1

259 14 0
                                    

"Woi! Freshi...sini!", aku pun mencari-cari siapakah yang dipanggil-panggil tadi. Aku ke? Aku pusing ke belakang. Aku menunjukkan jari telunjuk ke arah muka aku sebagai tanda tanya, aku ke? Dia hanya mengangguk dan menggerakkan jari telunjuknya tanda suruh aku mendekati. Aku pun pergi ke arahnya. Mana tahu dia boleh tolong aku ke?

"Arr...Assalamualaikum.", aku memberi salam. Dia melihat aku pelik. Mungkin sentap sebab dia tak bagi salam tadi.

"Waalaikumsalam, kau freshi kan?", dia tanya aku. Aku pun tak tau apa kejadahnya freshi tu kat u ni. Kau boleh tanya?

" Freshi? Apa tu?", dia pandang aku lalu gelak. Barangkali pelik sebab aku tak tahu. Tapi apa nak dipelikkan, aku memang dah terang buat apa nak suluh pelajar baru.

"Kalau dah tak tahu tu memang 'freshie' arr cerita dia. Jadi disebabkan itu...", dia berhenti berkata-kata ketika ada seorang jejaka muda yang agak tampan mendekati kami dan menyentuh bahunya.

Lelaki tersebut memandang jejaka yang baru saja sampai tadi. Lalu mereka pun bersalam mengikut cara mereka. Aku hanya memandang gelagat mereka berdua. Mungkin mereka kawan rapat atau satu geng. Mungkin. Aku pun tak tahu. Malah tidak bercita-cita untuk mengambil tahu.

Mereka berbisik-bisik sambil mencuri-curi pandang aku. Hati dah tak sedap dah ni. Macam ada apa-apa nak jadi.
"Takpa. Tenang. Perasaan kau je tu.", bisik hati.

Tiba-tiba mereka berdua pandang aku. Aku dah mula cuak. Takpa. Cool. Cool.

"Arr...apa nama kau?", tanya jejaka yang baru sampai tadi. Aku lihat tag nama yang disangkut pada leher mereka berdua. Yang dok ber'freshi-freshi' dengan aku tadi namanya Asyraf dan lagi sorang Danish.

Aku pandang mereka atas bawah sebelum menjawab "Arr...nama saya Kalisya."

Mereka tersenyum.

" Kau course apa? Baru nak daftar?", tanya Danish.

"Aah...kaunter kat mana ya? Saya course Asasi Sains."

Mereka berdua tersenyum lagi. Ish! Ni yang bagi aku bertambah tak sedap hati ni.

" Oh ye ke? Takpe la kalau macam tu kitorang tunjukkan jalan.", kata Asyraf.

Aku hanya mengikuti langkah mereka. Jangan mereka buat benda pelik-pelik cukuplah.

____________________________

Hai! Assalamualaikum! Salam sejahtera!
^-^
Maafkan saya sebab baru mula update cerita ni. Terlalu banyak benda yang perlu diuruskan. Thanks for reading. Please comment and vote for me kay?
Btw saya akan mula masuk universiti pada 22 July 2015. Jadi mungkin kesempatan untuk update berkurang. Tapi takpe saya cuba.

In sha Allah.

Bye. Wassalam.

Kawan atau Kekasih?Where stories live. Discover now