Special Chapter

75 10 1
                                    

"Papa.. Tyung tat thini?" Jinwoo memandang Jungwoo yang sedang mendukungnya. Eunjin tersenyum melihat anak lelaki tunggalnya yang kini berumur 2 tahun setengah itu.

"Eung.. Hyung ada dekat situ dengan Nana.. Ayah Nana.." Balas Jungwoo sambil mencangkung, meletakkan anak lelakinya untuk berdiri di atas tanah sendiri.

"Ayah Nana.. Hai!" Jinwoo melambaikan tangan kecilnya ke batu nisan Jaemin yang disebelahnya terletak batu nisan anak pertama Jungwoo dan Eunjin yang tidak dapat diselamatkan 4 tahun lalu.

"Tenapa tyung tengan ayah Nana tak ada dengan tite?" Soal Jinwoo sambil menyangkung. Mengusap rumput di atas kubur itu. Bibirnya mencebik kerana dia tidak dapat melihat kedua lelaki yang sangat ibu bapanya sayangi.

Walaupun Jinwoo tidak pernah bertemu dengan Jaemin, papa dan mamanya selalu bercerita tentang baik dan seronoknya ayah Nananya itu. Kawan baik mamanya, lelaki yang dianggap adik oleh papanya. Lelaki yang dipandang sebagai hero di mata Jinwoo kerana telah mengorbankan jantungnya buat Jungwoo.

"Ayah Nana pergi dulu sebelum kita, dia pergi ke tempat yang lagi seronok, tempat yang dia tak akan pernah rasa sakit lagi. Tempat yang buat dia bahagia. Mungkin sebab dunia ni tak buatkan ayah Nana bahagia macam mana dia dekat sana sekarang sebab tu ayah Nana pergi dulu sebelum kita." Balas Jungwoo, mengusap kepala Jinwoo. Air matanya bergenang merindui adik lelaki dan anak sulungnya.

"Tyung?"

"Hyung Jinwoo pula nak temankan ayah Nana, kesian ayah Nana sorang sorang dekat sana, tak ada kawan jadi hyung pergi temankan ayah Nana, Jinwoo pula dekat sini dengan mama dan papa." Balas Eunjin pula. Air mata suaminya yang sudah mengalir dilap dengan tisu. Jungwoo memberikan Eunjin senyuman.

"Talau matam tu.. Ayah Nana happy?" Soal Jinwoo. Jungwoo mengangguk.

"Happy sangat. Tapi pesan dekat ayah Nana jaga hyung baik baik tau! Kalau tak nanti papa dengan mama tak nak kawan dengan ayah Nana." Kata Jungwoo dengan kening yang sengaja dikerutkan.

Jinwoo mengikut riak wajah papanya dengan bibir yang mencebik.

"Ayah Nana taga tyung Jinu tau! Talau tak nanti Jinu nanak tawan tengan ayah Nana! Tyung pun tangan gado gado tengan ayah Nana! Buat ayah Nana happy happy! Nanti Jinu, mama tengan papa ikut ayah Nana tengan tyung otay!"

Jinwoo berjalan dengan langkah kecil ke batu nisan di depannya yang telah dilap bersih oleh mamanya tadi. Dia usap perlahan sebelum mengucup batu nisan itu kemudian dia berjalan ke batu nisan kubur abangnya dan dikucup batu nisan itu.

"Dekat tini, Jinu taga mama tengan papa otay! Jinu pomise taga mama tengan papa tampai titew jumpa tat tana otay ayah Nana, tyung!"

Jungwoo dan Eunjin sedang duduk di atas tikar yang dibentang di depan kubur kedua orang kesayangan itu, tersenyum melihat anak mereka.

Jungwoo memeluk tubuh Eunjin sambil air mata tidak berhenti mengalir.

"Saya rindu Jaemin.. Anak sulung kita.. Sayang.." Jungwoo menangis lebih kuat, suaranya pecah menahan tangisnya. Dia memeluk tubuh si isteri lebih erat.

"Sayang.. Jangan nangis okay.. Kita tak boleh seksa diorang dekat sana.." Eunjin memujuk, ditepuk perlahan badan suaminya.

"Awak sendiri cakap, dia dah bahagia, dah tak sakit dekat sana kan? Jaemin kan tengah jaga Eunwoo dekat atas sana. Kita dah lepaskan anak kita untuk Jaemin jaga dekat sana. Kita dekat sini kena bahagia okay. Lagi kita tangiskan diorang, lagi tak gembira diorang nanti. "

Eunjin menolak badan Jungwoo untuk dia lihat wajah tampan suaminya.

"Sayang.. Kita dekat sini perlu lepaskan. Mereka dah pergi dan kita ada kehidupan kita. Saya dan Jinwoo ada dengan awak, sentiasa, ada di sisi awak, di dalam hati awak dan walaupun Jaemin dan Eunwoo tak ada dekat kita secara fizikal, dia ada dalam hati kita, dalam memori kita. "

𝙃𝙏𝙃 : 𝙇𝙞𝙡𝙞𝙚𝙨 //  𝙆𝙞𝙢 𝙅𝙪𝙣𝙜𝙬𝙤𝙤 ➳ 𝙉𝙖 𝙅𝙖𝙚𝙢𝙞𝙣Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt