18

894 120 15
                                    

Jaemin melangkah masuk ke dalam ruangan bilik wad, melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring lesu. Dia duduk di samping gadis yang sedang tidur, melihat gadis itu mempunyai kesan lebam dan luka yang sangat banyak membuat dia merasa bersalah sedikit, dia menggenggam tangan gadis itu, lalu mengelus perlahan. Niatnya tidak ingin membuat gadis itu terbangun

"Semua ni jadi sebab aku ke?" Soalnya perlahan, takut menganggu gadis yang sedang tertidur nyenyak. Tanpa dia sedari dia telah mengengam erat tangan gadis itu

Merasa tangan nya digenggam sungguh erat membuat gadis itu seketika terjaga, lalu melihat siapa yang berani datang pada waktu sebegini

"K-Kau buat apa dekat sini?" Soal hanie apabila melihat kedatangan jaemin, kenapa lelaki ini melawat dia secara tiba tiba? Bukankah masa melawat sudah lama berakhir?

"Siapa buat kau macam ni?" Dia mengabaikan pertanyaan hanie. Hanie mendengus perlahan, dia menyoal tetapi disoal kembali

"Kau baliklah, nanti parent kau cari macam mana?" katanya mengalihkan topik yang dia paling hindari, dia sempat terdengar ugutan gadis gadis yang membulinya sebelum ini. Kalau dia memberitahu mesti mereka akan bertindak lebih, mereka kaya mampu membuat apa saja pada dirinya

"Answer me, siapa buat kau macam ni?" Jaemin masih duduk di sebelah hanie tanpa melepaskan pegangan tangannya terhadap gadis itu

"Jaemin, baliklah aku nak rehat" dia menarik selimut untuk menutup seluruh tubuhnya, dia tidak ingin jaemin mengetahui hal ini. Kalau dia cerita dengan jejaka itu, pasti dirinya bakal jadi bahan bully untuk pelajar pelajar yang menyukai jejaka yang melawat dirinya

"Fine, if you need anything just call me" dia berlalu pergi, hanie yang merasa tiada yang berada di sampingnya melihat sebentar. Nampak sahaja tiada kelibat Na Jaemin disitu, dia mengambil keputusan untuk duduk

"Maaf" katanya sembari menundukkan kepalanya, tujuan nya adalah menjauhi lelaki itu. Memang itu tujuan dia, dia tidak peduli tentang arahan jaemin untuk menjadikan dia fake girlfriend nya. Untuk apa dia mahu menjebakkan diri dalam kisah lelaki itu, kehidupan dia sendiri pun masih tidak terurus dengan baik

.
.
.

"Jaem kau dengar aku tak?" Jeno melihat sahabatnya yang diam membisu, selalunya dia akan bising untuk menjawab cerita hidup Jeno, tapi kini jejaka itu diam sahaja, seperti ada yang menggangu pemikirannya

"Hoi" Jeno berteriak kesal sembari menepuk meja makan

"Hah? Apa?" Lamunan jaemin terhenti, dia melihat ke arah Jeno sambil mengerutkan dahinya

"Kau asyik mengelamun je dari tadi, kenapa? Ada masalah ke?" Tanya nya, dia asyik memerhati sahabat nya itu

"Takde lah aku cuma-"

"Wah korang lepak tak ajak member" potong chenle lalu mengambil tempat duduk di sebelah Jeno, sama juga dengan yang lain mengambil tempat duduk berdekatan dengan mereka

"Mark, bila balik dari Canada? Tak bagitahu pun dah ada kat seoul" jaemin bertanya apabila mendapati sahabat tertua nya itu datang bersama member lain

"About 2 day ago, who said I don't inform? I already inform at group" mark berkata dengan loghat english nya

"Mesti kau tak buka group kan Jaem" teka renjun apabila melihat jaemin bingung

"Phone aku rosak" katanya lalu tersenyum kecil, padahal dia cuma malas untuk memegang telefon. Pasti ruangan chat nya di penuhi massage massage dari perempuan perempuan di sekolahnya. Jaemin tidak tahu dari mana mereka boleh mendapat id nya

"Hyung asal macam badmood je? Muka dia macam baru break je, tapi takde girlfriend lagi" seusai jisung berkata begitu, semua mata tertuju ke arah jaemin. Mereka memang sedar jaemin tidaklah dalam mood yang baik, tapi sebab apa?

"Takde papelah, aku balik dulu. Pening sikit, mungkin sebab cuaca tak elok" kata jaemin lalu tersenyum kecil, dia dengan keadaan tergesa keluar dari tempat itu. Dia cuma tidak ingin teman temannya bertanya apa yang terjadi kepada dirinya, fikiran nya sekarang asyik memikirkan gadis yang sedang berada di rumah sakit itu

"Kenapa jaemin tu?" Soal renjun melihat ke arah jaemin yang sedang berlalu pergi, lalu mengalihkan pandangan nya ke arah Jeno apabila bayangan jaemin hilang dari pandangan nya

"Aku pun taktau, aku tanya tadi pun dia diam je" Jeno berujar, memang benar dia bertanya keadaan jaemin , tapi jejaka yang sedang ditanya itu diam diam sahaja

"Icung rasa dia stress, ada apa apa jadi ke dekat sekolah tadi Jeno hyung?" Sang maknae berujar setelah sekian lama berdiam diri

"Takde apa apa jadi pun" jawab jeno apabila memikirkan kejadian buat hari ini

Mereka cukup keliru apa yang terjadi kepada jejaka bermarga Na itu

"Mungkin dia ada masalah dengan keluarga dia, janganlah bahas tentang dia. Kalau dia okey nanti dia akan cerita" akhirnya yang tertua pun bersuara, semakin difikir masalah jaemin semakin membuat mereka pening sahaja




___________________________________________________

Sorry late update

Mr.bad boy •Na Jaemin•Where stories live. Discover now