14

278 67 23
                                    

Haechan masih lagi memikirkan kata kata Minyoung padanya tempoh hari. Teruk jugalah dia dibasuh oleh si gadis pada waktu itu. Tidak lama kemudian, dia mengeluh. Air minuman hanya dikacau kacau dan tidak diteguk sedikit pun.

Haechan memandang Renjun dan juga Jaemin yang juga diam di meja kantin itu. Mereka juga sedang memikirkan sesuatu ke?

"Weh aku nak cakap ni" Haechan bersuara mendapatkan perhatian daripada kedua dua sahabatnya. Renjun hanya mengangguk, menyuruh Haechan untuk meneruskan sahaja kata katanya.

Haechan terlihat ragu ragu.

"Kita—kita berhenti nak ??" kata Haechan perlahan takut takut untuk memandang wajah mereka berdua satu satu.

Renjun sepertinya memahami akan maksud daripada Haechan tetapi tidak pula untuk Jaemin. Jaemin tertanya tanya, sambil memandang Haechan yang merasa bersalah untuk mengatakan hal yang seterusnya.

Nak berhenti dari apa?

"Kita berhenti daripada kacau hidup orang lain? Ala yang selalu kita buat tu? Macam dekat—Jiae?" sambung Haechan lagi sambil bermain main dengan jari jemarinya.

Apabila dia melihat wajah Renjun, Haechan tahu bahawa lelaki itu akan setuju dengan pendapatnya. Bukannya dia tidak tahu yang selama ini Renjun sudah mula berlajar sedikit demi sedikit untuk berhenti sejak dia rapat dengan Yangyang.

Tetapi Haechan tidak pasti dengan Jaemin.

Bagaimana dengan Jaemin pula? Haechan kadang kadang masih lagi boleh nampak yang Jaemin dan Jiae masih lagi tidak boleh berhenti daripada bergaduh. Boleh ke Jaemin setuju dengan pendapatnya?

"Kenapa kau tiba tiba macam ni, Chan?"

Ha tu kan.

Jaemin nampak seperti tidak setuju. Berkerut dahinya melihat wajah Haechan dan Renjun bersilih ganti. Lantas, kepalanya digelengkan perlahan. Kenapa mereka tiba tiba mahu berhenti? Bukankah Haechan dan Renjun ialah orang yang paling seronok dalam melakukan itu.

"Jun, kau setuju ke?" Jaemin memandang Renjun dan tidak lama kemudian mendapat anggukan daripada si dia.

Jaemin sepertinya tidak percaya.

"Okay Jaemin dengar ni. Aku tahu aku yang salah, aku yang ajar korang berdua selama ni semata mata untuk memuaskan hati aku. Aku tahu juga yang aku salah sebab aku selalu bagi alasan semata mata untuk hindar daripada teringatkan masalah keluarga aku. Aku tak patut libatkan ni dengan korang berdua" jelas Renjun sangat panjang kepada Jaemin dan juga Haechan.

Iya betul lah tu. Dia memang betul betul menyedari akan kesalahannya yang memulakan hal ini. Dia sudah mengajar rakan rakannya kepada perkara yang salah sebelumnya.

Sudah terlambat ke untuk dia membaiki semuanya?

Jaemin tiba tiba bangun daripada kerusinya mengejutkan kedua dua sahabat. Dia tidak tahu kenapa dia terlalu ego kerana tidak dapat menerima kata kata yang datang daripada Renjun dan juga Haechan.

Yang pasti, apa yang difikirkan olehnya sekarang, dia taknak kalah lagi.

Bagaimana mereka berdua ini boleh kalah dengan begitu sahaja?

Tanpa berkata apa apa, Jaemin pergi meninggalkan mereka berdua di situ dengan begitu sahaja. Terdengar satu keluhan yang keluar daripada Renjun menyebabkan Haechan menepuk belakang tubuh lelaki itu.

Satu senyuman dikeluarkan.

"Takpe tentang Jaemin, aku tahu apa nak buat, Jun. Mark boleh tolong"















✏️















"Kenapa kau suruh aku datang sini?"

JAEMIN ✔︎Where stories live. Discover now