16

958 130 17
                                    

"perempuan miskin tu tak sedar diri, dah miskin sibuk nak menggatal dengan orang kaya"

"Tulah, dia tak sedar diri ke yang dia tu miskin? Nak dibandingkan dengan Lisa, Lisa lagi layak untuk Jaemin"

"Well aku memang layak untuk Jaemin, dia je tak nampak aku. Taktau apa yang dia nampak dengan perempuan miskin tu, mungkin perempuan tu dah santau jaemin" wanita itu berkata dengan penuh gaya, dia mengoleskan gincu ke bibirnya

"Dia nak kikis duit jaemin je tu" sokong perempuan yang berada dekat dengan lisa

"Dasar perempuan miskin tak sedar diri"

"Dah hidup sebatang kara, sibuk nak jadi kikis duit bila dah tamat sekolah ape pula nak jadi?Pelacur?" Terdengar gelak tawa beberapa wanita di ruang tandas, mereka tertawa sangat kuat dan keras

Hanie yang ingin masuk ke ruang tandas terhenti, dia mengepal tangan serta menahan tangis. Kenapa dia perlu terlibat dalam semua ni? Kenapa dia perlu menjadi bahan kutukan orang lain? Teruk sangat ke dirinya yang tinggal sebatang kara? Kenapa dia digelar pelacur? Dia takde buat salah pun, cuma masalah kecil dia sampai dilibatkan macam ni?

Hanie mengigit bibir bawahnya, dia tak kuat kalau benda ini berlanjutan untuk hari hari seterusnya. Baru sekitar dua hari, dirinya sudah menjadi bahan kutukan di sekolah ini, padahal berita yang tersebar cuma dirinya berkencan dengan Jaemin. Dia bukanlah perempuan yang kuat, dia rapuh. Walaupun masih mempunyai kawan yang sentiasa melindungi, dia masih tidak sanggup menjadi bahan ejekan di sekolah ini

"Eh perempuan murah tu ada kat sini lah" ujar salah seorang daripada mereka, hanie menundukkan kepalanya. Sehina itukah dirinya? Seistimewa itukah Jaemin sampai orang yang tak selevel dengan dirinya akan dibuli oleh orang yang meminati dia

"Seem like this girl alone, we can bully her right now, girlz" Kata ketua kumpulan mereka yang bername tag 'lisa' , lalu dia menarik rambut Hanie dan mengheret Hanie agar masuk ke dalam ruangan tandas

"Korang nak buat apa?" Kata hanie, dia memberanikan diri untuk bersuara

"Wow masih tak sedar diri? Jangan rapat dengan jaemin aku, kau tak layak untuk dia" katanya lalu menampar kuat muka hanie, hingga menyebabkan pendarahan di hujung bibirnya, selepas itu dia menolak badan hanie jatuh ke bawah

"Jaemin aku punya, dan takde siapa boleh rampas dia dari aku. He's mine, only mine" katanya lalu menendang kuat perut hanie, hanie memegang perut sambil terbatuk darah

"T-tolong lepaskan aku" katanya merayu sambil menahan sakit, Lisa tidak menghentikan tendangannya, malah semakin kuat dia menendang wanita itu

"Lepaskan? Lepas kau rapat dengan lelaki kesayangan aku? You deserve this girl" dia mengarahkan kumpulan nya untuk memukul hanie, dia tertawa melihat keadaan hanie yang sangat lemah. Baginya, itulah akibat yang mereka akan dapat apabila cuba untuk rapat dengan lelaki kesayangannya

Selepas itu mereka keluar dari ruangan itu dan mengunci hanie dari ruangan luar. Tak lupa mereka sudah mengarahkan hanie untuk berdiam dan menjauhi Jaemin, kalau tidak ingin perkara yang sama berlaku lagi kepada dirinya

"Tttolong" ungkapan terakhir dari mulut hanie sebelum matanya terpejam erat, dia terbaring sendiri dengan keadaan penuh luka serta darah

.
.
.

