A N G G U N A D H I Y A 2 2 💛

5.2K 230 9
                                    

Mata dicelik. Dia memandang sekeliling.

Dia tersedar sesuatu, ni bukan bilik dia.

Anggun terus bangun secara mengejut. Dan tindakan itu juga mengejutkan Affan.

"kau kenapa?? "soal Affan dengan rambutnya yang serabai itu.

"kenapa?? Kenapa saya ada dalam bilik awak?? "soal Anggun.

"ouhhhh, sebab tu je. Gelabah la kau, tak rileks langsung. "kata Affan sambil membaringkan semula tubuhnya.

"tak rileks??? Memang la tak rileks!! Malam semalam.... Errr, saya tido kat sofa bawah kan?? Macam mana?? "

"aku angkat kau la. Dah la gemuk, berat. Tak sanggup aku nak teruskan bawak kau masuk bilik kau. Patah tangan aku. "kata Affan selamba

Membulat mata Anggun.

Terus bantal diambil dan dipukul tubuh dan wajah Affan.

"oi!!! "segera Affan bangun dan menahan Anggun dari terus memukulnya.

Bantal yang dipegang Anggun ditahan.

Wajah didekatkan dengan Anggun.

"kau nak rasa macam mana suami isteri real kan?? Aku akan tunjukkan dekat kau sisi aku lagi satu. "kata Affan dan diakhiri dengan senyuman yang menyeramkan.

Affan terus bangun dari duduknya. Dia berdiri disebelah katil.

"mulai harini, tidur dalam bilik aku. Barang kau separuh ada lagi dalam bilik aku. Angkut semua barang dalam bilik kau tu. Kot-kot ada orang datang, kantoi tidur asing. "kata Affan lagi dan terus masuk ke dalam bilik mandi.

Anggun mengerutkan dahinya.

"aku mimpi ke?? "soal Anggun.

"kau tak bermimpi Anggun Adhiya!!! "laung Affan.

Anggun memandang sekeliling.

"prank ke ni?? "soal Anggun.

"tak, bukan. "omelnya.

💛💛💛💛💛💛💛💛💛💛

"kau nak aku hantar tak?? "soal Affan.

"tak payah la, saya boleh drive sendiri. "

"okay. "kata Affan dan terus mengambil kunci keretanya.

"kan saya kata.... "

"aku pun nak keluar. "kata Affan.

Anggun hanya mengangguk.

Langkah mereka atur je lif.

Pintu lif terbuka, hampir penuh lif itu.

Affan segera memegang tangan Anggun dan melangkah masuk ke dalam.

Di dalam lif, tangan mereka masih saling berpegangan.

Nampaknya, semua yang berada di dalam lif ini hendak ke basement.

Sampai sahaja, Anggun dan Affan orang pertama yang keluar.

Affan terus menarik Anggun.

Kereta Affan dituju.

"eh, lepas la tangan saya. Kereta saya sebelah kereta awak je. "kata Anggun.

"tak boleh, masuk. "kata Affan lalu membuka pintu keretanya.

Anggun akur.

Affan segera masuk ke dalam kereta.

"kan saya kata saya drive sendiri. "

"ada aku kata aku kasi kau drive sendiri ke mak cik?? "

"tapi awak kata okay.. "

ANGGUN ADHIYA ✔️Where stories live. Discover now