Ting~
Jennie yang lena diulit dengan mimpi itu terjaga daripada tidurnya apabila gegendang telinganya terdengar bunyi pesanan yang baru masuk . Dalam keadaan yang mamainya , jennie mencapai telefon yang berada di atas meja kecil dekat sebelah katilnya , lalu dia melihat nama yang telah mesej dia tu .
" chaeyoung ... " perlahan dia menyebut nama si penghantar . Tanpa melengahkan masa , dia membuka kotak pesanan yang dihantar oleh chaeyoung .
★
Chaeyoung
- jennie , kau free tak hari ni ... Jom jalan-jalan nak ? Lisa pun ada ikut sekali ..Chaeyoung send the location
Chaeyoung
-kalau nak datanglah ya ...Seen
★
Terus itu jennie bingkas bangun dan dia menenyeh kelopak matanya supaya pandangan menjadi jelas .
Tok~tok
" jennie dah bangun kah ? "
" urmm—dah "
" nanti turun makan ya ... "
" araesso ... "
Ting~
Jennie yang baru je mahu menutup telefonnya terus tak jadi bila ada satu notifikasi yang baru sahaja masuk ke dalam telefonnya . Notifikasi daripada artikel sekolah . Laju dia membuka dan terus jennie menarik senyuman .
" jisoo ... hahaha " dia mencampak telefon ke atas katil dan bersiul sambil menghayun langkah masuk ke dalam tandas dengan penuh gembiranya . Jisoo menghilang secara tiba-tiba ..
Bukankah dia telah mati kerana kemalangan .. Ah , lupa . Semalam dia dah bakar mayat jisoo .
★★★
" jennie .. " lisa melambai tangan ke arah jennie yang baru sampai . Chaeyoung pun sudah ada dekat situ dengan berpakaian yang cantik .
" jennie kau nampak lawa hari ni " puji lisa dengan ikhlasnya , jennie hanya mampu tersenyum . Mereka berdua berjalan kaki mahu ke arah kawasan taman tema yang tidak jauh daripada situ .