Satu

18 1 0
                                    

Athiq memandang wajah sugul adik perempuannya yang sedang menikmati cheese tart itu. Nampak sangat Safaa tak ada mood pagi ini. Bukan pagi ni saja. Setiap hari dia begitu. Selepas bercerai muda, dia seolah-olah bukan Safaa yang dia kenal.
Banyak berubah.

"Adik tak nak balik rumah tengok ayah. Tak rindu ayah?" Lembut Athiq cuba memujuk. Namun hampa. Safaa kekal diam buat beberapa detik.

"Tak ada hati nak balik. Dia sendiri cakap tak nak tengok muka adik. Nak balik lagi kenapa?"

"Dah 4 tahun berlalu. Hati ayah dah lembut tu dik. Baliklah tengok ayah. Bawa Thaqif sekali." Sekali lagi Athiq cuba memujuk.

Kerap kali dia berkunjung ke kafe milik Safaa untuk melihat keadaan adiknya. Terkadang dia cuba untuk memulihkan hubungan ayah dan Safaa. Tapi tak berhasil. Kedua-duanya keras kepala.

"Jangan paksa adik,"

"Tapi adik-" Belum sempat Athiq membalas, Safaa sudah mencelah.

"Dulu dia cakap adik ni bukan anak dia. Dia benci perempuan yang mengandung luar nikah ni. Lepas je dia akadkan adik, dia terus pergi. Langsung tak pandang muka adik. Abang expect dia masih nak tengok muka adik?"

Terdiam Athiq mendengar luahan Safaa. Benar, selepas selesai akad nikah, Encik Saif terus pergi meninggalkan majlis. Safaa kecewa dengan sikap dingin ayahnya. Sangat kecewa.

"Sudahlah. Kalau abang datang sini cakap pasal ni lagi, jangan jumpa adik lagi lepas ni. Penat lah." Lantas Safaa bengun meninggalkan Athiq yang terpinga-pinga.

Safaa mengerling jam dinding sekilas. 6 petang. Kelibat abangnya yang keluar dari kafe tidak dihiraukan. Dia sakit hati jika Athiq terus membahas tentang ayah mereka.

"Kemas kafe. Kita tutup awal harini. Saya ada hal." Arah Safaa kepada pekerjanya. Kelam kabut mereka mengemas. Takut dengan lion boss mereka itu. Bukan tak tahu, Safaa kalau marah macam mana.




--------



Peti minuman di 7E dibuka agak kasar. Aysar segera mencapai minuman berkarbonat bagi melegakan tekaknya yang haus. Sambil itu dia menggumam perlahan.

"Cari kerja pun susah sekarang. Masalahnya aku nak cari kerja, bukan nak cari jodoh." Bebel Aysar. Kakinye menuju ke kaunter pembayaran.

Terlalu melayan perasaan geramnya, Aysar tidak sengaja melanggar tubuh kecil seorang wanita. Habis jatuh tin minuman serta beberapa barangan milik wanita tersebut.

"Eh maaf maaf. Saya tak sengaja." Kelam kabut Aysar membantu wanita itu mengutip kunci keretanya yang berada di lantai. Sempat tin minumannya di ambil sekali.

Pekeja 7E hanya menyaksikan adegan klisé itu tanpa minat. Biasa dah langgar-langgar ni. Maklumlah premis 7E ni kecil je.

"It's okay. Terima kasih
tolong kutipkan barang saya."

Lantas wanita itu beredar. Wajah Aysar hanya dipandang sekilas. Jam di tangan ditilik sebelum wanita itu tergesa-gesa keluar dari 7E menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.

Aysar yang masih membongok, menatap wanita itu dengan pandangan teruja. Agak kasar tapi mempunyai perwatakan yang menarik baginya.

"Ha bang! Nak bongkok sampai bila? Sampai kucing boleh bertelur ke? Cepat bayar. Shif saya nak habis dah ni." Tegur penjaga kaunter. Tatapan pelik diberi kepada Aysar.

Terhenti lamunan si Aysar.

"Sibuk je la dia ni." Kutuk Aysar di dalam hati. Orang dah la ternampak jodoh ni. Baru sahaja tubuh Aysar menegak, dia terpijak sesuatu.

Dompet wanita tadi.

Tak fikir apa, terus dompet tersebut di capai lalu di masukkan ke dalam poketnya. Balik nanti baru dia check. Mana tahu ada nombor telefon.

"Hikhok. Ada peluang nak jumpa dia lagi." Ujar Aysar sambil tersenyum kecil.

"Eh nak bayar ke tak nak ni?"




















Tbc....




Ku Janjikan BahagiaWhere stories live. Discover now