanyalah merekod rancangan realiti mereka yang bertajuk
'Run BTS' sementara dirinya belajar bahasa korea bersama cikgu Chaerim. Chaerim memberitahunya yang dia perlu fasih berbahasa korea dahulu dan dengan kuasa author dia sudah pun lancar.

"Erin, malam ini awak dah kene packing barang sebab hari Ahad kita nak gerak dah" Chaerim yang sedang menonton televisyen sambil makan keropok kentang berkata.

"Gerak pergi mana?" soal Erina pelik. Baru kerja tak sampai sebulan dah ada aktiviti family day?

"Concert mereka di Tokyo, Japan. So awak kene ready lah heheh" jawab Chaerim tersengih.

"Tapi hari ini baru hari Isnin?" soal Erina lagi.

"Memanglah kene ambil masa yang lama sebab awak kene preapare baju diorang tu lagi! Aish." Chaerim menjatuhkan kepala ke belakang. Dia kene sabar kerana Erina budak baru.

"Ala sorry lah saya tanya je hmmm okay lah saya pergi pack sekarang! Jalja onnie!" Erina memeluk Chaerim sebelum berlalu ke biliknya. Chaerim tersenyum. Akhirnya dia tidak berseorangan lagi di rumahnya.

Keesokan hari

Erina diberitahu yang dia perlu hadir ke satu mesyuarat pada pagi ini. Mesyuarat antara stylist.
Tipu lah kalau dia kata dia tak gemuruh sekarang. Erina hanya bermain dengan pennya dia atas meja kaca itu sementara menunggu 'bos' sampai. Setelah 10 minit, bosnya sampai dan mereka terus memulakan mesyuarat tersebut.

"So, semua dah tahu lah kan tugas and member yang mana korang kene buat?" Ketua stylist itu bertanya sambil menutup failnya.

Erina mengangkat tangan sambil menggeleng. Semua orang memandangnya dan dia mula malu. Apa yang dimalukan pun tak tahu lah.

"Ah Erina kan? Awak ditugaskan jadi stylist Taehyung" katanya.

"Seorang? Bukan ke ada partner?" Erina bertanya. Mula cuak!

"Sepatutnya lah tapi orang yang selalu settlekan Taehyung itu cuti pregnant so terpaksa lah you seorang. Tapi jangan risau lah sebab Taehyung itu simple je...saya tengok cara pakaian you pun nak sama dengan dia" jelasnya sambil tersenyum.

Erina hanya mengangguk. Dia pasrah. Dah lah kali pertama si Taehyung itu bercakap dengan dia tentang sasaeng. Bukan itu sahaja, apabila terserempak pun tak pernah tegur. Pandang pun tidak.

Setelah itu, mereka bersurai. Erina bergerak terus ke tempat kerja Chaerim. Nak mengadu.

"Oh wow stylist kita! Macam mana first meeting hm?" Chaerim bertanya sambil mengangkat kening.

"HUWAA SAYA KENE KERJA DENGAN TAEHYUNGG" Erina mencebik sambil menghentak-hentak kakinya. Chaerim hanya ketawa melihat gelagat Erina yang comel itu.

"Mereka dah bagi yang paling mudah lah untuk awak Erin. He has the simplest fashion sebab dia itu pakai apa pun still looking good" kata Chaerim.

"Tapi awak tau kan antara 7 orang itu, saya paling tak ngam dengan dia" kata Erina lagi mencebik.

"Lama-lama nanti okay lah I'm sure!" kata Chaerim menaikkan semangat Erina.

"Jom makan" akhirnya Erina terima. Sekarang dia hanya mahu melepaskan kesedihan dengan tteokbokki je.

"Hehe kaja!"

Mereka berdua pergi ke restoran muslim yang ada berdekatan dengan tempat kerja mereka. Dah memang jadi tempat biasa lah kalau Erina mahu makan. Sambil-sambil makan, Chaerim bercerita tentang Taehyung. Apa yang dia suka, apa yang dia tidak suka, anjing peliharaan dia, perangai dia dan macam-macam.

Dan Erina berfikir, mungkin ini takdirnya...







































                                      TAKDIR
stylist ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pakaian, make up, rambut lain-lain orang. maksudnya bukan Erina seorang je kene settlekan Taehyung segalanya dari hujung rambut hingga hujung kaki. okay? ☺️

Takdir | KTH Where stories live. Discover now