15

91 13 0
                                    

"Festival hujung minggu ni, ada apa apa cadangan?" Soal Youngbin. Ahli-ahli jawatan kuasa dari department perundangan membuat mesyuarat untuk festival universiti mereka dan Eunjin juga termasuk antara Ajk untuk freshman tahun itu.

"Cafe!" Cadang Mirae.

"Selain dari cafe?" Soal Inseong pula.

"Rumah hantu?"

"Aku dengar rumah hantu budak filem dah buat." Balas Chani. Mereka mengangguk. Lagipun rumah hantu memerlukan tenaga yang banyak.

"Game? Macam memanah ke, boling?" Cadang Sera.

"Lagi?"

"Coka?" Cadang Taeyang.

"Coka? Cadangan tu seronok." Hwiyoung menunjukkan persetujuan.

"Dalam pada kita buat coka, kita buat cafe sekali." Cadang Eunjin.

"Good idea. So siapa ada mesin karaoke?" Soal Rowoon.

"Aku aku! Dah lama aku tunggu saat ni. Akhirnya mesin karaoke aku akan debut." Zuho gembira.

"Okay nice. Kita perlukan pelayan dalam 3 orang. Vonlunteer?" Dawon memandang semua ahli jawatan kuasa.

"Then kita pilih, tak ada bantahan." Youngbin menggunakan kuasa vetonya.

"Rowoon you up." Jaeyoon memanggil.

"Erm Mirae." Panggil Hwiyoung.

"And last one.. Eunjin." Taeyang memanggil nama terakhir. Eunjin mengerang tidak setuju dengan keputusan namun dia tidak boleh membantah.

******

"Okay meeting?" Soal Jungwoo sebaik sahaja Eunjin masuk ke dalam keretanya setelah menunggu hampir 30 minit di luar fakulti itu.

"Okay je. Department awak buat apa?" Soal Eunjin sambil memakai tali pinggang keselamatan.

"Entah saya pun tak faham tapi dengar kata buat matchmaker from heaven ke apa entah. Blind date lah macam tu." Jawab Jungwoo.

"Awak pula?" Soal Jungwoo.

"Cafe Noraebang." Balas Eunjin.

"Saya jadi waitress tanpa persetujuan hahaha." Eunjin tergelak kecil.

"Aik? Tanpa persetujuan?"

"Haah sebab tak ada orang volunteer so diorang random picked. And obviously saya kena pilih." Jawab Eunjin.

"Okay then, baik baik, festival universiti ni ada orang mabuk semua. Jaga diri okay." Pesan Jungwoo.

"Baik bapak." Balas Eunjin bergurau.

"Bagus anak bapak, dengar cakap." Jungwoo membalas kembali.

******

"Nah siap siap, baju pelayan mana? Siapa yang handle? Sera kan?" Soal Youngbin yang sedang sibuk menguruskan cafe karaoke mereka. Di dalam bilik perjumpaan itu hanya ada 3 pelayan, Yoon, Taeyang dan Youngbin manakala yang lain sudah ada di tapak mereka untuk menguruskan dan menyiapkan segala yang patut.

"Hah! Sorry lambat! Saya pergi ambil baju diorang dekat pejabat pos, ramai orang!" Kata Sera sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka. Sera terus mengoyakkan bungkusan yang dipegangnya lalu diberikan baju baju itu pada Eunjin, Rowoon dan Mirae.

𝙃𝙏𝙃 : 𝙇𝙞𝙡𝙞𝙚𝙨 //  𝙆𝙞𝙢 𝙅𝙪𝙣𝙜𝙬𝙤𝙤 ➳ 𝙉𝙖 𝙅𝙖𝙚𝙢𝙞𝙣Where stories live. Discover now