2

339 75 26
                                    

Renjun dalam diam mendekati seorang pelajar yang kini sedang tekun belajar di dalam kelas pada waktu rehat sedang berlangsung. Dengan perlahan, dia menyentuh bahu lelaki itu dari belakang.

"Hey brother!" tegur lelaki itu santai mengejutkan si pelajar yang merasa terganggu dengan kerjanya. Yangyang namanya.

Yangyang mencebik kasar, sambil memuncungkan mulutnya. Dia kemudian mengangkat tangannya dan mencuba untuk menghalau Renjun daripada mengganggu dirinya yang kini sedang sibuk menyiapkan tugasan karangan.

Tindakan Yangyang itu langsung tidak memberi kesan terhadap Renjun malah dia menayangkan sengihan tidak bersalahnya. Renjun mula menarik pen yang berada di dalam genggaman Yangyang dan buku latihan Yangyang ditutup olehnya.

"Wowo, you and me relax and chillin'. Jom pergi makan, harini aku dapat duit lebih. Ajaklah yang lain sekali, ambil je apa sahaja, nanti aku bawak Haechan sekali okay!" Renjun menaikkan jarinya membuat tanda 'ok' dan itu membuatkan Yangyang menjadi ragu ragu. Yangyang mengeluarkan sengihan jengkelnya.

"Menipu, aku tak percaya" Yangyang menjelirkan lidahnya membuatkan Renjun membulatkan matanya. Sempat dia mencarut kecil disebabkan oleh itu. Belum sempat Yangyang ingin menyambung tugasan karangannya semula, tangannya ditarik kembali oleh Renjun.

"Hey hey brother, pernah ke aku menipu kau? Aku niat baik ni sekarang. Bolehlah eh eh" Renjun semakin kuat memujuk Yangyang dan sekali lagi membuat lelaki yang dipujuk itu menjadi ragu ragu. Yangyang memandang serius wajah Renjun untuk mencari kebenaran sebenar yang terpancar di sebalik wajah si sahabat yang seorang itu.

Orang macam dia ni bukan boleh percaya. Sudah berapa kali, dia dipermainkan oleh Renjun sebelum sebelum ini.

"Betul ni tak main main? Jujur, harini hari selasa tau. Tak baik menipu aku" Yangyang mengecilkan matanya memandang Renjun. Manakala Renjun pula mengangkatkan tangannya separas bahunya bagi mengiyakan kata kata itu.

Setelah beberapa saat Yangyang terdiam, dia kemudian membuat keputusan untuk bersetuju. Lagipun, bukan selalu dia dapat makan percuma kalau tidak disebabkan oleh Renjun. Reaksi daripada Yangyang itu membuatkan Renjun tersenyum lega.

Tanpa menunggu masa yang lama, Yangyang mengajak rakan rakannya yang lain untuk keluar bersama sama dari kelas mereka semua. Renjun pula cepat cepat menolak rakan rakannya itu keluar dari situ untuk mengosongkan kelas itu.

Dalam masa yang sama, sempat dia memberikan sebuah isyarat mata terhadap Haechan yang sudah lama memerhatikan mereka dari jauh. Haechan tersenyum nakal sambil memberikan pujian dalam diam terhadap Renjun setelah berpuas hati dengan kerja si sahabat.

Haechan seterusnya mengintai sisa sisa yang masih tinggal di dalam kelas itu. Sebenarnya kelas itu tidaklah kosong dengan sepenuhnya kerana masih lagi berbaki dua orang pelajar yang sedang larut di dalam dunia mereka masing masing.

Jaemin dan Jiae.

Pandangan mata Haechan tidak sengaja bertembung dengan milik Jaemin yang baru sahaja selesai dengan permainan videonya. Haechan lalu melambaikan tangannya kepada Jaemin sebelum dia mengikuti langkah Renjun yang sudah jauh meninggalkannya di belakang. Tingkah laku pantas Haechan itu tidak membuatkan Jaemin tidak dapat menangkap pergerakan mulut Haechan sebelum dia menghilangkan dirinya.

'sleeping beauty ...'

Jaemin tersenyum sinis selepas itu. Dari keturunan mana dia mewarisi perangai nakal itu? Haechan sungguh bijak dalam membaca fikiran orang seakan akan dia sudah ditakdirkan untuk memudahkan kerja Jaemin yang seterusnya. Jaemin mula memutar mutarkan pen di tangannya sambil menunggu masa yang sesuai untuk menganggu gerangan di sebelahnya.

JAEMIN ✔︎Where stories live. Discover now