09 :: ᴅᴀʀᴋᴡᴇʙ

16 10 0
                                    

Tok~tok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok~tok

" Hyenmin hyenmin ... Kau ada dekat rumah tak  , tolonglah buka pintu ni hyenmin  ... " Panggil miera sambil mengetuk permukaan pintu rumah kawannya Hyenmin  berkali-kali  . Ya  , dia datang ke sini untuk mengetahui apa yang telah berlaku dekat Hyenmin masa di sekolah tadi . Iyelah  , dia buka je pintu rooftop  , lihat tiada pun bayangan Hyenmin  .

" hyenmin kau ad—" miera berhenti mengetuk pintu pabila ada seseorang yang menguak daun pintu akhirnya  . Dia melepaskan keluhan lega  , akhirnya hyenmin buka juga pintu  .

" hyenmin kau o—"

" ARGHHH  ! " tidak semena-mena tubuh milik miera di tarik oleh seseorang dan membawanya masuk ke dalam  .. Pintu di kunci rapat  .

Miera tidak dapat untuk menjerit lagi kerana mulutnya di tekup oleh seseorang , dia tidak dapat cam wajah insan tersebut kerana insan tersebut menutup mukanya dengan topeng warna hitam  .

Miera mengerakkan tubuhnya untuk melepaskan diri daripada insan tersebut namun apakah dayanya  , miera tidak dapat untuk melepaskan diri kerana tubuhnya itu dicampak ke dalam sebuah bilik , lalu kepala miera terhantuk terkena bucu meja  .

Miera merintih kesakitan  , kepalanya mulai terasa berdenyut-denyut dan dia dapat merasai ada cecair berwarna merah mengalir dari kepalanya  .

" arghh" dia memegang kepalanya itu  . Perlahan-lahan miera mendongak kepala untuk memandang insan yang berdiri tidak jauh daripadanya itu  .

Bila dia pandang wajah insan itu terus miera terkejut  . " k—kau s—siapa  ? " tanya miera dengan beraninya  . Insan itu tidak membalas akan pertanyaan si miera  , sebaliknya dia membuka topeng warna hitam yang menutupi wajahnya itu  .

Lelaki itu akhirnya menunjukkan dirinya di hadapan miera  . Kemudian  , lelaki itu menarik senyuman sinis  . " aku kawan rapat hyenmin  ... " akhirnya persoalan si miera itu di jawab olehnya  . Dia Seungsik  .

" k—kawan  ? Kenapa hyenmin tak pernah beritahu aku  " dia mengerut dahi  . Selama mereka berkawan setahunya lah  , si hyenmin nih jarang  nak rapat dengan seorang lelaki  ... Mahupun dekat sekolah hyenmin langsung tidak bergaul dengan budak lelaki  .

" tchbuat apa dia nak beritahu dekat orang yang telah mengkhianati nya  .. " kata seungsik  sinis  .. Miera hanya mampu terdiam  .

" m—mana aku khianat dia  , lagipun kami kawan rapat  " kata miera gagap  . Bila miera berkata seperti itu terus membuatkan seungsik tergeli hati  . Dia ketawa terbahak-bahak  . Miera diam  .

" yah  " dia mencangkung di hadapan miera  .

" kau ingat aku tak tahu yang kau tu sebenarnya tak pernah nak anggap dia sebagai kawan kau mahupun kawan rapat  .. Pftt—" miera tergamam dan terkelu  . Perlahan-lahan dia mengesot tubuhnya untuk berjauhan dengan lelaki asing itu  .

【C】ᴅᴀʀᴋᴡᴇʙ  || victonWhere stories live. Discover now