—Hyenmin's Pov
Daripada perjalanan pulang sehinggalah kami tiba di rumah , subin masih lagi mendiamkan dirinya tanpa berkata apa-apa pun tadi . Ia membuatkan aku rasa kurang selesa dengan wajah dingin si subin tu . Ini kali pertama aku nampak dia tayang muka dingin macam tu . Takut aku tau .
Aku menutup pintu perlahan . Lalu apabila aku mahu pusing tubuh ke depan , situasi tidak dijangkakan apabila subin sekarang sedang berdiri tepat dihadapan aku . Terkejutlah aku takkan tak terkejut kot .
Disebabkan subin ni dia tinggi daripada aku , aku terpaksalah pandang dia dengan kepala mendongak . Sakit tengkuk aku , kenapalah dia ni tinggi .
Subin menikam tajam anak mata aku dan ianya membuatkan aku tergamam , terkaku dan pada masa yang sama ... Aku rasa macam nak terkencing je sekarang—eh gurau gurau .
Air liur ditelan kelat , subin masih tidak lekang merenung tajam anak mata aku sehingga lah , aku mula berdehem untuk menghilangkan rasa sunyi menyepi . Dan akhirnya subin menganjak kakinya ke belakang , memberi aku ruang . SOP.
Akhirnya , aku melepaskan keluhan lega . Nak mati aku bila dia pandang macam tu , ia seperti aku ni seorang penjahat je . Macam aku ada buat salah je .
" kenapa kau tak bagitahu aku yang kau kene buli ... Kenapa kau berdiam .. Yah hyenmin kalau ada yang berlaku apa-apa dekat kau , aku yang susah tahu tak ... " subin akhirnya membuka kotak suara , wajahnya nampak kerisauan .
Aku pula seraya upaya mengalihkan pandangan ke tempat lain , atau lebih tepatnya . Aku curi tengok seluar dalam entah sesiapa tengah tergantung dekat ruang balkoni pula tu . Uish , malu ni kalau orang nampak .
" Kyah hyenmin ! " bahu aku terhinjut perlahan pabila subin dihadapan mula memanggil nama aku , dalam nada tinggi . Terdiam aku terus tak jadi usya seluar dalam yang dekat luar tu . Aku pandang subin kemudian tunduk kepala pandang lantai dan bermain dengan kaki .
" aku cakap dengan kau ni ... Kalau ada sesiapa yang berani ganggu kau ... "
" kau bagitahu aku .. Jangan simpan sahaja ... Faham " suara subin kedengaran tegas dan penuh serius . Aku perlahan-lahan mengangguk kepala .
" dah sana " tubuh aku tidak semena-mena ditolak ke tepi oleh subin , dia beredar meninggalkan aku seorang diri disitu . Aku pusing pandang bayangan subin yang sudah masuk ke dalam biliknya .
" kali pertama ada orang ambil tahu pasal aku ... " aku mengomel sendirian sambil menarik senyuman nipis . Ya , selama aku hidup langsung tiada sesiapa yang ambil tahu pasal aku , mahupun kawan rapat aku sendiri .
" Hyenmin ! " lamunan aku terhenti bila suara Sejun mula kedengaran daripada luar tandas . Aku pusing memandang sejun yang sibuk menggosok giginya itu . Haih ... Dia ni baru bangun tidur ke ?