Flora Ria di Kubang Buaya 9

787 4 0
                                    




Agak N hidup ini tidak perlu berdepan dengan masalah. Agak N masalah menjadi masalah dan ada yang sukar hendak diselesaikan. Ada juga masalah yang begitu senang diselesaikan atas dasar tit-for-tat. Apa yang N pelajari adalah satu bentuk atau sistem perniagaan dan cara-cara mengatasinya.

Hidup dan bermasyarakat ada tolak ansor dan ada yang tidak boleh tolak ansor. Ada rasa kasihan dan belasnya. Ada yang tidak boleh rasa kasihan dan berbelasnya. N belajar di rumah induk, di rumah bapa angkatnya, Bakar. Belajar mengenal manusia dengan masalahnya. Dia dipertanggung-jawabkan menjaga kebun dan mengutip rumah sewa. Kebun dan buah-buahan. Musuh buah adalah binatang. Musuh manusia adalah peraih. Sebagai pemilik ladang peraih adalah orang tengah yang dapat memanjangkan produk ke pasaran iaitu orang yang akan mebeli buah-buahan itu.

Justeru itu kata Bakar, dengan peraih jangan dibuat musuh. Buat kawan. Senangnya kita juga. Biar harga ditolak tak seberapa janji duit masuk ke kantung kita. Ada betulnya, tetapi perlukah peraih ini terus kita biarkan menghisap darah kita. N fikir tidak patut. Mereka meraih buat untung lebih sedangkan kita yang menanam mendapat laba tidak seberapa.

Lalu.. N berfikir dan mengatur tindakan. Dia mendapatkan seorang lagi peraih. Walaupun peraih lama itu, Ah Huat kawan lama Bakar namun N mendapatkan pesaingnya Seng Huat. Bila ada pesaing maka harga yang diberikan akan berlawan. Kita sebagai pembekal mempunyai pilihan dan dapat keuntungan yang lebih baik dari biasa. N memecahkan monopoli. Siapa yang memberikan harga yang baik maka kepada merekalah N menolak buah-buahan dari kebun Bakar.

Bakar tidak membantah malah memuji N dengan apa yang dibuatnya.

"Kau ada bakat berniaga N. Bagus. Aku tak kisah sangat. Bagaimanapun apa yang kau buat datangkan lebih untung."
"Mekasih ayah," kata N satu malam, "Agak ayah nak marah tadi?"
"Marah buat apa. Kalau dapat duit dan untung sekali ganda dari biasa masakan aku nak marah N. Kurang-kurang kau memajukan lagi perniagaan dan menambah pendapatan ayah. Itu yang bagusnya," tambah Bakar lalu memberi sekeping sampul surat pada N.
"Ni amik hadiah dan upah buat kau."

N membiarkan sampul itu di atas meja di depannya, "Mekasih ayah. Ada satu lagi masalah yang berat skit."
"Apa dia?" tanya Bakar sambil menghisap cerutnya.
"Dengan buah senang. Dengan peraih senang. Tapi dengan penyewa ni rasa berat sikit. Tambah mereka yang bergantung hidup hanya atas suami yang berpendapatan tak menentu," kata N menjelaskan.
"Kat belakang penyewa kita Abang Atan dan Kak Melah. Kat depan makcik Janah.. Berat nak bayar sewa rumah."
"Ooo.. Ayah faham. Ni masalahnya dengan penyewa. Manusia sesama manusia. Lebih timbangan rasa dan belas kita mereka ambil kesempatan. Kita menekan mereka merayu. Kita buat tak tahu mereka lagi buat tak peduli," Bakar kekeh kecil.
"Ya itu masaalahnya. Nak dihalau kesian ayah. Nak ditekan kata kita tak ada timbang rasa. Camana ayah?" tanya N keliru.
"Ayah berikan N fikir dan tindak. N muda dan cari jalan penyelesaian yang baik. Boleh tolak ansor jangan keras sangat. Kesian berpada-pada," tambah Bakar pula.

N mula pening. Kini Bakar menyerahkan masalah tersebut kepadanya. Dia tahu keadaan yang liat. Dia mula belajar mengenal manusia yang akan berdepan dengan tuan rumah setiap hujung bulan. Apa alasan yang akan diberi-kan. Apa pula ayat yang akan mereka gunakan untuk melepaskan sesak mereka dari bulan ke bulan.

Nama tuan rumah hendak dijaga. N yang mengu-tip sewa rumah terpaksa menjalankan kerja-nya juga. Hujung bulan sudah tiba. Yang bekerja kerajaan atau swasta sudah mendapat gaji. Yang bekerja sendiri mengaislah pagi untuk pagi dan petang untuk petang.

Waima apapun N tetap kena hadapi juga tugasan yang telah diserahkan oleh Bakar itu. Kini dia kena berdepan dengan makcik Janah, janda tukang jahit, gundik simpanan Bakar sendiri. Jadi N tiada pilihan. N duduk di atas buai depan rumah induk sam-bil memegang sampul yang diberikan oleh Bakar. Ada RM 200. Besar juga imbuhan yang diperolehinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 28, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Flora di Kubang BuayaWhere stories live. Discover now