Bab 4

19K 74 5
                                    

   BUNYI bising alarm telifon pintar menyedarkan diri Ayu yang berpisat - pisat mengesat mata yang kabur.

"Dah pukul 6:00 dah azan ni" Ayu yang bangkit dari katil bergerak ke bilik air mengambil wuduk.








Tangan diangkat berdoa sesudah solat subuh.

' Ya Allah kau ampunilah dosa ku Ya Allah sesungguhnya diriku ini hanya insan yang lemah dan hina.

Kau ampunilah dosa kedua ibubapa ku Ya Allah , kau ampuni dosa suamiku Ya Allah kembalikanlah dirinya ke pangkal jalanmu.

Kau murahkan rezeki keluarga ini  Ya Allah kerana mereka telah membantuku dan melindungiku dari bahaya yang bakal tiba.

Semoga kau lindungi kedua - dua mertua ku dan Jika diizinkan kau berikan aku anak.

Amin.

Tapak tangan yang ditadah tadi disapukan ke muka tanda selesai bacaan doa.

TUK!!

Pintu bilik Ayu diketuk dari luar yang kelihatannya Ummi Amran mengetuk.

"Ayu!.. dah bangun dah" Ayu yang membuka pintu menjengul kepala yang berbalut tudung selendang putih.

"Dah Ummi.." Ayu yang menlangkah ke belakang membenarkan Ummi Amran memasuki ruang bilik tersebut.

"Dah solat subuh dah?"  Tanya Ummi Munirah pada Ayu.

"Sudah?!" Cepat sahaja Ayu menjawab membuat Ummi Munirah tertawa lembut.

"Haih jom kita ke dapur Ummi ingat nak masak sarapana nasi goreng" Ummi Amran menarik tangan Ayu membontoti Ummi Munirah dari belakang.

Ayu perasan suasana rumah agak sunyi. Aik mana mamat semalam erk? Aku nak ucap terima kasih ini.

"Ummi Ayu tanya sikit boleh?" Ummi Munirah berpaling sambil mengeluarkan bahan - bahan basah.

"Tanyalah!" Ummi Munirah mengambil papan memotong mula memotong bahan.

"Mana orang dalam rumah ni..senyap sunyi sahaja sejak di bilik lagi " Tanya Ayu yang memotong lobak merah.

"Ouhh Am dengan Ayah pergi solat kat surau nak solat kat rumah bilik dia kamu guna" Ayu yang terkejut bila dapati bilik tersebut milik Amran.

"I-itu bilik Amran ke?" Patutlah dirinya perasaan ada sejadah dan telekung tersedia di dalam almari.

"Hehehe..Maafkan Ummi lupa pula nak bagitahu kamu itu bilik solat yang selalu Am ataupun tetamu yang datang" Ayu hanya mengangguk kepala sahaja menandakan dirinya mengerti.

"Dahh jom kita masak " Sorak Ummi Munirah seronok dapat merasa masak bersama - sama anak perempuan walaupun gadis itu hanya lah orang luar. Haih terima kasih Ya allah kau bagi aku sebuah tumpangan yang manis ini.












TUK!!!.

Amran terpisat - pisat bangun mendengar ketukan pintu biliknya.

"Am bangun nak dah pukul berapa ni lupa ke kamu tu kerja!!" pekik kuat suara Ummi Munirah mengejutkan Anak teruna seorang ini.

' Hum tulah orang suruh kahwin taknak ' itulah yang selalu ayat dia ulang bagai pita perakam suara dalam kepala Amran.

"Ya ummi am bangun ni" Amran bangun merengangkan sedikit tubuh badannya yang jelas seperti orang aktif bersukan.

"Haa mandi cepat lepastu turun sarapan faham kami tunggu" Berlalu pergi suara Ummi munirah menuruni tangga bergerak ke meja makan.

Amran membuka baju T-shirt putihnya menyerlah badan yang cantik ahli bina badan itu.

Ayu Where stories live. Discover now