"Jaera, hanie memang lama ke dalam tandas? Period ke? Dah sejam dia kat sana" kata Haechan dengan risau, jaemin yang mendengar itu hanya mengabaikan, lagipun perempuan itu tak ada kaitan dengan dirinya

"Aku manelah tau hanie akan lama macam ni sekali, dia tak pernah macam ni" katanya sedikit risau

"Korang janganlah risau, manetau dia ada masalah sembelit kan" kata sunwoo dengan fikiran yang positif, walaupun dirinya juga berasa risau terhadap perempuan tu

"Ni kelas hanie sunbae ke?" Soalan dari seorang junior lelaki berjaya menarik perhatian semua pelajar di dalam kelas itu

"Yes, kenapa?" Soal ketua pelajar di dalam kelas itu

"Boleh saya tahu di mana tempat duduk dia?" Beberapa pelajar menunjukkan tempat duduk hanie , lalu pelajar itu mula mengangkat barang barang hanie

"Kenapa nak bawa barang hanie" soal Haechan kepada junior itu, dia pelik kenapa pelajar itu mengemas barang-barang Hanie, dia mulai tak sedap hati

"Cikgu arahkan saya bawa barang barang dia, tadi ada beberapa pelajar jumpa dia pengsan kat dalam tandas sekolah. Nampak macam dia kena pukul teruk, sebab saya dengar badan dia penuh dengan luka dan darah" penjelasan pelajar itu berjaya menarik perhatian jaemin, dia cuba mendengar lagi

"Wait- NOW DIA KAT MANA?" soal Jaera dengan lantang, Jeno yang berdekatan dengan tempat duduk Jaera hanya menjeling sekilas. Dia berasa sedikit terkejut akibat jeritan yang nyaring itu, untung dirinya tidak tersedak

"Hey chill, perlahankan suara tu" kata sunwoo selepas mendengar jeritan Jaera. Jeritan perempuan itu berjaya menarik perhatian beberapa pelajar

"Hanie sunbae sedang dihantar ke hospital. Saya pergi dulu ya, nanti cikgu marah saya kalau lambat sangat ambil barang barang hanie sunbae ni" katanya kepada mereka lalu berlalu pergi

"Weyh aku tak mimpi kan? Budak tu cakap betul ke? Dia tak tipu kan? Hanie period je, sebab tu dia lama kat tandas? Tampar aku kalau ni bukan mimpi" Haechan berujar tidak percaya, dia masih tidak menangkap sepenuhnya perkara yang disampaikan oleh junior tadi, rasanya seperti mimpi sahaja. Hanie dibuli? dipukul? Tolong cakap benda itu semua mimpi

Tak berselang lama sunwoo pun menampar muka tampan haechan yang menandakan lelaki itu sedang tidak bermimpi

"Kau tak mimpi, budak tadi cakap betul. Aku risau sangat kat dia, macam mana keadaan hanie sekarang? Siapa buli dia? Aku nak lapor perbuatan jahat dia dengan guru guru" kata sunwoo, dia sangat risau dengan keadaan teman perempuan nya itu

Jaemin yang duduk disamping hanya melihat tempat duduk hanie yang sedang diduduki oleh Haechan. Apakah kerana dirinya perempuan itu dibuli? Tapi mustahil, dirinya tidak mempunyai apa apa hubungan dengan perempuan itu. Dia juga tiada melakukan sebarang kesalahan sehingga membuat perempuan itu dibuli kan? Apakah dia perlu berjumpa perempuan itu dan bertanya sendiri? Dia mengeluh, kenapa dia harus berfikir keras hanya untuk perempuan bernasib malang itu, kenapa dirinya harus risau? Padahal selama ini dia tidak peduli

___________________________________________________
Happy reading, don't forget to vote also sbb dah banyak sangat ghost reader, jauh beza sangat dengan vote. Please help me to share this story, I'm begging

Mr.bad boy •Na Jaemin•Where stories live. Discover now